"Wahai orang orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11) Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju namun mengapa kita masih tega berbuat dosa. Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Syafie: "Peredaran masa adalah suatu yang aneh...Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!"
sahabat seaqidah ila Jannah...
Friday, October 5, 2012
Muhasabah Hamba dan Khalifah
Friday, September 14, 2012
Besarkan Matlamat
Usaha tangga kejayaan! Sibuk sahabat- sahabat Bachelor of Accounting semua mencari kerja. Fatimah tak ketinggalan juga. Hari-hari menghadap internet. Sungguh letih rasanya. Hari- hari hanya menghadap benda yang lebih kurang sama. Setelah seminggu pulang ke rumah, baru hari itu Fatimah mengaudit dirinya. Sungguh rugi dirinya minggu itu. Gagal untuk menjadi hamba yang bermanfaat buat ummah sekelilingnya. Keuntungan yang sangat sedikit dek kerana busy bersama dunia! Sahabat- sahabat semua sampaikan tak cukup masa! Astagfirullahaladzim....Aduhai diri....sayangnya masa. Sayangnya umur.
Fatimah berperwatakan biasa- biasa sahaja. Mudah berurusan dengannya. Berperwatakan solehah dan baik akhlak bicara. Dan Fatimah tidak terlalu berkira, Allah ingin mencampakkan dia ke mana.Namun jauh di sudut hati kecilnya berdoa moga dikurnia yang terbaik di sisiNYA. Bukan yang terbaik di kaca mata insani, tapi dia mengharapkan yang terbaik di sisi ALLAH jalla waala sahaja. Cukuplah. Fatimah yaqin dengan janji Allah. Dia yakin dengan Allah yang maha mendengar tiap kata hatinya. Harapannya cuma moga Allah rezqikan dia 'mendekati' majlis-majlis ilmu, orang-orang soleh, amal-amal soleh dan moga direzqikan mentadabbur kalamNYA selalu dan sentiasa. Moga perkerjaannya kelak mendekatkan dia dengan yang maha pencipta.
Kereta Besar.
Fatimah, yang seperti kata orang putih, never put high dream and never dream to have a huge car. Namun, sebuah ibroh dikutipnya dari perbualan auntie dengan anaknya ketika dia tinggal bersama di Kuala Lumpur, katanya, "kalau dah besar nanti, abang nak beli kereta kancil je baik tak payah pergi sekolah belajar tinggi-tinggi. Paling tak pun, abang pakai Alphard sekurang-kurangnya"!
Fatimah tiba2 ter'cara' dengan kalam auntienya. Fatimah bermonolog sendiri.
Ya! Berbeza sekali dengan kalamku pada ibunda tercinta.
"Akak tak kisah mak, kereta kancil pun boleh pergi mana-mana, insyaAllah."
Fatimah lantas beristighfar.Segala puji bagi Allah yang meluruskan lintasan hatinya tika itu. Fikirannya kembali dijernihkan. "Biarlah pandangan manusia. Yang penting pandangan ALLAH. Biar tak kaya harta asalkan kaya hati. Itu yang penting!
Dalam kesesakan lalu lintas di ibu kota, dia berzikir sambil berfikir lagi. Terus menncari bahagia di hati. Monolognya diteruskan lagi. "Tapi. Demi ISLAM, aku boleh mengimpikannya! Seperti sahabat Baginda Nabi Sollallahu alaihi wasallam, seorang saudagar terkenal lagi tawadhuk; Saidina Abdur Rahman Bin Auf."
Fatimah menguatkan semangat dalam diri. Baik! Walaupun peluang menjadi pendidik di sebuah sekolah tarbiyyah telah diperolehinya, dengan izinNYA, dia ingin pergi lebih jauh dalam bidang yang dipelajari. InsyaAllah ada jalan. Dengan asbab itu (ibroh dari kisah kereta besar, biiznilla), Fatimah berusaha sedaya upaya mencari kerja dalam bidang professional yang dipelajarinya. Sungguh, akauntan Islam teramat kurang. Insan- insan dalam bidang itu juga dahagakan ketenangan hidup bersama Islam. Fatimah tak putus-putus berdoa. Mengharapkan yang terbaik di sisi DIA sahaja. Apapun, moga dapat berkhidmat demi ALLAH, untuk Islam. Segalanya Fillah! Matlamatnya dibesarkan. Allah front! For Ummah & for Islam addenul haq insyaAllah...Moga Allah luruskan hati itu sentiasa, aminnn.
اللهم ربي يسر ولا تعسر
لا حول ولاقوة إلا بالله
حسبنا الله ونعم الوكيل
Tuesday, September 11, 2012
Pohon Markisa - kisah 'Si Kecil Hebat'
Allah mengizinkan al Faqirah IlaLLAH bernafas lagi hari ini...
Astagfirullahalazim. Ya Allah 'benar'kan niat hmba mencoretkan sesuatu yang bermanfaat& Kau berkati sehingga menambah kecintaan kami semua padaMu Ya kholik. Renungan bersama, kisah yang mengajak diri melihat kebesaran Allah Tuhan kami ~ Sahabat, kita sama2 jangan berhenti mencari kebaikan ya :) Semoga Allah permudahkannya, amin...
'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".' (Al-Imran: 190-191)
✿ Tengahari yang indah ✿
Motor Scooter Yamaha merah tiba di perkarangan rumah. Muhammad yang baru berusia empat tahun menjerit gembira, melihat abuya yang baru pulang dari menunaikan solat zohor berjemaah di masjid. Umie keluar menyambut abuya.
" Harini kita makan tengahari dekat bawah aeh." Tanpa naik ke atas rumah dahulu, abuya laju memberi arahan.
Umie lantas meminta Hannan adik- beradik membentang tikar dan membawa lauk pauk semua turun ke laman rumah. Muhammad sibuk mahu membantu kakak- kakaknya memasukkan lauk pauk ke dalam dulang.
Lauk ayam masak kurma, sayur kobis goreng, ikan masin dan sambil belacan campur kuini licin semuanya. Hannan tak lupa mensyukuri kurniaan Robbi. Alhamdulillah, dapat makan bersama sambil merasai nikmat kurniaan Illahi. Muhammad sedari tadi sibuk nak bagi kucing kesayangannya makan sekali.
"Special nya harini kan, Umie. Dapat makan bawah pokok markisa. Redup je. Kita kat tepi pantai la ni, konon- konon." Abuya meluahkan rasa hati yang ternyata merindui bumi kesayangan mereka, Mersing.
Keenakan makan tengahari di restoran semulajadi bertaraf lima bintang itu langsung tak memberi respon pada anak-anak membalas kata- kata Abuyanya itu. Hanya senyuman yang terukir dan sedikit ketawa kecil yang kedengaran tanda bersetuju dengan kata-kata Abuya.
Alhamdulillah. Usai makan tengahari berjemaah dengan keluarga tercinta, Allah mengizinkan Hannan melihat& membesarkanNya lagi. Melihat keindahan alam ciptaanNya. Abuya yang terus berehat-rehat mengajak kami adik-beradik berjemaah sekali lagi menikmati flora&faunaNya...SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH indahNYA ciptaanMu;)
Hanya umie dan Hannan sahaja yang menyahut ajakan abuyanya itu. Abuya terus meletakkan kepalanya di pangkuan Umie. Dan Hannan tanpa membuang masa terus mendekati kecintaannya~ mencari buat meneliti kebesaran Allah Yang Maha Besar.
Hannan segera bangun dari tikar. Meneliti buah- buah markisa yang masih hijau, bulat-bulat besar tapi belum masak lagi. "Subhanallah, comelnya buah ni.." bisiknya dalam hati.
"Hannan, tolonglah petik daun- daun yang halang buah-buah muda tu daripada berjuntai."
Arah Umie perlahan. Tak mahu abuya terjaga dari tidurnya.
Hannan terperanjat dengan apa yang baru didengarnya tadi.
"Kesian pokok-pokok ni, Umie. Mereka tak dapat berzikir lagi nanti...", dia bermonolog sendiri. Namun, Hannan terus memenuhi kata-kata Umienya tadi. Tapi, pelan- pelan saja tindakannya. "Sayang nak petik yang hijau-hijau lagi. Nak cari daun yang betul-betul dah kering je lah..." Plan Hannan sendiri.
Tiba- tiba kakaknya, Zainab turun dari atas rumah. Buku kuning tebal kelihatan dibawa bersama. Umie tersenyum gembira melihat Zainab turun sambil membawa buku kecintaannya, buku "Penawar Bagi Hati". Saja Zainab membawa buku kegemaran Umienya itu ke bawah. Untuk memberi secebis 'bahagia' buat Umie tercinta. Umjie lantas laju mengulang kembali kata-katanya pada Hannan sebentar tadi kepada Zainab pula.
"Kak Long, tolong tunjukkan kak ngah tu, macamana nak petik daun yang halang buah-buah tu dari berjuntai. Kak Long tahu kan, macamana?"
Zainab menjawab laju, sambil tangan kanannya diletakkan di dahi, seperti gaya seorang askar menerima arahan."Bereh boh!". Zainab membalas gembira dengan loghat negeri pantai timur kesayangannya.
Umie meneruskan kata-kata,"Hannan ni memang tak boleh jadi petani la, kak long. Umie suruh dia petik daun-daun tu dia tak nak sebab nanti daun tu dah tak boleh berzikir lagi. Tapi ni la prosedurnya. Buah tu nak membesar sampai masak memang kena dalam keadaan dia berjuntai." luah ibu perlahan.
Along senyap tak menjawab. Senyuman sahaja yang membalas komentar Umie tersayang itu.
Dan Hannan terdiam sambil mula berfikir. "MasyaAllah. Umie tahu apa yang hati milik Kau ni kata Ya Allah. Walhal aku dah petik juga dah, cuma petik daun yang dah tua- tua aje lah yang aku petik. Bersihnya hati Umie sehingga Kau beri dia hikmah dan buka hijab padanya". Hannan berkata dalam hati.
Tiba-tiba.....
Hannan terkesima. Allah mengizinkannya menjadi hamba yang beruntung, kerana mahu berfikir.
Memang dari tadi, Hannan mencari-cari dan cuba menghayati ciptaan Allah pada flora dan faunaNya. Hannan gembira teramat sangat tika melihat bunga pohon markisa yang sedang didekati sang lebah.
Bibirnya laju mengungkapkan kebesaran Allahu Subhanahuwataala.
Abuya yang sudah bangun dari tidur melihat aksi anak keduanya lalu bersuara. "Hannan sayang...itulah tugas lebah madu. Mendebungakan bunga, mengumpulkan madu, melengkapkan satu sama lain. Semua tu kebesaran Allah."
Allah Ya Allah.....Hannan menangis syukur di dalam hati. Allah saja yang tahu rasa hatinya tika itu. Indahnya melihat kebesaranNya.
Hannan teringat akan firman Allah dalam surah Yasin. Allah mengingatkan manusia tentang segala nikmat yang Allah berikan kepada manusia melalui haiwan ciptaanNya:
'Dan Kami tundukkan binatang–binatang itu untuk mereka; maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat–manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?' (Yaasiin: 72-73)
Lantas Hannan berlari laju masuk ke rumah dan mengambil handphone Sony Ericson W20 nya. Alhamdulillah dapat rakam. Setinggi kesyukuran kepada Allah yang tak dapat Hannan ungkapkan dengan kata-kata.
Setelah itu, Hannan naik ke atas rumah lagi. Kali ini dia turun ke laman sambil membawa laptop Acer milik Abuya. Laju Hannan menaip di butang search google perkataan 'tugas seekor lebah".
Cariannya berjaya! Alhamdulillah Allah rezqikan Hannan melihat dan meneliti keindahanNya lebih-lebih lagi...T_T
'kisah si kecil hebat' yang membuatkan jiwa Hannan berkecamuk kagum. Si kecil lebah yang tidak mampu berfikir. Namun agenda pekerjaan dan kualiti hasil keluaran si kecil ini teramat memerlukan perhitungan dan perancangan khusus. Beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir akan kebesaran Allah dan mengambil hikmah dari setiap ciptaanNya. "MasyaAllah Alhamdulillahh...."Tak henti-henti Hannan melafazkan zikir pujian buat Allah Yang Maha Bijaksana, yang telah merencanakan segalanya.
Sedalam-dalam hati merasakan,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian...
Lepas hati memandang laut-Mu,
Terheran diri pada langit-Mu,
Berjuta kata tak cukup untuk,
Melukis indah-Mu...
* Tafakkur by Opick.
Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri...
Doa ketika melihat langit;
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَفِنَا عَذَابَ النَّارِ
Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka.
~ Al-Imran: 191.
---------------------------------------------------------------------------------------
Monday, September 5, 2011
Kisah Hati
All things begin in a short period.Subhanallah. Renungan bersama,tentang kisah ''hati'' yang tiba2~mudahnya nak terasa,mudahnya nak tersentuh dan mudahnya nak terguris...
Di satu saat&ketika~hati trguris,terasa,pedih&sakit dgn kata2 org atau perilakunya trhdp kt lalu tnpa dpt ditahan mata mengalirkan butirn2 jernih.Mudahnya! So easy. kata orang puteh ''as easy as ABC''.
tanpa sedar,lama dah mata itu tak mengalirkan butiran jernih krnaMu ya Robbi.mgkinkah! kegudahan ht yg kelihatan lara ini dek kerana dosa2 haMba padaMU=(
krna alpa dari mengingatiMu Ya Allah...
dn buktinya:hati itu rapuh&tak kuat mghdapi hanya secebis+sekelumit tindakan manusia pada kt. Walhal. Tindakan itu,, xpernah ter'kesan' oleh kekasihMu& org2 soleh terdahulu. dan mgkin,kata2 dan tindakan hmbaMu y kian menjauhiMu ini yg salah dn sudah tidak berada dalam penunjukMu&ilhamMu lagi..
:::Alhamdulillah. Allah Maha Besar.Allah sangat Baik=) tempoh sehari yg teramat bererti buat hati kembali berbunga setelah sekian lama merindui siraman benih& butir kata2 cinta teristimewa buatMu Ya Allah T_T.
tarbiyyah dariMu yg teramat didambakan.syukran Ya Allahu RohmanurRahim ツ
(T_T)jgn tinggalkan kami Ya Robbi,,tarbiyyahMu kami dambakan Ya Illahi,,,dambaan kami hanya padaMu Ya Allah Ya Wahhab.........
Tuesday, July 5, 2011
Be aware!In our WORDS
Lima Perkara Yang Perlu Disebut Setiap Masa
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3.Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Thursday, June 9, 2011
"Buatmu Ummie"
Fatimah menyapa manja umminya yang baru tiba di perkarangan rumah. Wajah tenang ummie yang sentiasa memberikannya ransangan dan dorongan, tidak pernah jemu ditatap. alhamdulillah,ucap kata hatinya kerana anugerah Allah yang maha besar buatnya; dikurnia seorang ibu yang sentiasa bersungguh melahirkan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rohmah...
"anak bertuah......"
itulah ungkapan doa yang sering ummi lontarkan tatkala kesabarannya diuji oleh kerenah dan tingkah laku anak-anak. Membesarkan lima orang cahaya mata tanpa suami yang sentiasa di sisi teramat menguji kudratnya sebagai seorang wanita bekerjaya. Namun, keimanan yang diizinkan Allah untuk dipasakkan dalam hatinya menguatkan jasadnya untuk sentiasa meletakkan Cinta AgungNya tempat pergantungan harap yang utama. ada rencah, ada rahsia disebalik kekuatannya itu!
“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”
(Riwayat al-Bukhari)
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Surah Al- A'raf: 204)
itulah saja rahsia kekentalan hati wanita itu. Walaupun teramat sibuk dengan kerjanya,namun dia kuatkan semangat untuk menjadi guru al-quran buat anak-anak tersayang dan anak-anak jiran tetangga.
seringkali kami diceritakan,juga ditunjukkan foto-foto yang mengungkap "tangisanku kelam dalam alunan sakinah kalamullah...."
Itulah pernyataan yang 'membangun' sahsiah anak-anak ummie..Allah menghadiahinya anak-anak yang soleh dan solehah, sebagai ganjaran yang tidak ternilai buatnya satu masa nanti, biiznillah. Semua orang punya harta. MasyaAllah,alhamdulillah....andai dilimpahi rezqi kekayaan harta. Harta bernilai yang sesungguhnya buat ayahbonda adalah anak2 yang menjadi pemimpin orang-orang yang bertaqwa.
"Tuhan kami, karuniakanlah kepada kami dari istri-istri kami dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa " (QS. Al-Furqan : 74)
Namun bukan mudah untuk melahirakan seorang anak yang menjadi qurratu'ain ayahbonda. Kau tak pernah meletakkan harga buat sedikit pengorbananmu mendidik anak Islam, wahai Ummie. Namun bayaran yang Allah kurniakan buatmu tak ternilai harganya... Allah mencukupkan cinta dan kasih sayangNya buatmu dengan ujian dan tarbiyyah yang dianugerahkannya buat keluarga, ya ummieku sayang...
Kaulah permata hati kami...pelihara ibuku dengan pemeliharaanMU ya Allah...Engkaulah sebaik- baik pemelihara. subhanallah Ya Allah='(
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil"Allahumma amin Ya Allah...
Tuesday, February 1, 2011
Wasiat buat menjejaki sirna mentari

~Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhammad~
kaki melangkah letih sehari-hari,
mencari sirna mentari,
mengharap bahagia bersemi,
buat diri dan keluarga yang amat dikasihi.
merenung langit Illahi...
melihat kecantikan kejadiaan Illahi...
terlihat kebesaran Allahu Rabbi...
besarnya niqmatMu Tuhanku...
Penat lelah sehari-hari terubat kini.
tapi kenapa..
sirna mentari yang dicari itu dipilih hanya buat detik yang hanya berapa ketika ini?
bukan buat selamanya?
mengapa diri tidak menyedari hakikat kehidupan ini?
bahawa segalanya tiada yang kekal abadi,
kecuali DIA yang MAHA MENGETAHUI~ALLAHU RABBI...
kasihkah kita pada diri?
padahal diri itu perlu dikasihani.
sanggupkah kita melukai tangan sendiri?
padahal itulah yang kita sedang buat kini.
menghiris luka di tangan sendiri.
mengapakah?
kerana hirisan itu tak dapat dilihat dengan mata sendiri,
hanya dapat dilihat dengan 'mata hati' kurniaan Illahi...
mengapakah tegar menyakiti diri?
kerana ingin menjalani kehidupan bahagia yang didambai dan digemari di dunia ini.
indah dan niqmat terus bersemi~
kenapakah??
mengapa kebahagiaan dunia kau samakan dengan kesakitan pada diri?
tidak patutkah diri memperoleh kebahagiaan ini?
tidak sama sekali..bukan itu maksud hati kecilku ini...
tapi 'nilaian' buat pencariaan 'sirna bahagia' yang didambai itu WAJAR duhai teman sejati..
mengapakah kata hati kita ikuti sampai sanggup melukai dirimu sendiri?
mengapa menggantikan nilaian yang besar buat hasil yang tidak langsung lumayan?
mengapa menuruti terus kata hati tanpa kisah 'beban' pada abi(ayah) nanti?
mengapa kau tak ambil peduli akan bahagia yang kekal abadi nanti,hamba Robbi=(
sekali lagi kuajak kt sama2,
"sayangilah dirimu benar2 jiwa-jiwa yang punya hati..."
Kau akan kembali.
Kau akan kembali pada Rabbi.
Segalanya ada perhitungannya.
Segalanya ada ganjaran juga balasannya.
Kau yakinikah HAKIKAT itu?
Kau yakinikah KEBENARAN itu?
Kau ingatkah JANJI Pencipta kita itu?
Atau apakah jiwa kita tidak mengetahui akan semua pembalasan yang dimaksudkan itu?

Ku tahu,kau dan aku dan kita sama-sama menyedari,mempelajari dan mengetahui!
akan adanya pembalasan itu nanti.
cuma jiwa yang kadangkala melarikan gerak minda buat meLUPAI akan HAKIKAT ini.
kawal jiwamu itu duhai diri..
kuatkan keyakinanmu buat sentiasa mengingati hakikat sebenar kehidupan ini.
selamatkan jiwamu buat kau bisa kuat menyelamatkan dirimu dari dosa dan noda.
selamatkanlah benar2 jiwa itu sama2 sahabat,teman dan rakan taulanku yang dikasihi Allah =(
Kegembiraan akan muncul dari jiwa jika dia dihidangi dengan kebaikan, baik sangka, harapan mulia, sabar menunggu jalan keluar dari suatu kesulitan, dan menerima takdir dengan redho. Barangsiapa mengubah keburukan yang ada dalam dirinya, lalu dia bertaubat dan kembali meratap kepada Allah serta berwaspada, maka akan dibukakan pintu padanya.

Allah S.W.T berfirman bermaksud:
“Barang orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (QS.Al-Ankabut: 69).
Sebaliknya, barangsiapa yang membangkang dan berpaling dari Allah serta menolak hidayah-Nya, maka dia akan dipalingkan hatinya dari kebenaran. Allah S.W.T berfirman bermaksud:
“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (QS.Ash-Shaff {61}: 5).
Barangsiapa yang merasa lebih dekat dengan kesihatan daripada sakit dan laranya, maka rahmat Allah dan perlindungan-Nya akan datang menghampirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang pesimis dan menunggu kejelekan, maka dia akan dihentam bencana.

Ayuh teman2ku Fillah..~
Betulkan LANGKAH kita yang seterusnya...
biarlah kita buat 'anjakan paradigma' yang bisa membuahkan hasil yang lumayan buat kehidupan di dunia dan alam akhirat yang kekal abadi kelak.
bukan 'anjakan paradigma' yang akan membakar tubuh kita dan menyakiti tubuh kita ini di alam abadi sana.
kita tidak punya banyak masa,teman2ku sayang...~
entah bila kita akan dipanggil mengahadapNya kita pun tak tahu,,
entah esok,entah sebulan lagi,entah seminggu saja lagi.
kematian itu pasti,saban hari ia semakin menghampiri dan mendekati.
dekatkan jiwamu bukan hanya pada tanggungjawab yang tampak,tapi buat penglihatan yang lebih LUAS seperti 'sang helang'.
bukalah matamu buat ia benar2 celik sepertinya..
buat kita terdorong untuk 'celik' menghampiri segala kebaikan yang menghasilkan 'ganjaran' lumayan di akhirat sana..
dunia ini bukan hakiki.
ada pengakhirannya.
ayuh sahabt2ku!
hayati doa kita saban hari pada Rabbi...
"اهدن الصراط المستقيم"
kita mintak hari2,lima kali sehari,untuk Allah pimpin kita menuju ke jalan yang benar..
itu yang kita WAJAR dambakan benar2 sepatutnya,dalam hidup ini.
tapi satu perkara kita harus ingat, akan janjiNya
"Aku tidak akan mengubah nasib suatu kaum,melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya"
~Kita punya pilihan sendiri sahabat2~
untuk melangkah ke jalan MENUJU syurga atau memilih jalan bahagia yang sementara di dunia buat hasil yang merana di akhirat sana.nauzubillah.Allah berhaq mengizinkannya,tapi PILIHAN di tangan kita.
~ingatlah, shbt2, selagi manusia tidak mengikut kata dan telunjuk iblis laknatullah, selagi itu mereka akan berusaha sedaya upaya menyesatkan manusia~
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”
[Yasin 36:60]
:::jadilah kita orang yang beragama Islam yang benar2 mengamalkan ajaran Islam:::
"Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
[al-Baqarah 2:208]
:::ketahuilah siapa MUSUH sebenar untuk kita LAWAN SEtiap detik+ketika:::
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ
Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan…
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2033-4 (Kitab al-Asyrabah, Bab disukai menjilat jari…).
Dahsyat!andai diri ini bisa mengingati dan tidak dilekai...
moga kita bisa sama2 bertemu di Jannah Robbi nanti teman2ku Fillah..
Moga kalian dalam rahmat dan kasih sayangNya sentiasa amin Ya Rabbal Alamin..
sama2 kita,yok!menuju redho Illahi buat menggapai syurga abadi insyaAllah=)

~Allahua'lam.wasollallahu Ala Saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhamamad~
Thursday, November 11, 2010
Perkenankan doa ini YA ALLAHU RABBI,,,

Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulillahi Rabbil alamin..wassolatu wassalamu ala Saiyidina Muhammad wa ala alihi Saiyidina Muhammad,,Ya Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...sesungguhNya Engkau Mengetahui segala kata hati ini Ya Rabbi...Izinkan kutitipkan doa ini buat semua teman2 juga buat memotivasikan alFaqirah ilallah ini Ya Allah...
Ya Rabbul Izzati, kuatkan hamba dan semua sahabat2 dalam mencari jalan-jalan kejayaan dunia dan akhirat Ya Rabbi.. Yakinkan ku benar2 bahawa segala ilmu di muka bumi ini adalah ilmu dariMU ya Allah...Kuatkan semangat kami untuk menjadi mujahidah dan mujahid yang akan berjuang demi ADDINMU juga demi tanggungjawab kami terhadap pelajaran yang kami sedang bawa ini Ya Rabb...jangan biarkan kami menjadi fitnah kepada agamaMu Ya Allah...
Ya Qowwi,, pinjamkan kami secebis kekuatanMu buat kami melawan hawa nafsu yang membawa kepada perkara2 yang tidak bermanfaat, buat kami bersabar dalam melakukan taat padaMu dan buat kami bersemangat bangun mempelajari sungguh2 ilmuMu...
Benarkan niat kami untuk menuntut ilmu demiMu dan untuk meningkatkan martabat ADDINUL ISLAM yang mulia,selamanya Ya Allah...Kami sedang memenuhi tuntutan fardhu kifayahMu, buat menjadi khalifah yang akan berjuang dalam bidang yang lain insyaAllah. Yakinikan hambaMu yang Faqir dn sering lupa ini,Ya Allah Yang Maha Mendengar=(
Ya Rabb,,,panjangkan doa ini buat semua sahabat2 seperjuangan yang berada dalam jalan daqwahMu ya Rabb...juga buat semua teman2 sekelasku dan semua teman2 seakidahku amin ya Rabbal alamin....
~Mulakan langkahmu , Kuatkan Tekad dgn segenggam NEQAD bahawa La Haula wala Quwwata Illa Billahil Aliyyul azim.Pengharapan yang sebenar hanya padaNya..serahkan padaNya..Pinta padaNya...jadikan kami daie yang juga berSUNGGUH dalam pelajaran Ya Rabbi...AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.....~
Miftahul taufiq wa Najjah ilallah.........
21/11/10- Advanced Financial Accounting 2
23/11/10- Business Communication
24/11/10- Financial Mangement
25/11/10- Company Law
27/11/10- Ethics
1/12/10- Organization Behavior
Moga Kau benarkan benar2 segalanya dalam hati kami Ya Allah,.perkenankan doa hambaMu ini Ya Rahman,Ya Rahim...wasollallahu ala Saiyidina Muhammad wa ala alihi Saiyidina Muhammad...
Wednesday, October 13, 2010
How we can bankrupt ??

1) DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”
2) Lantas Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
3) Berdasarkan hadis itu, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya.Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.
4) Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis di dunia ini, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah?
5) Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.
Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia)?” (Surah Yaasin, ayat 65).
6) Selain itu, kita juga diingatkan agar bertanggungjawab terhadap amanah keluarga iaitu isteri dan anak-anak. Dibimbangi di akhirat kelak, mereka akan menuntut segala pertanggungjawaban yang tidak kita tunaikan kepada mereka. Tanggungjawab memberi mereka ilmu, pendidikan, perlindungan, makanan, kesihatan dan sebagainya akan dipersoalkan kepada kita sama ada terlaksana atau terabai.
7) Jika kita perhatikan realiti hari ini, berapa ramai ibu bapa yang selalu solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghadiri kelas pengajian agama dan melakukan pelbagai amal kebajikan, sedangkan anak mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan agama sempurna, terbabit dengan jenayah, gejala sosial, maksiat dan kegiatan kemungkaran?Golongan ibu bapa seperti ini mengerjakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan, tetapi mereka beribadah dalam situasi yang kurang bijak. Mereka lupa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan agama terhadap anak-anak juga ibadat besar dan mulia.
8) Jika amanah dan tanggungjawab ini sengaja dibiarkan terabai, dikhuatiri ia akan menjadi penghalang untuk seseorang hamba itu memasuki syurga Allah, walaupun memiliki banyak pahala hasil daripada amal ibadatnya.



.jpg)
