sahabat seaqidah ila Jannah...

Thursday, May 27, 2010

*From Her Deep Soul*



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MAha Mengasihani...Allahumma Soli Ala Saiyidina Muhammad wa ala ali Saiyidina Muhammad...sekadar sedikit muhasabah yang ingin ana coretkan di sini. Allah Ya Rabbi,moga Kau memberi manfaat buat hamba dan semua pembaca pembaca amin ya Allah.

POINT NUMBER ONE~

Firman Allah SWT bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Surah Fussilat :33)

Kadangkala, seorang daie sangat bersemangat untuk menyampaikan ilmu yang diibarat, setitis daripada selautan ilmuMu. Tidak bijak berhujah, namun melalui medan yang terdaya dek diri. Adakah semua itu diluruskan niatnya tanpa sekelumit pun hawa nafsu jahat berbau? Jauhkan kami dari perkara yang boleh mengurangkan amal kami Ya Allah...untuk itu,sama2 ayuh sahabat sahabiah dai'e dai'e sekalian kita timba 'ilmu yang bermanfaat'. Dan menurut Hujjatul Islam Imam Al- Ghazali, antara ciri ciri ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah pengetahuan kita akan perkara yang mengurangkan keberkatan atau pahala amal yang kita lakukan. Sekali lagi, suka ana menyeru unutuk kita mempelajar dan mendidik diiri dengan jiwa suci demi melahir amal yang diberkahi Illahi.

POINT ke DUA~

Firman Allah SWT bermaksud:

"Wahai orang2 yang beriman masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan..."
(surah Al-Baqarah :28)

Amatlah penting untuk kita mempraktikkan ajaran dan syariat Islam secara syumul. Kerana sesungguhnya Islam itu addin yang menyeluruh..MasyaAllah. Teringat kata kata seorang ustaz yang memperkenalkanku tentang ilmu tasawuf, Ustaz Shafe, bahawa amatlah penting untuk kita melakukan seboleh bolehnya dan semesti mestinya segala yang Allah SWT suruh dan tinggal apa yang dilarang, bukan bila sudah banyak buat baik bolehlah buat sedikit kejahatan.Kerana apa? Kerana kita tak tahu bila kita akan mati, entah jika tika itu kemungkaran mendekati perbutan dan jasad kita?wal i'ya zubillahi minzalik. Ya Kholiq...kami hambaMu ingin mati dalam addin suciMu ISLAM...amin.

POINT ke TIGA~

Firman Allah SWT bermaksud:

"Wahai orang orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tiidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff :2-3)

Ana yang faqir tidak bisa menterjemah ayat ini, namun insyaAllah kita semua boleh faham akan maksudnya secara amnya. Betapa segala apa yang kita perkatakan mahupun apa yang kita lakukan akan Allah pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Setakat manakah 'kebertanggungjawaban' kita atas segala kata kata kita? Ya Qawwi, ingatkan kami akan hal ini Ya Allah. Betapa kami butuhkan ingatan pinjaman dariMu akan hal hal ukhrawi Ya Aziz. Betapa perlunya kami menunjukkan qudwah hasanah sentiasa dalam kehidupan sementara di bumiMu ini, juga sebagai aset untuk melicini shoutul dakwah Islamiyyah..Moga kita juga sentiasa ingat akan qudwah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW sentiasa benar dalam kata kata dan perbuatan Baginda, waima dalam hal bercanda(gurauan) sekalipun. Baginda Rasulullah SAW tidak mengatakan apa yang Baginda SAW tidak perbuat. Sama sama kita mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW,akhlaqul Quran. InsyaAllah...

Insafi diri kita dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan mereka benar-benar akan memikul dosa2 mereka sendiri,dan dosa dosa yang lain yang bersama dosa mereka, dan pada hari kiamat mereka pasti akan ditanya tentang kebohongan yang selalu mereka ada-adakan."(Surah Al-Ankabut :13)


POINT ke EMPAT~



Sedikit tambahan untuk memotivasikan diri, KUATLAH menghadapi dugaan hidup ini kerana firman Allah SWT bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (Surah Al-Ankabut :2)


Alhamdulillah, dengan ujian dariNya kita bisa benar benar berharap dengan kesungguhan yang kuat utnuk apa yang kita butuh(perlukan). Bukankah begitu? Hikmah yang tersembunyi itu semestinya ada, insyaAllah. Bersangka baiklah pada Allahu Rabbi.

POINT KE LIMA~

Penting untuk kita sentiasa besikap qanaah, sentiasa meredhoi ketentuan Illahi Yang Maha Mengetahui. Pinta doa dari AllahU Rabbi Yang Maha Mendengar-sentiasa dan selamanya. Segala masalah,bak kata Kiyai A'a dalam ceramahnya 'Rawat Hatinya'di astro Oasis,
"kalau ada masalah,sakit di hati, bungkus semuanya..........serah pada Allah. Kembalikan pada yang memberi, mohon padaNya,bungkus ia dan pinta hanya padaNya yang Maha Tahu kerana datangnya segala itu daripada Allah. InsyaAllah hati akan terubat.."


Motivasi diri untuk ujian Allah swt, sekali lagi ana mengajak sahabat sahabiah, sama2 kita hayati firman Allah SWT bermaksud:
"Dan diantara manusia ada sebahagian yang berkata, "Kami beriman kepada Allah," tetapi apabila dia disakiti(kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap cubaan manusia itu sebagai siksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhannya, nescaya mereka akan berkata, "sesungguhnya kami bersama kamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?"





Kalam akhir untuk coretan AlFaqirah ini, Kuatkan hati, demi Allah SWT dan keredhoanNya juga demi ISLAM addinul Haq insyaAllah...terus bangkit belajar dan belajar dan terus belajar,dan beramal serta menyampaikannya insyaAllah.

Kurniakan kami magfirahMu, Taufiq dan HidayahMu dan Ilmu yang bermanfaat Ya Allahu Rabbi...Amin ya rabbal alamin ...

Allahua'lam. Minta penambahan sahabat2 ye, andai ada silapnya atau sebarang pandangan.syukran('',)

Wednesday, May 26, 2010

siri 4: Sifat-sifat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


Tibalah kita di depan rumah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, kita ketuk pintu beliau untuk meminta izin. Marilah kita layangkan perhatian kepada sahabat yang melihat langsung Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia akan menceritakannya kepada kita seolah-olah kita melihat beliau shallallahu 'alaihi wasallam. Agar kita dapat mengenal ciri fisik beliau yang mulia serta wajah beliau yang penuh senyum.

Al-Bara' bin 'Azib radhiyallah 'anhu menuturkan:
"Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah seorang yang sangat tampan wajahnya, sangat luhur budi pekertinya, beliau tidak terlalu jangkung dan tidak pula terlalu pendek." (HR. Al-Bukhari)

Masih dari Al Bara' radhiyallah 'anhu ia berkata:
"Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam memiliki dada yang bidang dan lebar, beliau Shalallaahu alaihi wasalam memiliki rambut yang terurai sampai ke cuping telinga (bagian bawah telinga), saya pernah menyaksikan beliau mengenakan pakaian berwarna merah, belum pernah saya melihat sesuatu yang lebih indah daripada itu." (HR. Al-Bukhari)

Abu Ishaq As-Sabi'i berkata:
"Seseorang pernah bertanya kepada Al-Bara' bin 'Azib radhiyallah 'anhu: "Apakah wajah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam lancip seperti sebilah pedang?" ia menjawab: "Tidak, bahkan bulat bagaikan rembulan!" (HR. Al-Bukhari)

Anas bin Malik radhiyallah 'anhu mengungkapkan:
"Belum pernah tanganku menyentuh kain sutra yang lebih lembut daripada telapak tangan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam . Dan belum pernah aku mencium wewa-ngian yang lebih harum daripada aroma Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam " (Muttafaq 'alaih)

Di antara sifat beliau adalah "pemalu", sampai-sampai Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallah 'anhu mengatakan:
"Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam itu lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, niscaya kami dapat mengetahui ketidak sukaan beliau itu dari wajahnya." (HR. Al-Bukhari)

Demikianlah beberapa sifat dan budi pekerti Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam . Sungguh, ayah dan ibuku sebagai tebusannya! Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyempurnakan jasmani dan budi pekerti beliau Shalallaahu alaihi wasalam .


(dipetik daripada HTML bertajuk 'Sehari Di Kediaman Rasulullah saw' tulisan Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim.)

Sunday, May 23, 2010

Suntik Jiwa dengan Dos Qiamullail siri 1




Firman Allah SWT : "Hai orang yang berselimut(Muhammad). Bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sedikit daripadanya. Iaitu seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit."(Surah Al- Muzammil:1-3)

Melalui ayat ini Allah SWT menjelaskan supaya kita hambaNya menunaikan solat Tahajud walaupun hanya satu rakaat dan itu sudah memadai daripada kita tidak menunaikan langsung. Sedarlah kita bahawa Bangun untuk menunaikan solat sunat di tengah malam ini merupakan sunnah Baginda Rasulullah saw, para sahabat dan ulama' besar. MasyaAllah...

Rasulullah saw sendiri tidak pernah meningglakan solat sunat Tahajud. Nabi saw bersabda: "Laksanakanlah solat malam, kerana solat malam itu merupakan kebiasaan bagi orang-orang soleh sebelum kamu, merupakan Qurbah(mendekatkan diri) kepada Rabbmu, merupakan keampunan bagi kesalahan- kesalahan dan pencegah daripada dosa."(Riwayat at-Tarmizi)

Betapa diberatkan solat malam ini dizaman para sahabat suatu masa dahulu, hasil tarbiyyah Baginda Rasulullah saw, sehingga para sahabat melakukannya setiap malam selama dua belas bulan MasyaAllah.... sehingga Allah menurunkan ayat al-Quran, yang memberikan kelonggaran tentang ibadah mulia ini.

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui, bahawasanya engkau bangun (beribadat) kurang dari dua pertiga malam dan seperduanya dan sepertiganya dan orang-orang yang bersama denganmu."(al-Muzammil:20)

Begitu kasihnya Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad saw tidak mahu dijadikan tuntutan solat malam ini sebagai satu beban sebaliknya sebagai satu galakan, sebagai hadiah bagi hamba hambaNya yang ingin mencapai tahap keistimewaan, terpilih dalam kalangan yang dipilih di sisi Allah SWT.alhamdulillah...................


Allah SWT telah berfirman bahawa tiada solat lain yang lebih baik selepas solat lima waktu selain solat Tahajud. Ini menunjukkan bahawa solat Tahajud amat penting dalam diri hambaNya walaupun solat ini hukumnya sunat. "Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun Tahajud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu, moga-moga Allah akan mengangkatmu ke tingkat yang terpuji."(Surah Al-Isra:79)


Nabi berkata bahawa ibadah malam yang dilakukan tanpa dilihat oleh seorang pun adalah ibadah yang paling mulia di sisi Allah. Orang tak nampak. Kita buat bukan kerana hendak orang tengok kita buat ibadah sunat. Saingan ibadah Tahajud ini adalah peperangan dengan gangguan nafsu dan syaitan yang ada dalam diri sahaja. Tidak ada gangguan manusia di sekeliling. Ini amalan rahsia antara kita dengan Allah. Amalan eksklusif. Ibadah ini membuktikan keikhlasan yang tinggi sebab tak ada paksaan daripada orang lain ke arah membentuk jiwa yang suci dan bersih. Demikian dijelaskan oleh Ustaz Mohd. Shukri Samsudin, merangkap Setiausaha Khas merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ketika ditemubual tentang ibadah solat Tahajud ini berkata, "sebagai hamba Allah yang melaksanakan urusan duniawi, saya lebih suka menggunakan 'aktiviti luar waktu' daripada menggunakan perkataan 'overtime'(kerja lebih masa)

'Over time' bermaksud kerja yang dipaksa buat untuk mendapatkan pendapatan lebih, disuruh buat oleh ketua. Mahu tidak mahu mesti buat. Manakala aktiviti luar kerja bermaksud sukarela. Kita gembira nak buat. Saya cuba aplikasikan pendekatan ini melalui galakan Allah SWT kepada hamba-hambaNya dalam menunaikan ibadat Tahajud. tidak diwajibkan tetapi diberi pilihan bagi orang yang inginkan keistimewaan di sisi Allah berbanding solat lima waktu aktiviti wajib dalam waktu yang tertentu yang jika ditinggalkan berdosa besar.

Jadi, andai kita mahu menjadi manusia hebat di sisi Allah dan Rasul maka marilah kita pilih ibadah cara ini. Ibadah yang sangat makbul.."

Dalam siri seterusnya insyaAllah akan ana kongsikan pengalaman Ustaz Mohd Shukri dalam mempraktikkan qiamullail sejak di bangku sekolah lagi.

Sumber: Al-Quran dan terjemahan dan majalah anis

Monday, May 17, 2010

siri 3: Perjalanan yang menyenangkan

Perjalanan menuju rumah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam untuk melihat seluk beluk kehidupan dan tata krama pergaulan beliau merupakan perjalanan yang sangat diidamkan setiap orang. Terlebih lagi bila diniatkan untuk menggapai pahala di sisi Allah Subhannahu wa Ta'ala. Sebuah perjalanan yang sarat ibrah dan pelajaran, penuh teladan dan anutan. Yaitu perjalanan melalui kitab-kitab dan riwayat-riwayat dari lisan para sahabat Radhiallahu'anhu ;. Sebab, kita tidak dibolehkan melakukan perjalanan ke makam atau rumah beliau atau ke tempat-tempat lainnya selain ke tiga masjid, sebagaimana yang disebutkan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam dalam hadits:

“Janganlah mengadakan perjalanan (secara khusus) ke-cuali ke tiga masjid, Masjidil Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi), dan Masjidil Aqsha.” (Muttafaq ‘alaih)

Kita wajib mentaati perintah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam dengan tidak mengadakan perjalanan secara khusus kecuali ke tiga masjid tersebut. Bukankah Allah Subhannahu wa Ta'ala telah mengatakan,
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan-lah.” (Al-Hasyr: 7)

Kita tidak boleh melakukan kunjungan ke tempat-tempat bersejarah peninggalan Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam, Ibnu Wadhdhah berkata, “Umar telah memerintahkan untuk menebang pohon tempat Rasulullah dibai’at, sebab orang-orang banyak mengunjungi pohon tersebut untuk shalat di sana. Umar khawatir mereka terfitnah (tersesat jatuh ke dalam dosa syirik).” (Kisah tersebut dapat dilihat dalam Shahih Bukhari dan Muslim).

Ibnu Taimiyah memberikan komentar me-ngenai kunjungan ke gua Hira’: “Sebelum diangkat men-jadi rasul, beliau sering menyendiri untuk beribadah di sana. Dan di sanalah pertama sekali wahyu diturunkan kepada beliau. Akan tetapi setelah itu beliau tidak pernah sama sekali mengunjunginya bahkan tidak pernah mendekatinya. Demikian pula sahabat-sahabat beliau Shalallaahu alaihi wasalam. Beliau menetap di kota Makkah selama lebih kurang sepuluh tahun, namun tidak pernah sekalipun beliau mengunjunginya lagi atau mendaki ke atasnya. Demikian pula kaum mu’minin yang menetap bersama beliau di kota Makkah. Setelah beliau berhijrah ke Madinah, beliau berkali-kali memasuki kota Makkah, seperti pada saat menunaikan Umrah Hudaibiyah, saat penaklukan kota Makkah, di mana beliau berdiam selama dua puluh hari di sana, pada saat menunaikan Umrah Ji’ranah, namun beliau tidak pernah mendatangi gua Hira’ atau mengun-junginya…..” (Lihat Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah XXVII / hal. 251).

Sekarang kita akan mengunjungi Kota Al-Madinah An-Nabawiyyah, bangunannya mulai terlihat di hadapan kita. Itulah gunung Uhud, yang dikatakan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam :

“Gunung ini mencintai kami dan kami pun mencintai-nya” (Muttafaq ‘alaih)

Sebelum memasuki kediaman Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam , marilah kita lihat sejenak bentuk bangunannya. Janganlah terperanjat bila kita hanya menyaksikan sebuah bangunan kecil dengan tempat tidur yang sangat sederhana. Sebab Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah seorang yang sangat zuhud terhadap dunia. Beliau Shalallaahu alaihi wasalam tidaklah menolehkan pandangan kepada kemewahan dan gemerlap harta benda dunia. Namun yang menjadi penyejuk mata hati beliau hanyalah ibadah shalat. (Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits riwayat An-Nasaa’i)

Beliau berkomentar tentang dunia sebagai berikut:

“Apa artinya dunia bagiku! Kehadiranku di dunia hanyalah bagaikan seorang pengelana yang tengah berjalan di panas terik matahari, lalu berteduh di bawah naungan pohon beberapa saat, kemudian segera meninggalkannya untuk kembali melanjutkan perjalanan.” (HR. At-Tirmidzi)

Sekarang kita sedang berjalan menuju kediaman beliau Shalallaahu alaihi wasalam seraya mengayunkan langkah di jalan-jalan kota Madinah. Itulah kamar-kamar istri beliau mulai tampak. Kamar sederhana yang dibangun dari pelepah kurma dan polesan tanah, sebagian lagi dengan batu yang ditata sedemikian rupa, sementara bagian atasnya dipayungi dengan atap dari pelepah kurma.

Al-Hasan mengisahkan kepada kita: “Aku pernah masuk ke dalam rumah-rumah istri Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam; pada masa khilafah Utsman bin ‘Affan Radhiallaahu anhu. Langit-langit rumah tersebut dapat aku jangkau dengan tanganku.” (Lihat Ath-Thabaqat Al-Kubra karangan Ibnu Sa’ad I/hal 499 & 501, lihat juga kitab As-Sirah An-Nabawiyyah II/hal 274 karangan Ibnu Katsir)

Sungguh kediaman beliau adalah rumah yang sangat sederhana dengan beberapa kamar yang kecil. Akan tetapi penuh dengan cahaya keimanan dan ketaatan, sarat dengan wahyu dan risalah ilahi.

Thursday, May 13, 2010

aurat vs kesalahannya...

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.... See More

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)


kita kongsikan beramai ramailah kalu boleh('',)

Wednesday, May 12, 2010

siri 2:Kunjungan Istimewa




Marilah kita telusuri kembali kurun yang telah berlalu. Membuka lembaran-lembaran masa silam. Membaca dan memperhatikan dengan seksama kisah-kisahnya. Kita akan mengadakan kunjungan istimewa, mengunjungi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam di rumah beliau melalui untaian kata dan kalimat. Singgah di rumah beliau barang sehari saja. Melihat-lihat keadaan rumah beliau serta beberapa kisah tentangnya. Guna mengambil pelajaran dan ibrah yang akan menjadi pelita dalam amal perbuatan kita.

Seiring dengan pesatnya kemajuan ilmu pengeta-huan akhir-akhir ini, literatur-literatur yang dibaca kaum muslimin pun semakin banyak. Mereka dengan mudah dapat mengunjungi Timur dan Barat melalui buku-buku dan tulisan-tulisan, melalui film-film dan berbagai referensi lainnya. Padahal, sebenarnya kita lebih berhak mengada-kan kunjungan syar’i ke rumah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam daripada mereka. Untuk melihat keadaannya, kemudian bersungguh-sungguh meneladani apa yang kita lihat dan dengar tentangnya. Namun disebabkan terbatasnya kesempatan, kita hanya menyorot beberapa keutamaan di rumah beliau Shalallaahu alaihi wasalam, mudah-mudahan kita dapat mendidik diri kita untuk dapat menerapkannya di rumah masing-masing.

Wahai saudaraku seiman ….
Tujuan kita membuka lembaran masa silam bukan-lah hanya untuk menikmati atau melihat-lihat kisah-kisah yang sudah berlalu. Namun tujuan kita yang hakiki adalah menjadikannya sebagai wasilah untuk beribadah kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala. Dengan membaca sirah (sejarah hidup) Nabi Shalallaahu alaihi wasalam diharapkan kita dapat mengikuti sunnah beliau dan berjalan di atas manhaj (pedoman) beliau. Sebagai bentuk ketaatan kita kepada perintah Allah Subhanahu wata’ala; yaitu kewajiban mencintai Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam. Di antara tanda-tanda kecintaan kepada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam ialah mentaati perintah beliau dan menjauhi segala yang dilarang dan dibencinya. Serta menjadikan beliau Shallallahu'alaihi wasallam ; sebagai teladan dan anutan. Mengenai hal itu Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman,
“Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran: 31)

Dalam ayat lain Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman,
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab: 21)


Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam sendiri menegaskan bahwa mencintai beliau termasuk salah satu sebab mendapatkan manisnya iman. Beliau Shalallaahu alaihi wasalam bersabda,

“Ada tiga perkara, bila terkumpul pada diri seseorang, ia pasti mendapatkan manisnya iman; hendaklah Allah Subhanahu wata’ala ; dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam hadits lain beliau Shalallaahu alaihi wasalam bersabda,

“Demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, tidak akan sempurna keimanan seseorang hingga ia menjadi-kan aku yang lebih dicintainya daripada orangtua dan anaknya sendiri.” (HR. Muslim)

Sirah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah sirah yang sangat menakjubkan. Banyak sekali pelajaran yang dapat kita petik dan petunjuk yang dapat kita teladani darinya.

InsyaAllah,siri berikutnya akan mengiringi.moga bermanfaat buat semua dan tambah cinta kita pada Baginda Rasulullah saw, kekasih Allah swt yang menerangi alam fana ini dengan syariat Islam yang haq insyaAllah...

(dipetik daripada HTML bertajuk 'Sehari Di Kediaman Rasulullah saw' tulisan Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim.)

Tuesday, May 4, 2010

Larian marathon anak anak soleh solehah



Salam Alaykk~

SUBHANALLAH! sangaat teruja saya pada hari ini...menonton rancangan Semanis Kurma di TV9..Berkorban Demi Permata Hati..ALLAH telah murahkan rezeki buat adik Muhammad Ahmad Zahid di usia yang muda untuk pergi menyahut panggilan Allah-mengunjungi Baitullah Al-Haram..

Jadi saya meng'google' mencari info mengenai adik Muhammad Ahmad Zahid yang boleh dikongsi bersama...~..Generasi Al-Quran...

Muhammad bukanlah dilahirkan terus sebagai seorang hafiz Quran. Beliau melalui 'marathon' yang panjang dan menuntut banyak pengorbanan. Ahmad Zahid Zainal Abidin dan Siti Khadijah Fadzil bercerita tentang kelahiran al-hafiz ini.

KEMENANGAN terkini Muhammad apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori bacaan terbaik pada Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12, September lalu.

JIKA selama ini kanak-kanak sering ditegur kerana berbuat bising ketika berada di dalam atau pekarangan masjid, surau, musolla dan mana-mana rumah ibadat, kehadiran adik Muhammad Ahmad Zahid, 13, sebaliknya disambut bagaikan menatang minyak yang penuh.

Bukan saja orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak juga tersenyum lebar tatkala melihat kelibatnya dan berdebar-debar saat menunggu beliau berdiri di depan mikrofon. Almaklumlah, suara anak muda berkulit putih gebu ini kini lunak berkumandang di saluran TV9 setiap kali masuk waktu Zohor dan Asar. Muhammad juga dapat ditemui dalam program Mari Bertarannum di saluran yang sama pada setiap Isnin hingga Rabu mulai pukul 6.30 petang.

"Bacaannya amat mempesonakan," begitu lapor sebuah akhbar tempatan di Dubai ketika Muhammad menyertai musabaqah hafazan al-Quran 30 juzuk di Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir pada 20 September 2008. Muhammad menjuarai kategori bacaan terbaik pada acara itu.

Malah, sebelum mewakili Malaysia ke sana, Muhammad merakam 'resume' yang cukup membanggakan apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berumur 10 tahun.

Setahun sebelum itu, Muhammad terlebih dulu menghafaz kitab hadis Matan Al-Arbain himpunan Al-Imam Al-Nawawi, Matan Tuhfatul Atfal dalam bidang tajwid, 60 kaedah fiqh, syarah Matan Al-Ajrumiyah dalam nahu dan beberapa kitab saraf dalam bahasa Arab.

Tidak bersekolah di sekolah kerajaan, Muhammad sebaliknya dihantar mengikuti pengajian di sekolah agama swasta seperti Institut Al-Quran Kuala Lumpur Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Muassasah Darul Furqan Bangsar, Maahad Tahfiz Al-Azhariyyah Shah Alam dan pengajian secara intensif serta individu dengan Allahyarham Syeikh Hussain dari Myanmar di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, penswastaan pendidikan Muhammad tidak menandakan beliau terputus daripada dunia 'normal' masyarakat di sekeliling. Anak sulong daripada lima adik-beradik ini mempelajari ilmu akademik dengan menghadiri kelas tuisyen bersama Kumon. Selain itu, Muhammad juga mahir berenang, memiliki tali pinggang hitam (Dan pertama) dalam taekwon-do, menganggotai kelab ilmu astronomi dan kelab komputer.

Nah, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Muhammad dapat melakukan kesemuanya? Semasa ditemui di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Muhammad baru saja pulang daripada sesi rakaman program Mari Bertarannum di Shah Alam.

"Kami keluarga marathon, sentiasa berkejar ke sana ke mari. Memang tidak ada masa lapang. Tetapi kami lakukan kesemuanya bersama-sama," kongsi ibu Muhammad, Dr. Siti Khadijah Fadzil, 41, yang merupakan seorang doktor gigi di Klinik Pergigian Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Bermula dengan solat Subuh berjemaah, jika musim bersekolah, Muhammad dan tiga lagi adiknya, Siti Aminah, 12, Ismail, 8, dan Fatimah, 7, dihantar ke sekolah Darul Hikmah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

"Anak-anak ke sekolah dari 8 pagi hingga 5 petang, jadi sama seperti waktu kerja. Balik ke rumah, kami berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid berdekatan. Kami masuk tidur awal. Paling lewat pukul 10 malam. Muhammad dan adik-adik dihantar berenang, belajar taekwon-do dan menyertai kelab-kelab lain pada hujung minggu," kata bapa Muhammad, Ahmad Zahid Zainal Abidin, 41.

KELUARGA MARATHON. Dari kiri (barisan belakang): Muhammad, 13, Abdullah, 1, Ahmad Zahid, 41, Siti Khadijah, 41 dan Siti Aminah, 12. (Barisan depan): Ismail, 8, dan Fatimah, 7.

Penasihat undang-undang KLCC ini juga berkata Muhammad mengamalkan mengulang hafazan sekurang-kurangnya lima juzuk setiap hari.

"Dalam masa enam hari, Muhammad dapat mengkhatam keseluruhan al-Quran. Maksudnya dalam masa sebulan, dia khatam al-Quran lima kali," tambah Ahmad Zahid.

Muhammad, akui Siti Khadijah, umpama anugerah yang tidak ternilai.

"Muhammad sudah dapat mengaji di depan khalayak dengan tenang semasa berumur enam tahun. Pendek kata setiap kali berada di depan khalayak, dia memang tidak ada masalah gugup, takut dan sebagainya. Sebaliknya, kami (ibu bapa) yang risaukan keadaan dia. Seperti dia memang dilahirkan untuk semua ini ," katanya.

Keupayaan anak sulong daripada lima adik-beradik itu berdepan dengan audien berskala besar dan para juri dengan tenang bukanlah terjadi secara spontan.

"Kami mencari peluang untuk membiasakan Muhammad dengan orang ramai. Kami hantar surat kepada jawatankuasa masjid dan surau, meminta kebenaran agar Muhammad dibolehkan mengaji al-Quran di masjid berkenaan sebelum Solat Jumaat dimulakan. Jadi kami ada strategi, membiasakan Muhammad dengan audien berskala kecil sehinggalah besar. Ia dijadikan sebagai satu bentuk latihan kepadanya," jelas Ahmad Zahid.

Siti Khadijah menambah, keputusan membentuk Muhammad sebegini sebenarnya berpunca daripada memikirkan nasib anak-anak mereka pada masa depan.

KIRI: TIDAK ketinggalan dengan kemajuan dunia ICT, Muhammad dibenarkan melayari Internet, namun dengan pengawasan yang berterusan.

"Dulu, keadaan tidak mencabar seperti sekarang. Anak-anak boleh dibiarkan buat aktiviti apa pun. Mereka juga tidak mempunyai pilihan sebanyak sekarang. Jadi kami fikir kena kuatkan diri mereka dengan agama terlebih dulu sebelum mendedahkan mereka kepada perkara lain," katanya.

Dengan empat orang adik berada di belakang setiap langkah Muhammad, Ahmad Zahid menjelaskan empat lagi anaknya akan dibentuk menggunakan 'acuan' yang sama.

"Memanglah kosnya lebih tinggi kerana semuanya pun swasta. Tetapi niat kami bukanlah hendak melahirkan seorang ikon, yang kemudiannya lebih takut membuat silap di hadapan audien berbanding keikhlasannya sendiri membaca al-Quran," jelas Ahmad Zahid.

sumber: http://www.kosmo.com.my/

Suka dengar pesanan adik2 Muhammad kat rancangan Semanis Kurma tadi..;
Aminah(13tahun)- Hormatilah ibubapa...kalau kita menderhakai ibubapa kita,suatu hari nanti anak-anak kita akan menderhakai kita pula..
Ismail(9tahun)-Jangan tinggalkan solat, spend masa dengan perkara-perkara yang berfaedah..
Fatimah(8tahun)-Jangan lakukan perkara-perkara yang tak elok..

p/s: Sesungguhnya Allah menilai apa yang hamba Dia usahakan dalam menghasilkan benih yang terbaik...inshaALLAH~ Menghafaz Al-Quran merupakan salah satu langkah dalam mengembalikan kegemilangan umat Islam.

(copy dari blog seorang sahabat)

Sunday, May 2, 2010

Rahsia Sujud Di Dalam Solat



Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:-
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi'li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa

"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan".
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-
"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Cerita Sujud:

Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT.

1. SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat.
Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula.

Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi:
"Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya".

Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud.

Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).

Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan dihayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang" didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah diri kepada peraturan dan sistem Allah SWT yang Maha Sempurna.

Sebaiknya setiap kali melakukan sujud ketika solat, kita sentiasalah membaharui ingatan kepada Khaliq kita, Allah SWT . Manakala tika tunduk dan meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa kita sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah SWT Yang Maha Agung dan apabila kita merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu kita juga harus merasa akan diri kita amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah.

Dengan perlakuan sujud,seseorang hamba Allah wajar menyedari dan mengingatkan dirinya tentang kejadian asal manusia itu daripada tanah dan meyakini akan hakikat bahawa diri itu akan kembali ke tanah semula kelak. Jika penghayatan penuh ada dalam diri hambaNya yang beriman kepada Allah SWT, tika dahi diletakkan sujud di tanah, mana mungkin dia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah SWT yang menciptakan dirinya daripada tanah itu.

Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Hal ini membawa erti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A'la wa-Bihamdih".

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.

Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...