sahabat seaqidah ila Jannah...

Thursday, May 27, 2010

*From Her Deep Soul*



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MAha Mengasihani...Allahumma Soli Ala Saiyidina Muhammad wa ala ali Saiyidina Muhammad...sekadar sedikit muhasabah yang ingin ana coretkan di sini. Allah Ya Rabbi,moga Kau memberi manfaat buat hamba dan semua pembaca pembaca amin ya Allah.

POINT NUMBER ONE~

Firman Allah SWT bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Surah Fussilat :33)

Kadangkala, seorang daie sangat bersemangat untuk menyampaikan ilmu yang diibarat, setitis daripada selautan ilmuMu. Tidak bijak berhujah, namun melalui medan yang terdaya dek diri. Adakah semua itu diluruskan niatnya tanpa sekelumit pun hawa nafsu jahat berbau? Jauhkan kami dari perkara yang boleh mengurangkan amal kami Ya Allah...untuk itu,sama2 ayuh sahabat sahabiah dai'e dai'e sekalian kita timba 'ilmu yang bermanfaat'. Dan menurut Hujjatul Islam Imam Al- Ghazali, antara ciri ciri ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah pengetahuan kita akan perkara yang mengurangkan keberkatan atau pahala amal yang kita lakukan. Sekali lagi, suka ana menyeru unutuk kita mempelajar dan mendidik diiri dengan jiwa suci demi melahir amal yang diberkahi Illahi.

POINT ke DUA~

Firman Allah SWT bermaksud:

"Wahai orang2 yang beriman masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan..."
(surah Al-Baqarah :28)

Amatlah penting untuk kita mempraktikkan ajaran dan syariat Islam secara syumul. Kerana sesungguhnya Islam itu addin yang menyeluruh..MasyaAllah. Teringat kata kata seorang ustaz yang memperkenalkanku tentang ilmu tasawuf, Ustaz Shafe, bahawa amatlah penting untuk kita melakukan seboleh bolehnya dan semesti mestinya segala yang Allah SWT suruh dan tinggal apa yang dilarang, bukan bila sudah banyak buat baik bolehlah buat sedikit kejahatan.Kerana apa? Kerana kita tak tahu bila kita akan mati, entah jika tika itu kemungkaran mendekati perbutan dan jasad kita?wal i'ya zubillahi minzalik. Ya Kholiq...kami hambaMu ingin mati dalam addin suciMu ISLAM...amin.

POINT ke TIGA~

Firman Allah SWT bermaksud:

"Wahai orang orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tiidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff :2-3)

Ana yang faqir tidak bisa menterjemah ayat ini, namun insyaAllah kita semua boleh faham akan maksudnya secara amnya. Betapa segala apa yang kita perkatakan mahupun apa yang kita lakukan akan Allah pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Setakat manakah 'kebertanggungjawaban' kita atas segala kata kata kita? Ya Qawwi, ingatkan kami akan hal ini Ya Allah. Betapa kami butuhkan ingatan pinjaman dariMu akan hal hal ukhrawi Ya Aziz. Betapa perlunya kami menunjukkan qudwah hasanah sentiasa dalam kehidupan sementara di bumiMu ini, juga sebagai aset untuk melicini shoutul dakwah Islamiyyah..Moga kita juga sentiasa ingat akan qudwah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW sentiasa benar dalam kata kata dan perbuatan Baginda, waima dalam hal bercanda(gurauan) sekalipun. Baginda Rasulullah SAW tidak mengatakan apa yang Baginda SAW tidak perbuat. Sama sama kita mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW,akhlaqul Quran. InsyaAllah...

Insafi diri kita dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan mereka benar-benar akan memikul dosa2 mereka sendiri,dan dosa dosa yang lain yang bersama dosa mereka, dan pada hari kiamat mereka pasti akan ditanya tentang kebohongan yang selalu mereka ada-adakan."(Surah Al-Ankabut :13)


POINT ke EMPAT~



Sedikit tambahan untuk memotivasikan diri, KUATLAH menghadapi dugaan hidup ini kerana firman Allah SWT bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (Surah Al-Ankabut :2)


Alhamdulillah, dengan ujian dariNya kita bisa benar benar berharap dengan kesungguhan yang kuat utnuk apa yang kita butuh(perlukan). Bukankah begitu? Hikmah yang tersembunyi itu semestinya ada, insyaAllah. Bersangka baiklah pada Allahu Rabbi.

POINT KE LIMA~

Penting untuk kita sentiasa besikap qanaah, sentiasa meredhoi ketentuan Illahi Yang Maha Mengetahui. Pinta doa dari AllahU Rabbi Yang Maha Mendengar-sentiasa dan selamanya. Segala masalah,bak kata Kiyai A'a dalam ceramahnya 'Rawat Hatinya'di astro Oasis,
"kalau ada masalah,sakit di hati, bungkus semuanya..........serah pada Allah. Kembalikan pada yang memberi, mohon padaNya,bungkus ia dan pinta hanya padaNya yang Maha Tahu kerana datangnya segala itu daripada Allah. InsyaAllah hati akan terubat.."


Motivasi diri untuk ujian Allah swt, sekali lagi ana mengajak sahabat sahabiah, sama2 kita hayati firman Allah SWT bermaksud:
"Dan diantara manusia ada sebahagian yang berkata, "Kami beriman kepada Allah," tetapi apabila dia disakiti(kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap cubaan manusia itu sebagai siksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhannya, nescaya mereka akan berkata, "sesungguhnya kami bersama kamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?"





Kalam akhir untuk coretan AlFaqirah ini, Kuatkan hati, demi Allah SWT dan keredhoanNya juga demi ISLAM addinul Haq insyaAllah...terus bangkit belajar dan belajar dan terus belajar,dan beramal serta menyampaikannya insyaAllah.

Kurniakan kami magfirahMu, Taufiq dan HidayahMu dan Ilmu yang bermanfaat Ya Allahu Rabbi...Amin ya rabbal alamin ...

Allahua'lam. Minta penambahan sahabat2 ye, andai ada silapnya atau sebarang pandangan.syukran('',)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...