sahabat seaqidah ila Jannah...

Tuesday, September 11, 2012

Pohon Markisa - kisah 'Si Kecil Hebat'

Bismillahiwalhamdulillah,
Allah mengizinkan al Faqirah IlaLLAH bernafas lagi hari ini...
Astagfirullahalazim. Ya Allah 'benar'kan niat hmba mencoretkan sesuatu yang bermanfaat& Kau berkati sehingga menambah kecintaan kami semua padaMu Ya kholik. Renungan bersama, kisah yang mengajak diri melihat kebesaran Allah Tuhan kami ~ Sahabat, kita sama2 jangan berhenti mencari kebaikan ya :) Semoga Allah permudahkannya, amin...

'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".' (Al-Imran: 190-191)

✿ Tengahari yang indah 

Motor Scooter Yamaha merah tiba di perkarangan rumah. Muhammad yang baru berusia empat tahun menjerit gembira, melihat abuya yang baru pulang dari menunaikan solat zohor berjemaah di masjid. Umie keluar menyambut abuya.

" Harini kita makan tengahari dekat bawah aeh." Tanpa naik ke atas rumah dahulu, abuya laju memberi arahan.

Umie lantas meminta Hannan adik- beradik membentang tikar dan membawa lauk pauk semua turun ke laman rumah. Muhammad sibuk mahu membantu kakak- kakaknya memasukkan lauk pauk ke dalam dulang.

Lauk ayam masak kurma, sayur kobis goreng, ikan masin dan sambil belacan campur kuini licin semuanya. Hannan tak lupa mensyukuri kurniaan Robbi. Alhamdulillah, dapat makan bersama sambil merasai nikmat kurniaan Illahi. Muhammad sedari tadi sibuk nak bagi kucing kesayangannya makan sekali.

"Special nya harini kan, Umie. Dapat makan bawah pokok markisa. Redup je. Kita kat tepi pantai la ni, konon- konon." Abuya meluahkan rasa hati yang ternyata merindui bumi kesayangan mereka, Mersing.

Keenakan makan tengahari di restoran semulajadi bertaraf lima bintang itu langsung tak memberi respon pada anak-anak membalas kata- kata Abuyanya itu. Hanya senyuman yang terukir dan sedikit ketawa kecil yang kedengaran tanda bersetuju dengan kata-kata Abuya.

Alhamdulillah. Usai makan tengahari berjemaah dengan keluarga tercinta, Allah mengizinkan Hannan melihat& membesarkanNya lagi. Melihat keindahan alam ciptaanNya. Abuya yang terus berehat-rehat mengajak kami adik-beradik berjemaah sekali lagi menikmati flora&faunaNya...SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH indahNYA ciptaanMu;)

Hanya umie dan Hannan sahaja yang menyahut ajakan abuyanya itu. Abuya terus meletakkan kepalanya di pangkuan Umie. Dan Hannan tanpa membuang masa terus mendekati kecintaannya~ mencari buat meneliti kebesaran Allah Yang Maha Besar.


"berlayut2an buah markisa ni. Allah maha tahu apa yang ada dalam hati2mu."


Hannan segera bangun dari tikar. Meneliti buah- buah markisa yang masih hijau, bulat-bulat besar tapi belum masak lagi. "Subhanallah, comelnya buah ni.." bisiknya dalam hati.

"Hannan, tolonglah petik daun- daun yang halang buah-buah muda tu daripada berjuntai."
Arah Umie perlahan. Tak mahu abuya terjaga dari tidurnya.

Hannan terperanjat dengan apa yang baru didengarnya tadi.
"Kesian pokok-pokok ni, Umie. Mereka tak dapat berzikir lagi nanti...", dia bermonolog sendiri. Namun, Hannan terus memenuhi kata-kata Umienya tadi. Tapi, pelan- pelan saja tindakannya. "Sayang nak petik yang hijau-hijau lagi. Nak cari daun yang betul-betul dah kering je lah..." Plan Hannan sendiri.

Tiba- tiba kakaknya, Zainab turun dari atas rumah. Buku kuning tebal kelihatan dibawa bersama. Umie tersenyum gembira melihat Zainab turun sambil membawa buku kecintaannya, buku "Penawar Bagi Hati". Saja Zainab membawa buku kegemaran Umienya itu ke bawah. Untuk memberi secebis 'bahagia' buat Umie tercinta. Umjie lantas laju mengulang kembali kata-katanya pada Hannan sebentar tadi kepada Zainab pula.

"Kak Long, tolong tunjukkan kak ngah tu, macamana nak petik daun yang halang buah-buah tu dari berjuntai. Kak Long tahu kan, macamana?"

Zainab menjawab laju, sambil tangan kanannya diletakkan di dahi, seperti gaya seorang askar menerima arahan."Bereh boh!". Zainab membalas gembira dengan loghat negeri pantai timur kesayangannya.

Umie meneruskan kata-kata,"Hannan ni memang tak boleh jadi petani la, kak long. Umie suruh dia petik daun-daun tu dia tak nak sebab nanti daun tu dah tak boleh berzikir lagi. Tapi ni la prosedurnya. Buah tu nak membesar sampai masak memang kena dalam keadaan dia berjuntai." luah ibu perlahan.

Along senyap tak menjawab. Senyuman sahaja yang membalas komentar Umie tersayang itu.

Dan Hannan terdiam sambil mula berfikir. "MasyaAllah. Umie tahu apa yang hati milik Kau ni kata Ya Allah. Walhal aku dah petik juga dah, cuma petik daun yang dah tua- tua aje lah yang aku petik. Bersihnya hati Umie sehingga Kau beri dia hikmah dan buka hijab padanya". Hannan berkata dalam hati.

Tiba-tiba.....

Hannan terkesima. Allah mengizinkannya menjadi hamba yang beruntung, kerana mahu berfikir.

Memang dari tadi, Hannan mencari-cari dan cuba menghayati ciptaan Allah pada flora dan faunaNya. Hannan gembira teramat sangat tika melihat bunga pohon markisa yang sedang didekati sang lebah.

Bibirnya laju mengungkapkan kebesaran Allahu Subhanahuwataala.

Abuya yang sudah bangun dari tidur melihat aksi anak keduanya lalu bersuara. "Hannan sayang...itulah tugas lebah madu. Mendebungakan bunga, mengumpulkan madu, melengkapkan satu sama lain. Semua tu kebesaran Allah."

Allah Ya Allah.....Hannan menangis syukur di dalam hati. Allah saja yang tahu rasa hatinya tika itu. Indahnya melihat kebesaranNya.

Hannan teringat akan firman Allah dalam surah Yasin. Allah mengingatkan manusia tentang segala nikmat yang Allah berikan kepada manusia melalui haiwan ciptaanNya: 


'Dan Kami tundukkan binatang–binatang itu untuk mereka; maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat–manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?' (Yaasiin: 72-73)

Lantas Hannan berlari laju masuk ke rumah dan mengambil handphone Sony Ericson W20 nya. Alhamdulillah dapat rakam. Setinggi kesyukuran kepada Allah yang tak dapat Hannan ungkapkan dengan kata-kata.


"masyaAllah. sempurna segala ciptaanMU ya Allah...."

Setelah itu, Hannan naik ke atas rumah lagi. Kali ini dia turun ke laman sambil membawa laptop Acer milik Abuya. Laju Hannan menaip di butang search google perkataan 'tugas seekor lebah".

Cariannya berjaya! Alhamdulillah Allah rezqikan Hannan melihat dan meneliti keindahanNya lebih-lebih lagi...T_T

'kisah si kecil hebat' yang membuatkan jiwa Hannan berkecamuk kagum. Si kecil lebah yang tidak mampu berfikir. Namun agenda pekerjaan dan kualiti hasil keluaran si kecil ini teramat memerlukan perhitungan dan perancangan khusus. Beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir akan kebesaran Allah dan mengambil hikmah dari setiap ciptaanNya. "MasyaAllah Alhamdulillahh...."Tak henti-henti Hannan melafazkan zikir pujian buat Allah Yang Maha Bijaksana, yang telah merencanakan segalanya.


"kami faqir disisiMU wahai Allah"



Sejauh-jauh mata memandang,
Sedalam-dalam hati merasakan,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian...

Lepas hati memandang laut-Mu,
Terheran diri pada langit-Mu,
Berjuta kata tak cukup untuk,
Melukis indah-Mu...

* Tafakkur by Opick.

Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri...

Doa ketika melihat langit;

 رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَفِنَا عَذَابَ النَّارِ

 Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka.
~ Al-Imran: 191.
---------------------------------------------------------------------------------------

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat .

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...