sahabat seaqidah ila Jannah...

Wednesday, April 21, 2010

musibah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillahi rabbil alamin,selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw dan para sahabt juga ahli keluarga Baginda saw..syukur kehadrat Illahi atas segala niqmat kurniaanNya yang tidak dapat kita hitung,Masha Allah..terutama sekali dua niqmat yang terbesar iaitu niqmat iman dan niqmat Islam..

dua hari yang lepas,ustaz ada menyampaikan tanbih(peringatan) buat warga musollah saodah..alhamdulillah..Allah izinkan hambaNya ini mendengar tanbih itu..moga semua yang berada di situ mengambil pengajaran dan banyak peringatan darinya..bersungguhnya beliau menyampaikan ceramah walaupun beliau baru sahaja pulang daripada Dungun,Masha Allah...moga kami juga menjadi hamba yang tidak lelah dalam berjuang menyampaikan dakwah serta melaksanakan semua kerja krja Islam seperti beliau,amin....

ustaz bagitahu.."gini....kita ni,manusia akan diuji untuk menaikan martabat kita di sisi Allah swt.ujian tu datang dalam pelbagai bentuk.kita tak tahu macam mana bentuk ujian yang akan kita dapat,semua orang xsama ujiannya.ustaz baru balik dari melawat seorang kawannya yang baru kematian anak..usia kandungan kawannya itu bermasalah sejak enam bulan dalam kandungan lagi..namun,kandungan tak boleh digugurkan kerana tak melibatkan masalah kepada ibu..dan dengan izin Allah Yang Maha Kuasa..anaknya dilahirkan tika usia kandungan mencecah 9bulan..namun,doktor mengesahkan bahawa anak itu hanya dapat hidup dalam tempoh 24 jam sahaja..itulah sesuatu yang amat sukar dirasakan oleh si ibu...yang sarat membawa perut selama 9 bulan...kesedihan menyelubungi beliau..tak hilang lagi rasa sakit melahirkan,anaknya pergi menemui Illahi pada keesokan harinya.."

ustaz kata lagi,anak2 yang mati sejak lahir,kelak akan membawa bersama sama kedua ibu dan bapanya ke dalam syurga.itu mungkin akan menjadi pengubat hati si ibu tadi.namun,hati lembut si ibu sangat menginginkan anaknya itu membesar dalam jagannya.itulah antara musibah untuk meningkatkan martabat hambaNya...

penting untuk kita untuk sentiasa bersangka baik kepada Allah swt.jadilah kita hamba yang berpegang teguh serta mengimani sepenuh hati dengan qodo dan qadar Allah."innalillahi wa inna ilaihi rajiun..."("kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali").segala apa yang terjadi adalah dengan izinNya,baik atau buruk,pedih atau manis,sakit atau perit dan segala apa yang terjadi pada diri kita adalah pemberian yang terbaik buat kita dari Allah swt,Tuhan Pencipta kita.kerana Dia yang mencipta kita,Dia yang mengatur segala galanya buat diri hambaNya ini.betapa pentingnya untuk kita merasai akan segala apa yang ada pada diri kita ini adalah MILIKNYA...memang sakit,memang perit rasa ujian itu,tapi itulah tarbiyyah untuk kita menjadi hambaNya yang beriman..syukurilah segalanya,dan yakinlah pada ayat2 Allah Subhanahuwataala...segala sakit perit itu adalah mengikut kadar kemampuan kita..dan tiada upaya kita dalam segala apa pun hal dalam dunia ini melainkan dengan kudrat izin dariNya..la haulawala quwwata illa billahil aliyyul azim..Allahua'lam..

2 comments:

  1. tahniah ajwa...teruskan perjuanganmu sbg mujahidah mardhotillah...=)

    ReplyDelete
  2. tahniah ajwa...teruskan perjuanganmu sbg mujahidah mardhotillah...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...