sahabat seaqidah ila Jannah...

Showing posts with label hadir hati in Solat. Show all posts
Showing posts with label hadir hati in Solat. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Tadabbur surah Fussilat by Sheikh Misyari Rashid- Fussilat




A019
Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. (Fussilat 41:19)

A020
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (Fussilat 41:20)

A021
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Fussilat 41:21)

A022
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). (Fussilat 41:22)


A023
"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!" (Fussilat 41:23)

A024
Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya. (Fussilat 41:24)

A025
Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). (Fussilat 41:25)

A026
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!" (Fussilat 41:26)


A027
Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. (Fussilat 41:27)

A028
Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami. (Fussilat 41:28)

A029
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan". (Fussilat 41:29)

A030
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat 41:30)

A031
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41:31)

A032
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!" (Fussilat 41:32)

A033
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)

A034
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34)

A035
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (Fussilat 41:35)


A036
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Fussilat 41:36)

Saturday, July 3, 2010

::: Berkat Air Wudhuk :::


BAGAIMANA SOLAT KT? BERMULANYA KHUSYUK DARI WUDHUK KITA LAGI...........
Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah solat ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna, dengan wudhuk yang sempurna InsyaAllah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang:

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan mukaku ini.”
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini.”
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu.”
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.”
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.”
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”

Hal ini kerana perlu untuk kita amalkan kerana......

1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.

7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.



Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhuk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu...sama2 kita tingkatkan mujahadatun nafs dan sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar benarnya tanpa memilih yang kita hendak sahaja. Nauzubillahi minzalik.. Allahua'lam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...