sahabat seaqidah ila Jannah...

Friday, September 14, 2012

Besarkan Matlamat


Job Application.

Usaha tangga kejayaan! Sibuk sahabat- sahabat Bachelor of Accounting semua mencari kerja. Fatimah tak ketinggalan juga. Hari-hari menghadap internet. Sungguh letih rasanya. Hari- hari hanya menghadap benda yang lebih kurang sama. Setelah seminggu pulang ke rumah, baru hari itu Fatimah mengaudit dirinya. Sungguh rugi dirinya minggu itu. Gagal untuk menjadi hamba yang bermanfaat buat ummah sekelilingnya. Keuntungan yang sangat sedikit dek kerana busy bersama dunia! Sahabat- sahabat semua sampaikan tak cukup masa! Astagfirullahaladzim....Aduhai diri....sayangnya masa. Sayangnya umur.


Fatimah berperwatakan biasa- biasa sahaja. Mudah berurusan dengannya. Berperwatakan solehah dan baik akhlak bicara. Dan Fatimah tidak terlalu berkira, Allah ingin mencampakkan dia ke mana.Namun jauh di sudut hati kecilnya berdoa moga dikurnia yang terbaik di sisiNYA. Bukan yang terbaik di kaca mata insani, tapi dia mengharapkan yang terbaik di sisi ALLAH jalla waala sahaja. Cukuplah. Fatimah yaqin dengan janji Allah. Dia yakin dengan Allah yang maha mendengar tiap kata hatinya. Harapannya cuma moga Allah rezqikan dia 'mendekati' majlis-majlis ilmu, orang-orang soleh, amal-amal soleh dan moga direzqikan mentadabbur kalamNYA selalu dan sentiasa. Moga perkerjaannya kelak mendekatkan dia dengan yang maha pencipta.

Kereta Besar.

Fatimah, yang seperti kata orang putih, never put high dream and never dream to have a huge car. Namun, sebuah ibroh dikutipnya dari perbualan auntie dengan anaknya ketika dia tinggal bersama di Kuala Lumpur, katanya, "kalau dah besar nanti, abang nak beli kereta kancil je baik tak payah pergi sekolah belajar tinggi-tinggi. Paling tak pun, abang pakai Alphard sekurang-kurangnya"!

Fatimah tiba2 ter'cara' dengan kalam auntienya. Fatimah bermonolog sendiri.
Ya! Berbeza sekali dengan kalamku pada ibunda tercinta.
"Akak tak kisah mak, kereta kancil pun boleh pergi mana-mana, insyaAllah."

Fatimah lantas beristighfar.Segala puji bagi Allah yang meluruskan lintasan hatinya tika itu. Fikirannya kembali dijernihkan. "Biarlah pandangan manusia. Yang penting pandangan ALLAH. Biar tak kaya harta asalkan kaya hati. Itu yang penting!



Dalam kesesakan lalu lintas di ibu kota, dia berzikir sambil berfikir lagi. Terus menncari bahagia di hati. Monolognya diteruskan lagi. "Tapi. Demi ISLAM, aku  boleh mengimpikannya! Seperti sahabat Baginda Nabi Sollallahu alaihi wasallam, seorang saudagar terkenal lagi tawadhuk; Saidina Abdur Rahman Bin Auf."

Fatimah menguatkan semangat dalam diri. Baik! Walaupun peluang menjadi pendidik di sebuah sekolah tarbiyyah  telah diperolehinya, dengan izinNYA, dia ingin pergi lebih jauh dalam bidang yang dipelajari. InsyaAllah ada jalan. Dengan asbab itu (ibroh dari kisah kereta besar, biiznilla), Fatimah berusaha sedaya upaya mencari kerja dalam bidang professional yang dipelajarinya. Sungguh, akauntan Islam teramat kurang. Insan- insan dalam bidang itu juga dahagakan ketenangan hidup bersama Islam. Fatimah tak putus-putus berdoa. Mengharapkan yang terbaik di sisi DIA sahaja. Apapun, moga dapat berkhidmat demi ALLAH, untuk Islam. Segalanya Fillah! Matlamatnya dibesarkan. Allah front! For Ummah & for Islam addenul haq insyaAllah...Moga Allah luruskan hati itu sentiasa, aminnn.

اللهم ربي يسر ولا تعسر
 لا حول ولاقوة إلا بالله
 حسبنا الله ونعم الوكيل







Thursday, September 13, 2012

"Tolong 3x! dari kerana mata...."

Zikir Ritma Jiwa: Kerana Mata Yang Sepasang Itu...: Assalamualaikum... ada sebuah lagu klasik yang selalu kita dengar mengisahkan bagaimana terpesonanya dan tergodanya seorang teruna kerana me...

Rindukan kekasihku





>MENANGIS BAGINDA RASULULLAH SAW SUATU HARI.. Para sahabat bertanya: "Apakah yang membuatkan dirimu menangis wahai Rasulullah?" Jawab Baginda SAW: "Aku rindukan para kekasihku."

Para sahabat berkata: "Tidakkah kami ini para kekasihmu wahai Rasulullah?"

Jawab Baginda SAW: "Tidak...Kalian adalah sahabatku. Adapun para kekasihku mereka yang datang selepas aku..beriman denganku sedangkan mereka tidak melihatku."

Ya ALLAH! Jadikan kami mereka kalangan mereka yang dirindui oleh RasulMu..

Berapa kali dalam hidup kita mengalirkan air mata kerana merindui Rasulullah?

أستغفر الله العظيم وأتوب إليه

Sedangkan batang pelepah kurma yang mati pun menangis terisak-isak kerinduan ditinggalkan Rasulullah saw selama beberapa minit dengan jarak 8 LANGKAH jauh dari Rasulullah saw..

KITA BAGAIMANA???

Ditinggalkan Rasulullah saw dengan jarak masa 1400tahun namun sebenarnya Rasulullah sangat dekat sekali dengan kita?

AINA RASULULLAH? AINA RASULULLAH? ....
(DI MANA RASULULLAH? DI MANA RASULULLAH? .... )

tuh ,ada dekat 

Hidup hanya di hati ummat yang merindukan Baginda saw.

^_____^


''RasulullAh saw telah awal2 lagi mencintai kita,alangkah baiknya cinta itu dibalas dengan cinta''- Kalam Habib Ali Zainal abidin al-hamid

اللهم صل على سيدنا محمد


Tuesday, September 11, 2012

Pohon Markisa - kisah 'Si Kecil Hebat'

Bismillahiwalhamdulillah,
Allah mengizinkan al Faqirah IlaLLAH bernafas lagi hari ini...
Astagfirullahalazim. Ya Allah 'benar'kan niat hmba mencoretkan sesuatu yang bermanfaat& Kau berkati sehingga menambah kecintaan kami semua padaMu Ya kholik. Renungan bersama, kisah yang mengajak diri melihat kebesaran Allah Tuhan kami ~ Sahabat, kita sama2 jangan berhenti mencari kebaikan ya :) Semoga Allah permudahkannya, amin...

'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".' (Al-Imran: 190-191)

✿ Tengahari yang indah 

Motor Scooter Yamaha merah tiba di perkarangan rumah. Muhammad yang baru berusia empat tahun menjerit gembira, melihat abuya yang baru pulang dari menunaikan solat zohor berjemaah di masjid. Umie keluar menyambut abuya.

" Harini kita makan tengahari dekat bawah aeh." Tanpa naik ke atas rumah dahulu, abuya laju memberi arahan.

Umie lantas meminta Hannan adik- beradik membentang tikar dan membawa lauk pauk semua turun ke laman rumah. Muhammad sibuk mahu membantu kakak- kakaknya memasukkan lauk pauk ke dalam dulang.

Lauk ayam masak kurma, sayur kobis goreng, ikan masin dan sambil belacan campur kuini licin semuanya. Hannan tak lupa mensyukuri kurniaan Robbi. Alhamdulillah, dapat makan bersama sambil merasai nikmat kurniaan Illahi. Muhammad sedari tadi sibuk nak bagi kucing kesayangannya makan sekali.

"Special nya harini kan, Umie. Dapat makan bawah pokok markisa. Redup je. Kita kat tepi pantai la ni, konon- konon." Abuya meluahkan rasa hati yang ternyata merindui bumi kesayangan mereka, Mersing.

Keenakan makan tengahari di restoran semulajadi bertaraf lima bintang itu langsung tak memberi respon pada anak-anak membalas kata- kata Abuyanya itu. Hanya senyuman yang terukir dan sedikit ketawa kecil yang kedengaran tanda bersetuju dengan kata-kata Abuya.

Alhamdulillah. Usai makan tengahari berjemaah dengan keluarga tercinta, Allah mengizinkan Hannan melihat& membesarkanNya lagi. Melihat keindahan alam ciptaanNya. Abuya yang terus berehat-rehat mengajak kami adik-beradik berjemaah sekali lagi menikmati flora&faunaNya...SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH indahNYA ciptaanMu;)

Hanya umie dan Hannan sahaja yang menyahut ajakan abuyanya itu. Abuya terus meletakkan kepalanya di pangkuan Umie. Dan Hannan tanpa membuang masa terus mendekati kecintaannya~ mencari buat meneliti kebesaran Allah Yang Maha Besar.


"berlayut2an buah markisa ni. Allah maha tahu apa yang ada dalam hati2mu."


Hannan segera bangun dari tikar. Meneliti buah- buah markisa yang masih hijau, bulat-bulat besar tapi belum masak lagi. "Subhanallah, comelnya buah ni.." bisiknya dalam hati.

"Hannan, tolonglah petik daun- daun yang halang buah-buah muda tu daripada berjuntai."
Arah Umie perlahan. Tak mahu abuya terjaga dari tidurnya.

Hannan terperanjat dengan apa yang baru didengarnya tadi.
"Kesian pokok-pokok ni, Umie. Mereka tak dapat berzikir lagi nanti...", dia bermonolog sendiri. Namun, Hannan terus memenuhi kata-kata Umienya tadi. Tapi, pelan- pelan saja tindakannya. "Sayang nak petik yang hijau-hijau lagi. Nak cari daun yang betul-betul dah kering je lah..." Plan Hannan sendiri.

Tiba- tiba kakaknya, Zainab turun dari atas rumah. Buku kuning tebal kelihatan dibawa bersama. Umie tersenyum gembira melihat Zainab turun sambil membawa buku kecintaannya, buku "Penawar Bagi Hati". Saja Zainab membawa buku kegemaran Umienya itu ke bawah. Untuk memberi secebis 'bahagia' buat Umie tercinta. Umjie lantas laju mengulang kembali kata-katanya pada Hannan sebentar tadi kepada Zainab pula.

"Kak Long, tolong tunjukkan kak ngah tu, macamana nak petik daun yang halang buah-buah tu dari berjuntai. Kak Long tahu kan, macamana?"

Zainab menjawab laju, sambil tangan kanannya diletakkan di dahi, seperti gaya seorang askar menerima arahan."Bereh boh!". Zainab membalas gembira dengan loghat negeri pantai timur kesayangannya.

Umie meneruskan kata-kata,"Hannan ni memang tak boleh jadi petani la, kak long. Umie suruh dia petik daun-daun tu dia tak nak sebab nanti daun tu dah tak boleh berzikir lagi. Tapi ni la prosedurnya. Buah tu nak membesar sampai masak memang kena dalam keadaan dia berjuntai." luah ibu perlahan.

Along senyap tak menjawab. Senyuman sahaja yang membalas komentar Umie tersayang itu.

Dan Hannan terdiam sambil mula berfikir. "MasyaAllah. Umie tahu apa yang hati milik Kau ni kata Ya Allah. Walhal aku dah petik juga dah, cuma petik daun yang dah tua- tua aje lah yang aku petik. Bersihnya hati Umie sehingga Kau beri dia hikmah dan buka hijab padanya". Hannan berkata dalam hati.

Tiba-tiba.....

Hannan terkesima. Allah mengizinkannya menjadi hamba yang beruntung, kerana mahu berfikir.

Memang dari tadi, Hannan mencari-cari dan cuba menghayati ciptaan Allah pada flora dan faunaNya. Hannan gembira teramat sangat tika melihat bunga pohon markisa yang sedang didekati sang lebah.

Bibirnya laju mengungkapkan kebesaran Allahu Subhanahuwataala.

Abuya yang sudah bangun dari tidur melihat aksi anak keduanya lalu bersuara. "Hannan sayang...itulah tugas lebah madu. Mendebungakan bunga, mengumpulkan madu, melengkapkan satu sama lain. Semua tu kebesaran Allah."

Allah Ya Allah.....Hannan menangis syukur di dalam hati. Allah saja yang tahu rasa hatinya tika itu. Indahnya melihat kebesaranNya.

Hannan teringat akan firman Allah dalam surah Yasin. Allah mengingatkan manusia tentang segala nikmat yang Allah berikan kepada manusia melalui haiwan ciptaanNya: 


'Dan Kami tundukkan binatang–binatang itu untuk mereka; maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat–manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?' (Yaasiin: 72-73)

Lantas Hannan berlari laju masuk ke rumah dan mengambil handphone Sony Ericson W20 nya. Alhamdulillah dapat rakam. Setinggi kesyukuran kepada Allah yang tak dapat Hannan ungkapkan dengan kata-kata.


"masyaAllah. sempurna segala ciptaanMU ya Allah...."

Setelah itu, Hannan naik ke atas rumah lagi. Kali ini dia turun ke laman sambil membawa laptop Acer milik Abuya. Laju Hannan menaip di butang search google perkataan 'tugas seekor lebah".

Cariannya berjaya! Alhamdulillah Allah rezqikan Hannan melihat dan meneliti keindahanNya lebih-lebih lagi...T_T

'kisah si kecil hebat' yang membuatkan jiwa Hannan berkecamuk kagum. Si kecil lebah yang tidak mampu berfikir. Namun agenda pekerjaan dan kualiti hasil keluaran si kecil ini teramat memerlukan perhitungan dan perancangan khusus. Beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir akan kebesaran Allah dan mengambil hikmah dari setiap ciptaanNya. "MasyaAllah Alhamdulillahh...."Tak henti-henti Hannan melafazkan zikir pujian buat Allah Yang Maha Bijaksana, yang telah merencanakan segalanya.


"kami faqir disisiMU wahai Allah"



Sejauh-jauh mata memandang,
Sedalam-dalam hati merasakan,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian...

Lepas hati memandang laut-Mu,
Terheran diri pada langit-Mu,
Berjuta kata tak cukup untuk,
Melukis indah-Mu...

* Tafakkur by Opick.

Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri...

Doa ketika melihat langit;

 رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَفِنَا عَذَابَ النَّارِ

 Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka.
~ Al-Imran: 191.
---------------------------------------------------------------------------------------

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat .

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...