sahabat seaqidah ila Jannah...

Saturday, January 14, 2012

JOM Muhasabah

astagfirullahalazim...

Bismillahiwalhamdulillah. semoga Allah luruskan post kali ini hanya keranaNYA T_T

melihat kurniaan ALLAH YANG MAHA HEBAT kepada sahabat2 seperjuangan, yang dikurnia ujian hidup haibat membuatkan hamba FAQIR trtunduk ingin sujud sentiasa padaMU ya ALLAH...nak tersungkur.
diri hina bermuhasabah.
sakitkah kita? rasakah kita? payah kah kita?- dengan kurniaan ALLAH pada kita?
dapatkah kita kurniaan ni semua?ALLAHU ALLAH.....:'(

muhasabahlah dengan kata2 Sa’ad bin Abi Waqqas ini : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)

Renunglah diri kita bersama.
Rindukah kita dengan tarbiyyah direct dari YANG MAHA MENGURNIA?
macamana nak letakkan ALLAH TOTALLY dalam qolbu kita tanpa ZIKRULLAH yang maximum pd hati& tiap anggota tubuh milikNYA?

Kita muhasabah lagi.
tentang diri sendiri.
belum. bukan peribadi org lain lagi=(

cuba kita bayangkan satu masa nanti. pasti.

Nahh......!
persembahkanlah...........

... di hadapan ALLAH nanti AMAL kita yg sekelumit mana, entah kalau ada!
...di hadapan ALLAH nanti ILMU yg blh dimanfaatkan, yg secubit mana, entah kalau ada!
...di hadapan ALLAH nanti DAQWAH kt pd masyrkt (facebooklah misalnya- sbb dok berjam2 depan dia aje), entah kalau ada!
> di hadapan ALLAH nanti ANAK- ANAK SOLEH yg mendoakan kita, entah kalau ada!

hei manusia!!!!!!

Kau pernah terfikir/ tersedar/ apa2 tak pasal benda2 ni manusia;?
> DAQWAH kau tu nak tengok berapa orang LIKE aje, kat fb tu sebenarnya. ke guane?
> AMAL kau tu sebab nak orang nampak kau baik je sebenarnya. sbb kau nak nampak haibat depan semua je sebenarnya. belakang org susah kot nak buat amal2 tu semua. ke guane?
> ILMU yang kau belajar tu pun sebab nak cemerlang exam je sebenarnya. bukannya kau dah usaha nak amalkannya. Ijazah tu penting untuk kerja je sebenarnya. ke guane?

renunglah lagi manusia yang mudah LUPA&LEKA lg HINA!
> semua kerja/ perkara yg kau buat semua kau rasa sebab ALLAH TUHAN YANG SATU ke? buat bukan untuk nama ke? selalu dah ke kau betulkan niat kau bila nak buat apa2 pun jua?
> semua kerja/ perkara yg kau buat semua kau rasa dapat mendekatkan kau dengan ALLAH ke?

nampak sangat dah.....siapa kita nak brmegah? walhal boleh brmegah dgn DOSA2 je? amal dah La tak seberapa. amal tu pun seBENARnya dgn taufiq hidayah dariNya. dah La tak seberapa, goyah pulak keIKHLASANnya!

ASTAGFIRULLAHALAZIM..............
HINAnya kita sebenarnya!

ye. tak mudah nak letakkan Allah, Habibuna Rasulullah صلى الله عليه وسلم & Islam di tempat yang pertama&utama. Ia memerlukan tarbiyyah& mujahadah diri. TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
maka dekatilah kecintaanNYA, dekatilah kekasihNYA
صلى الله عليه وسلم & berbahagialah mendekati addinNYA yg trtinggi dalam segenap kehidupan kita, seSUNGGUHnya.

--->pelajaran ANUGERAH-NYA harini 13/1/2012 di radio ikim@ slot pagi jumaat:)
1) banyakkanlah menyebut LA ILAHA ILLALLAH dalam kehidupan seharian kt. Namun didahului dulu dgn ISTIGFAR utk menyucikan diri. Ini apa yg Allah anjurkan pada kita dalam qalamNya. Mesti beristigfar dulu, kemudian ucaplah dgn segenap hati syahadah kita padaNya.
2) kenapa kena banyak sebut LAILAHA ILLALLAH? Sbb! semua sifat2 yg tak akan lari dari kehidupan org muslim+mukmin+muqorrobin iaitu redho, sabar dan tawakkal tu semua terzahir dari kalimah tauhid itu. Dah benar yakin& terPASAK KUKUH akan ALLAH segalanya, barulah hati itu dapat mencerminkan keINDAHAN sifat2 tersebut.

SUBHANALLAHIWABIHAMDIH. SUBHANALLAHILAZIM.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

alfaqirah ilallah tamar Nabi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...