sahabat seaqidah ila Jannah...

Friday, December 9, 2011

Ayyuhal Walad-1


Kita sering mengalami masalah untuk menegur anak- anak yang ingin menuruti kehendaknya sahaja dan sukar mengikuti apa yang kita minta padanya. Hal ini sering berlaku dan pastinya, tiap keluarga punya seorang sekurang- kurangnya 'wakil anak' yang berperwatakan sebegini.

Kesukaran meminta tolong anak atau adik yang usianya kira-kira masih berada di sekolah rendah, sebenarnya tidak begitu sukar. Kerana apa tidak susah? Kerana mereka masih memiliki hati yang murni. Hati yang lembut dan bersih lagi. Dan inilah masa yang tebaik untuk kita mencorakkan akhlak yang sebaiknya buat mereka. Kita hanya memerlukan rencah~SABAR+HIKMAH. Anyway, pengharapan kita haruslah TOTAL buatNYA Yang Maha Mengurnia...Ikuti dialog atau sketsa di bawah ini...

Umairah. Adik bongsunya yang terkenal dengan gelaran Solehah berusia 10 tahun. Suatu petang, usai solat Asar berjemaah bersama Umairah....

"Solehah...tolong ambilkan mathurat akak atas gerobok buku tu, sayang...", pinta Fatimah lembut.

"Malas!". Itulah ungkapan yang acap kali diucapkannya bila diminta tolong sesuatu.

Fatimah membalas lembut sambil mengusap lembut kepala adiknya "adik tak nak pahala ke sayang. Malaikat roqib tak sabar dah tu nak tulis pahala adik tolong akak, tau."

Umairah segera bangun dengan gaya malasnya. Sempat lagi dia membalas, "yela- yela...petang ni adik nak main motor tau."

"Ye sayang... Tapi mesti tunggu Umie balik kerja okey? Kena tanya Umie dulu." Laju, Fatimah menggangkat sebelah keningnya pada Solehah.

Alhamdulillah, sering terusik hati Umairah, bila Fatimah sentiasa berinteraksi lembut dengannya dalam sesuatu hal perkara. Di sambil sentiasa berusaha menunjukkan contoh tauladan yang terbaik buatnya. Supaya nanti, tidak dia bersuara "akak pun tak buat", "akak pun sama, cakap adik pulak". Satu ayat yang dipegangnya benar- benar. Iaitu dalam surah As-Saff ayat dua (2)

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya


Dan Fatimah benar- benar pegang kata-kata pendaqwah abad ini~ 'Action teach better than Word...'

Sebenarnya, menjadi mainan di bibir umie mereka, perkataan- perkataan sebegini; 'malaikat roqib dan malaikat atid'. Sampai Fatimah juga meniru ayat yang sama tanpa disedarinya.

Syukurlah, anak- anak yang ditarbiyyah dengan 'ayat- ayat akhirat' yang mengenalkan mereka dengan pahala dan dosa sejak kecil lagi. Semoga biah solehah itu berterusan buat seluruh ahli bait, biizniLlah (dengan izin Allah). Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...