sahabat seaqidah ila Jannah...

Friday, March 29, 2013

Jannah Mawar Adden


Maha Suci Allah. Indah.
Perilakunya, akhlaknya, keperibadiannya.
MasyaAllah tabarakallah.

Dari sekadar berkenalan dalam sms, mereka berjumpa dan bertemu.
Menjalin mahabbah selama lebih kurang seminggu kerana misi perjuangan yang satu!
Berpisah dan Allah rezkikan bertemu dan bertemu dan teruss bertemu.
Segala puji bagi Allah, sampai ke negeri timur mereka berukhuwah Fillah mengenal, membesarkanMU.
Allah yang Maha Pemurah sering merezkikan mereka bersama. Maha Suci Allah.

Melihatnya menambah takut padaMU.
Mendengar tutur katanya mengingatkanku padaMU.
Mendekatinya menambah dekatku padaMU.
Allahu Allah. Malu aku dengan insan sepertinya. Macamana besar sewajarnya maluku  buat penciptaNYA?

Bagaimana tidak aku tambah takut padaNYA? Andai sunnah Nabi SAW menjadi diari kehidupannya.
Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad waala ali waalihi wasohbihi wabarik wasallim.

Dia mengajarku untuk berlemah lembut pada Allah yang Maha lemah Lembut.
Dia mengajarku kemanisan bersamaNYA di dalam solat dengan menghadirkan hati sama. haaza min fadhli Robbi.
Dia tak mengajarku 'begitu' dan 'begini'. Tapi dia mengajarku dengan hati yang mengINGATI ROBBI.
Allah maha Besar. Penangan cinta dan kasih di jalan-NYA, Allah membuka jalan buatku akrab padaNYA.
Dia juga mengajarku ehsan pada insan sekeliling, juga pada tumbuh-tumbuhan dan segenap makhluk-makhluk Allah waima pada kenderaan dan jalan.
Dia sangat mengajarku nilai ukhuwah bersama sahabat seperjuangan.
Sahabiah sering merinduinya, terhibur dengannya, menjadikannya tempat rujukan dan bercerita semua.
Allah maha besar, Allah maha agung, Allah maha penyayang mengenalkanku mengizinkanku bersahabat dengan mujahidah Islam sepertinya.....

Setiap yang bernyawa pasti akan diuji. Mereka benar2 diuji bagaimana untuk meluruskan cinta, kasih dan sayang benar2 LURUS pada Allah yang UTAMA dan PERTAMA.

Jawapannya:

1) Dalam senang dan susah, hadirkanlah SYUKUR padaNYA seboleh-bolehnya. Carilah jalan dan peluang buatmu bersamaNYA, mengembalikan segala rasa padaNYA. Pemilik tiap suatu yang kau punya, hanya ALLAH yang maha esa. Allah pemilik abadi semuanya. Cari dan teruskan mujahadah bersendiri berbicara dengan Robbi. Kerana itu bahagia sebenar yang rohmu ingini.

2) Hati ini, bolak balik sifatnya. Saat ia kuat, ALHAMDULILLAH. Saat dia lemah, INNALILLAH. "wahai Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMU dan dalam ketaatan padaMU."

Hatiku milikMU, buatMU. Bukan milik sesiapa. Bukan milik insani. Walau besar mana cinta dan kasihnya buat hati ini, tak mungkin hati ini ingin mempercayai. Setelah melalui tarbiyyahNYA ini, hati ini dah tak akui, bahawa 'hatiku kau yang miliki'. Tepislah ia, walau macamana manis pun rasa tu. Kenapa?? Sebab hati ni tak nak kecewa nanti. Tak nak berduka nanti. Kerana bahagiaku hanya bersama Allah pemilik hati ini. Itu hakikat sebenarnya. Bersama siapa pun aku, ke manapun aku, dalam situasi apapun aku, aku akan BAHAGIA andai dalam HATIKU aku letakkan ALLAH BERSAMA dan palinggg UTAMA! Allahu taala a'lam. Qalam ini terkecuali buat hati buat Habibi Rasulullah SAW.

Segalanya dari Allah dan akan kembali pada Allah. Berikan segalanya HANYA kerana Allah yang maha memberi. Berikan segalanya HANYA kerana Allah yang maha pengasih dan mengasihani. Berikan segalanya HANYA kerana Allah yang kaya. berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, wahai hamba Allah yang beriman...

Satu hari nanti, pertemuan akan diziarahi oleh perpisahan.
Kematian itu pemutus bahagia.
Dan moga ia penyambung bahagia yang abadi bersamaNYA.
Puncak segala bahagia.

buatmu mujahidah wardah Adden calon Bidadari Syurga kesayangan Alfaqirah IlaLLah al-Ghaniyy.
Moga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNYA dan bahagia di dunia & akhirat amennn40x.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...