sahabat seaqidah ila Jannah...

Friday, June 22, 2012

Sahabat Hadiqotul Muqorrobin



"Salam jumaat=) "Di jalan ALLAH hubungan ini bukan milikku & bukan jua milikmu, hubungan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. kerana DIAlah aku mengenalimu & kerana DIA juga telah menetapkan kita mnengukir kenangan. perhubungan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang hanya keranaNYA semata. Moga kekal selamanya hingga ke jannahNYA..."
-From: adik:*)-

Hati menangis membaca. Sungguh benar. Sahabat yang baik yang mengingatkan kita pada Allah ketika kita melihatnya & bersamanya. Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan terbesarMU mengurniakan sahabat yang teramat 'BERHARGA' di hadapanMU. subhanallahiwabihamdih subhanallahilazim...



*Thumma AlhamduliLlahhh*

Aura Sahabat.

Ateh yang pengasih mengajar erti 'aura' hari ini. MasyaAllah Tabarakallah. Alkisah. Allah sering mengurniakannya aura2 rasa dari sahabat2 seperjuangan yang sedang berasa sedih, takut dan pelbagai lagi rasa. YAKIN-nya Ateh pada Allah Yang Maha Mengurnia 'besar'. Segala Puji bagi ALLAH melahirkan seorang daie yang sering membuatkan kita berasa melihat ALLAH yang Maha Besar melalui kemuliaannya. Walau selama ini sering mendengar dari Yang tentang 'aura' Ateh tu, tapi baru hari ini hamba Faqir ilaLlah ni tahu bagaimana besarnya signal aura yang Ateh rasakan tu. Besar. Kerana Allah yang Maha Besar, Ateh benar2 BESAR-kan. Benar2 melihat Allah melalui sahabat-sahabat. Benar-benar kasih dan cinta pada sahabat- sahabat kerana Allah. Mulia akhlakmu wahai bidadari syurga kesayangan Mujahidah2 Hadiqotul Muqorrobin.



"Tidakkah kamu tahu bahawa apabila kamu takluki hawa nafsu, hiduplah kamu; kerana hati yang berada dalam kegelapan hawa nafsu dan kelalaian seperti hati yang mati, walaupun sebenarnya tidak mati. Hati yang mati adalah hati orang kafir. Hati orang lalai seperti hati yang mati, kerana tidak ada kehidupan padanya. Dengan hidupnya hati-lah ilmu keyakinan tercapai, dan ilmu keyakinan adalah menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya."
[Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani] 




Moga langkah ini benar. Moga langkah ini lurus. Mengharapkanmu saja Ya Allah..Allahuwani'man nasir...Jasad kian menjauhi bumi tarbiyyah ini. Adakah mungkin roh ini KAU kuatkan seperti di sini. Merasa tiap saat adalah tarbiyyah dari-MU. Pasti ia akan merindui segenap yang ada di sini. Kalau di matric, ada Amira Ajeerah. Di Hadiqotul Muqorrobin ada Nor Amyra=) Moga Allah letakkan tali yang lebih kukuh untukku paut buat mendekatiNYA di luar nantii.. Allahumma Amin ya Robbal Alaminn... Sayang antunna sahabat2 Fillah. Doa yang dapat disampaikan, walau jasad tak dapat berjumpa buat kali yang terakhirnya. Berharap berjumpa di SyurgaNya nanti aminnn. TOLONG Doakan T__T

 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
-Jumua'h Mubarakah di hari ke-2 Sya'ban

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...