sahabat seaqidah ila Jannah...

Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah dan Perubahan



















salam maal hijrah semua...Selamat datang Tahun Baru Islam yang baru,tahun 1431 H. Moga kedatangan maal Hijrah ini meningkatkan keazaman dalam diri untuk memenuhi azam lama yang masih belum dapat dicapai dan seterusnya meningkatkan kualiti diri dalam redho Illahi. Ayuhhh cernakan minda, mulakan langkah cergas ke arah hala tuju dan matlamat yang diimpikan, semestinya kejayaan di dunia dan akhirat. Matlamat yang jelas, penting dalam merealisasikan hala tuju hidup yang cemerlang. Jaga diri, jaga iman, hiasi peribadi...Langkah menuju kebahagiaan yang diredhoi Allah penuh mehnah dan onak duri,namun ingatlah mujahadah itu membuahkan hasil yang amat manis dan boleh dirasai di dunia dan akhirat insyaAllah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah, dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"(Al-Baqarah:218)

Allah berfirman menjelaskan jaminan-Nya: “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nisa’: 100)

Hijrah juga didefinisikan sebagai perubahan. Adalah malang andai kita terus- terusan menolak seruan dan melengah lengahkan seruan kepada perubahan yang positif. Sebaiknya kita cuba memahami benar-benar perubahan dan menjadi pendukung perubahan.Hakikatnya Islam adalah agama yang membawa perubahan. Perubahan paling besar adalah mengubah akidah umat daripada akidah syirik dan sesat kepada akidah yang sahih dan sejahtera. Perubahan islam akan berlaku apabila masyarakat memahami Islam yang tiba kepadanya. penolakan terhadap Islam berlaku lantaran kejahilan umat terhadapnya.'ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya'. Justeru kefahaman Islam harus disampaikan dengan pelbagai wasilah yang indah demi menzahirkan "taghyir al-islam kulli" atau perubahan Islam yang menyeluruh.

Apa yang penting ialah setiap kita berusaha menyampaikan kefahaman dan menjadi "agen perubahan". Tugas pertama dan utama agen perubahan ialah memahamkan masyarakat terhadap perubahan yang ingin dilaksanakan. Semakin ramai memahami perubahan tersebut, maka pasti akan berkuranglah penentangan dan penolakan terhadap syariat Islam. Justeru, tingkatkan kefahaman dan penerapan Islam itu dalam diri sendiri dahulu.Dakwah yang terbaik adalah seperti mana Rasulullah saw,qudwah hasanah. Semakin besar perubahan yang ingin dilakukan, semakin banyak ilmu dan kefahaman yang kita perlukan. Apabila ilmu bertambah kejahilan pasti berlalu dan lenyaplah kezaliman. Kezaliman yang berakar kata daripada perkataan zulm iaitu kegelapan. Kegelapan yang akan menghalang kita melihat sesuatu yang betul. Kejahilan juga berlaku kerana gagal memahami sesuatu dengan betul. Maka sinarilah kehidupan kita dengan cahaya ilmu dan keimanan. Wallahua'lam.

sumber rujukan:Majalah Solusi,isu No. 14

Monday, December 14, 2009

langkah kerdil yang ingin terus maju

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berbekalkan nafas dan segala nikmat pemberian Allah swt, terutama nikmat Iman dan Islam aku memulakan langkah dalam melahirkan sebuah blog yang sememangnya tidak ku ketahui selok belok mengenainya InsyaAllah. Namun, ia akan menjadi medium shoutul dakwah islamiyyah amin ya Rabb...Rabbi Yassir wala tuassir..Moga dapat memberi manfaat buat kami hambaMu insyaAllah..segalanya untuk meraih keredhaanMu Ya Rabbul Izzati amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...