sahabat seaqidah ila Jannah...

Tuesday, March 29, 2011

Friday, March 18, 2011

Hakikat Bahagia~Kami Ingin KASIH-MU


Kuatlah duhai diri..bangunlah wahai insani..kita tidak punya banyak masa..kerana banyak amanah dan pertanggungjawaban yang perlu kau hadapi kelak di hari muka,di hari pembalasan yang pasti nanti.bermujahadahlah,berjuanglah sepenuh hatimu..tinggalkanlah turutan hawa nafsumu yang mengajak berbuat perkara yang Allah larang,yang Rasulullah pesan jangan buat tu,wahai insani yang punya jiwa dan hati kurniaan Illahi...sayangilah dirimu benar2,selagi kau punya masa untuk bernafas wahai hamba Allah yang dirahmati..ingatlah, asal usul kejadian dirimu itu insani. kau hina.. kau berasal dari air mani yang hina.itulah permulaanmu semua. sedarlah! kau juga dicipta bukan dari cahaya seperti malaikatNya. bahkan malaikat sentiasa tunduk patuh akan perintahNya tanpa pernah mengingkari suruhan DIA.tapi kau manusia?kenapa seringkali kau mengingkari suruhanNya=(




padahal,,,,Allah mengizinkan dirimu dimulia dengan kurniaan aqal fikiran yang tak dipunyai makhluk lainNya..kau jadi istimewa,wahai MANUSIA..kau jadi tinggi dengannya. fikirkan sejenak dengan aqal pemberianNya,,,untuk apa kau bermegah sungguh2 kat dunia sementara?kenapa kau sering membiarkan dirimu leka dan gembira?kenapa kau terus suke dengan kezaliman yang kau lakukakan dalam tak sedar terhadap jasad sementara yang Allah punya,,,????!cukuplah berbuat kezaliman terhadap jasadmu terus, duhai hamba Allah..cubalah hamba2 Allah,, Kau ingati kembali, ketahui dan selidikki balik, segala suruhan dan larangan Allah yang kau tak boleh lakukan..jangan kau cenderung lagi ke arahnya,duhai diri=(


Allah suruh kau solat untuk kebaikan kau juga,,buat kau tenang bila dapat bersamaNya,dalam kesibukan seharian dengan kerja dan assigmnent yang berlambak-lambak, kau boleh rehatkan jasadmu dengan aliran wuduk yang mendamaikan, bukan?Allah suruh kau tutup aurat, melabuhkan tudung menutup dada, kerana DIA sayang padaMu wahai kaum hawa..tolonglah turutiNya, kerana Dia tak nak kau dicelakakan oleh anasir luar yang bisa membahayakan dirimu semua. DIA tak nak kau menjadi fitnah di muka bumiNya ni. sebab perhiasan yang kau serlahkan boleh mendatangkan bahaya buat dirimu sendiri sebenarnya. Kau boleh 'selamat' dengan pemakaian yang tak menyerlah mana,sebenarnya...



tolonglah semai kembali rasa 'malu' dalam diri..sebab itu suruhanNya, untuk kebaikan kita semua...buat kau terselamat daripada kaum adam yang ingin mengambil kesempatan terhadapmu. ketahuilah, bila kau menunjukkan sikap yang sopan di hadapan orang lain, dia boleh berbuat baik dan menghormati dirimu. tapi, bila kau berlebih-lebihan di hadapan orang ramai, kau sudah dpandang sebelah mata oleh mereka sebenarnya. kerana, kau sama seperti orang biasa pada pandangannya. tak nampak,keistimewaanmu 'tang mana'...(ditujukan khas buat kaum hawa), ketahuilah akan hakikat itu....kau harus punya keistimewaan yang kau tak boleh serlahkan depan semua...pakailah kembali pakaian malumu itu, hawaku sayang....



sedar tak kita?kita sentiasa pinta daripada Allah dalam bacaan Fatihah kita.."pimpinlah kami ke jalan yang lurus". Duhai jasad2 kepunyaanNya, Dia sahaja sumber penguatmu, kerana kita DIA yang punya..Hitunglah balik dosa dan tingkah lakumu yang sia-sia dan tak ada nilai di sisiNya..memang kau tak kisah, tapi Allah kisah...yakinlah bahawa tiap detik waktu akan menjadi perhitungan kelak. tolonglah ingat hakikat ini benar2,insani.. Kau bisa menghafal banyak perkara, tapi tolonglah hafal dan ingat sentiasa akan statement ni..untuk protect jasadmu menyakiti tubuhmu sendiri nanti.itu fokusnya tadi!



apa yang Kau cari sebenarnya duhai insani??kebahagiaan apa yang sebenarnya bermaksud kebahagiaan? kebahagiaan sebenar ialah tika dirimu dalam rahmat dan kasih sayangNya,dalam keredhoan Allahu Rabbul Jalil,,,,itu saja kebahagiaan yang engkau dambakan sepatutnya kan?rasailah kenikmatan tika detik qalbumu benar2 bersamaNya..itulah keniqmatan yang tiada nilaian lain di dunia sementara....




Ya Allah...izinkan kami mengingatimu tiap detik dan ketika buat kami benar2 dalam lindunganMu Ya Allah..kami tidak kuat, kami tak ada upaya buat melawan hawa nafsu kami melainkan dengan keizinanMu Ya Allah..luruskan langkah kami dan dengarlah doa kami Ya Allah..pimpinlah kami ke jalan yang lurus...Ya Allah,,, Kau berhak ke atas jasad dan jiwa kami..Kau berhak membolak balikkan hati kami,Ya Robb..Namun Kau tetapkanlah hati kami terus tetap di jalan benarMu Ya Allah, tuntunlah kami, pimpinlah kami dan dorongkan kami melangkah menghampiriMu sentiasa buat kami punya kekuatan untuk mengharungi kehidupan sementara ini Ya Allah..Biarkan kami terus merasakan kehambaan terhadapMu Ya Allah..biar kami sedar akan kekosongan yang kami punyai Ya Allah,,izinkan kami benar2 punya jiwa HAMBA Ya Robbul Izzati...dekatkan kami dengan orang2 yang ingin sentiasa mendekatiMu ya Allah...dekatkan kami dengan perkara yang boleh tambah mendekatkan diri kami padaMu Ya Allah..Kami ingin menjadikan Kau cinta UTAMA kami selamanya..iznkan kami Ya Allah...amin Ya Robbal Alamin..wasollallahu ala Saiyidina Muhammad wa ala ali wasohbihi wasalla walhamdulillahi Rabbil Alamin...(T_T)



-dikreditkan khas buat semua yang hamba Allah yg mengharapkan ketenangan,ketenteraman dan hakikat bahagia yg sebenar,Allahu Allah..La haula wala quwwata illa billahil aliyyul azim. Allahua'lam-

Saturday, March 12, 2011

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."



Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."



Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."



Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."



Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."



Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

note 1~IBADAH YANG MENAKJUBKAN


Saudaraku tercinta, hamba siapakah anda? Apakah anda hamba anda sendiri? Apakah anda hamba syahwat anda sendiri? Milik siapakah anda sebenarnya? Apakah tujuan anda hidup di dunia? ini adalah pertanyaan2 yang bertebaran bersama berbagai perkara dalam kehidupan dunia ini.

Ibnu Taimiyya r.h cuba menjawab atas semua pertanyaan ini dengan jawapan umum yang mampu mencakupi segalanya dan ternyata beliau tidak menemui jawapan selain berikut ini: Betapa malangnya penduduk dunia yang keluar dari dunia ini tanpa sempat berasakan perkara yang paling manis di dalamnya."

Beliau pun ditanya, "apakah perkara yang paling manis di dunia?"Pun beliau menjawab: "Mencintai Allah s.w.t adalah yang paling manis di dunia."

Saya melihat anda bingung dengan jawapan ini! saudaraku tercinta, fahamilah perkara-perkara global sebagaimana mestinya! Apakah anda mengerti apa yang saya maksudkan? Contohnya, anda sedang berada di jalan yang brcabang, tetapi kemudian anda tahu bahawa jalan2 ini berhujung pada suatu tempat. Itulah titik 'mencintai Allah.'

Ini merupakan pengantar untuk mendalami tema 'Khusyuk dalam solat'. Sekarang saya memohon kepada Allah agar anda membaca halaman-halaman berikut dengan hati anda dan bukan dengan lidah anda. Alangkah bahagianya hati anda sekarang ini kerana dia tengah berada dalam kerinduan yang mendalam untuk boleh khusyuk di hadapan Allah s.w.t..sama2 kita mencari sirna buat membuahkan hasil daripada solat yang menjadi tiang dalam agama, juga menjadi uslub mendekati Robbi benar2..subhanallah, kurniakan kami kurniaan AgungMu Ya Robbul Izzati...

Saudaraku tercinta, terimalah dari saya hadiah yang tiada duanya, dan hadiah ini merupakan kesempatan yang tidak berganti, sebab anda tidak boleh menjamin bilakah Allah akan memanggil anda untuk keluar dari kehidupan dunia. Oleh kerana itu, saya menganjurkan agar anda membaca kalimat berikut dan menjadikannya sebagai panduan hidup di depan mata.

Ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba2 datang seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Dia pun mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w. kemudian berdiri dan melakukan solat. Ketika dia selesai melakukannya, dia pun menghampiri Rasulullah s.a.w. yang kemudian bertanya kepadanya: "Kembalilah untuk mengerjakan solat, sebab kamu belum mengerjakannya."

Dia pun pergi menjauh dan melakukan solat dan kembali lagi menghampiri Rasulullah s.a.w. Baginda pun berkata lagi kepadanya."Kembalilah mengerjakan solat, sebab kamu belum mengerjakannya." Lelaki itu kembali melakukan solat dan menghampiri rasulullah s.a.w. lagi. Namun Rasulullah s.a.w. tetap berkata: "Pergilah untuk mengerjakan solat, sebab kamu belum mengerjakannya!"Demi Allah, yang mengutus anda dengan kebenaran, saya tidak boleh mengerjakan yang lebih baik dari ini. Ajarlah saya, wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. pun bersabda:

"Jika kamu mengerjakan solat, maka mulailah dengan bertakbir, lalu bacalah beberapa ayat Al-Quran yang mudah, kemudian lakukan rukuk sampai kau betul-betul rukuk dengan tomakninah (tenang);lalu lakukan iktidal sampai kamu betul2 telah berdiri;lalu lakukan sujud sampai kamu betul2 sujud dengan tenang;kemudian lakukan duduk sampai kamu betul2 duduk dengan tenang;selanjutnya kembali lakukan sujud sampai kamu betul2 sujud dengan tenang. Biasakan hal ini dalam setiap rakaat solatmu!"

(H.R Al-Bukhari)

adakah anda boleh merasakan nilai hadiah ini? Rasulullah s.a.w. mengajarkan bagaimana seharusnya anda mengerjakan solat. Mari amalkan nasihat ini sekarang juga sebelum lewat kesempatan dan jangan pernah lupa untuk selalu menjaga TOMAKNINAH( ketenangan ) dalam solat!

**BUATKAN LEMBARAN BARU**

Nabi Muhammad s.a.w. pernah ditanya tentang perbuatan menoleh ketika solatm maka Baginda pun bersabda: "Itu meruopakan curi yang dilakukan syaitan terhadap solat seorang hambaNya."(H.R. Al-Bukhari)

Sesungguhnya, seburuk-buruk manusia adalah orang yang berusaha mencuri sebahagian solatnya. Ditanyakan:

"Bagaimanakah perkara itu boleh terjadi Ya Rasulullah?baginda menjawab, "Dia tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya."

(H.R. Ahmad)

~Allahua'lam..akan bersambung nanti insyaAllah...Allahumma Robbi Yassir wala Tuassir.La haula wala quwwata illa billahil aliyyul azim.wasollallahuala saiyidina Muhammad waala alihi wasohbihi wasallam,walhamdulillahi Rabbil alamin~

sumber asal:
Tajuk asal "I'BADATUL MUKMIN"~AMRU KHALID
diterjemah oleh Ustzh Asiah Hj. Din~IBADAH YANG MENAKJUBKAN Amalan Yang Paling Dicintai Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...