"Wahai orang orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11) Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju namun mengapa kita masih tega berbuat dosa. Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Syafie: "Peredaran masa adalah suatu yang aneh...Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!"
sahabat seaqidah ila Jannah...
Friday, October 5, 2012
Muhasabah Hamba dan Khalifah
Wednesday, October 3, 2012
Waiting For The Call ^___^ Selawat Haji.
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye
I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine
Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
ml ]
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say
Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
ان الذي فرض عليك القران لرادك الى معاد
Sesungguhnya Allah yang mewajibkan engkau Muhammad untuk melaksanakan hukum2 Al-Quran, benar2 akan mengembalikanmu ke tempat kembali....(QS Al-Ankabut: 85)
Allahu Allah... sampaikanlah wahai Allahu Mujib....:'(
Monday, September 10, 2012
Monday, May 7, 2012
Mencari Hikmah
Subhanallahiwabihamdih Subhanallahilazim
Memandang ke atas~ke langit juga membahagiakan sebenarnya.
Sambil difirkan bersama mata hati firman Allah dalam surah Al-Mulk.
Perintah Allah untuk kita melihat ke langit.
Firman Allah bermaksud:
[surah Al-Mulk:3]
[surah Al-Mulk: 4]
Tersentak sebentar tika mendengar kicauan burung yang teramat Indah di waktu pagi yang sangat hening.
Jam lebih kurang pukul dua atau tiga pagi waktu tu.
Wahai diri....sedangkan burung berzikir mengingati Allah apatah lagi engkau wahai manusia yang dikurnia akal dan hati?
Mata yang cantik itu ialah mata yang sentiasa memandang sekelilingnya dengan pandangan yang cantik & penuh keindahan. Kerana mata itu memandang kepada Allah yang menciptakan :)
Saturday, January 14, 2012
JOM Muhasabah
Bismillahiwalhamdulillah. semoga Allah luruskan post kali ini hanya keranaNYA T_T
melihat kurniaan ALLAH YANG MAHA HEBAT kepada sahabat2 seperjuangan, yang dikurnia ujian hidup haibat membuatkan hamba FAQIR trtunduk ingin sujud sentiasa padaMU ya ALLAH...nak tersungkur.
diri hina bermuhasabah.
sakitkah kita? rasakah kita? payah kah kita?- dengan kurniaan ALLAH pada kita?
dapatkah kita kurniaan ni semua?ALLAHU ALLAH.....:'(
muhasabahlah dengan kata2 Sa’ad bin Abi Waqqas ini : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)
Renunglah diri kita bersama.
Rindukah kita dengan tarbiyyah direct dari YANG MAHA MENGURNIA?
macamana nak letakkan ALLAH TOTALLY dalam qolbu kita tanpa ZIKRULLAH yang maximum pd hati& tiap anggota tubuh milikNYA?
Kita muhasabah lagi.
tentang diri sendiri.
belum. bukan peribadi org lain lagi=(
cuba kita bayangkan satu masa nanti. pasti.
Nahh......!
persembahkanlah...........
... di hadapan ALLAH nanti AMAL kita yg sekelumit mana, entah kalau ada!
...di hadapan ALLAH nanti ILMU yg blh dimanfaatkan, yg secubit mana, entah kalau ada!
...di hadapan ALLAH nanti DAQWAH kt pd masyrkt (facebooklah misalnya- sbb dok berjam2 depan dia aje), entah kalau ada!
> di hadapan ALLAH nanti ANAK- ANAK SOLEH yg mendoakan kita, entah kalau ada!
hei manusia!!!!!!
Kau pernah terfikir/ tersedar/ apa2 tak pasal benda2 ni manusia;?
> DAQWAH kau tu nak tengok berapa orang LIKE aje, kat fb tu sebenarnya. ke guane?
> AMAL kau tu sebab nak orang nampak kau baik je sebenarnya. sbb kau nak nampak haibat depan semua je sebenarnya. belakang org susah kot nak buat amal2 tu semua. ke guane?
> ILMU yang kau belajar tu pun sebab nak cemerlang exam je sebenarnya. bukannya kau dah usaha nak amalkannya. Ijazah tu penting untuk kerja je sebenarnya. ke guane?
renunglah lagi manusia yang mudah LUPA&LEKA lg HINA!
> semua kerja/ perkara yg kau buat semua kau rasa sebab ALLAH TUHAN YANG SATU ke? buat bukan untuk nama ke? selalu dah ke kau betulkan niat kau bila nak buat apa2 pun jua?
> semua kerja/ perkara yg kau buat semua kau rasa dapat mendekatkan kau dengan ALLAH ke?
nampak sangat dah.....siapa kita nak brmegah? walhal boleh brmegah dgn DOSA2 je? amal dah La tak seberapa. amal tu pun seBENARnya dgn taufiq hidayah dariNya. dah La tak seberapa, goyah pulak keIKHLASANnya!
ASTAGFIRULLAHALAZIM..............
HINAnya kita sebenarnya!
ye. tak mudah nak letakkan Allah, Habibuna Rasulullah صلى الله عليه وسلم & Islam di tempat yang pertama&utama. Ia memerlukan tarbiyyah& mujahadah diri. TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
maka dekatilah kecintaanNYA, dekatilah kekasihNYA صلى الله عليه وسلم & berbahagialah mendekati addinNYA yg trtinggi dalam segenap kehidupan kita, seSUNGGUHnya.
--->pelajaran ANUGERAH-NYA harini 13/1/2012 di radio ikim@ slot pagi jumaat:)
1) banyakkanlah menyebut LA ILAHA ILLALLAH dalam kehidupan seharian kt. Namun didahului dulu dgn ISTIGFAR utk menyucikan diri. Ini apa yg Allah anjurkan pada kita dalam qalamNya. Mesti beristigfar dulu, kemudian ucaplah dgn segenap hati syahadah kita padaNya.
2) kenapa kena banyak sebut LAILAHA ILLALLAH? Sbb! semua sifat2 yg tak akan lari dari kehidupan org muslim+mukmin+muqorrobin iaitu redho, sabar dan tawakkal tu semua terzahir dari kalimah tauhid itu. Dah benar yakin& terPASAK KUKUH akan ALLAH segalanya, barulah hati itu dapat mencerminkan keINDAHAN sifat2 tersebut.
SUBHANALLAHIWABIHAMDIH. SUBHANALLAHILAZIM.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
alfaqirah ilallah tamar Nabi.
Sunday, October 23, 2011
Wasiat2
"Allahumma a'inna ala zikrika wasyukrika wahusni i'badatiq"

Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
- 1. Bangunlah solat apabila telah masuk waktu azan
- 2. Bacalah Al-Quran, amalkan zikrullah setiap saat dan dengarlah perkara yang baik.
- 3. Berusaha guna bahasa Arab kerana itu syiar Islam
- 4. Jangan banyak bertengkar. Pertengkaran kosong tiada membawa faedah
- 5. Jangan banyak ketawa. Hati yang banyak berhubung dengan Allah akan merasa tenang
- 6. Jangan berlebihan dalam bergurau
- 7. Jangan bercakap nyaring melebihi kadar yang harus didengar oleh pendengar
- 8. Jauhi mengumpat peibadi orang lain
- 9. Berkenal-kenalan lah sesama Muslim
- 10. Kewajipan mengatasi waktu yang ada
~pesanan al-Farouk~


::10 Muwassofat Tarbiyyah::
- 1. Aqidah yang sejahtera
- 2. Ibadah yang sohih
- 3. Akhlak yang mantap
- 4. Luas pengetahuan
- 5. Sihat tubuh badan
- 6. Mampu berdikari
- 7. Melawan nafsu
- 8. Sangat menjaga masa
- 9. Tersusun urusannya
- 10. Bermanfaat pada orang lain
Saturday, October 22, 2011
Pendakwah Itu Penyelamat
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Firman Allah S.W.T
Maksudnya; Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.
P/S~2)Tersangat penting untuk dihighlightkan dlm post kali ni ialah pada Babak keempat di bawah nanti. The most Important yeq,shbt2=)Babak yang atas2 dia tu hanya perjalanan yang menyampaikan ke sana sahaja. Biiznillah. Babak keempat akan merungkaikan isi post 'Pendakwah Itu Penyelamat' ni.
P/S~3)hi2.Smiley yang so many dalam post kali ni,~ツ~(◠‿◠)~(◕‿◕)~(^‿^), diniatkan bersama shbt2 seaqidah semua utk meneladani kecintaan Habibullah Nabi Muhammad sollallahualaihi wasallam untuk kept smiling sokmo de'=)terus membaca sambil mengingati Baginda s.a.w &mengikuti kesukaan Baginda s.a.w yeq, shbt2ku ksygn Allah semua,insyaAllah=)=)=)
ا
~Babak Kedua~
Az-ziarah to adik Syabab, Muhammad Taqiyuddin Soleh di asrama. Permusafirannya ke sana me'mesti'kan syabab dan usrati tersayang ke gedung buku milik orang mukmin di Plaza Angsana,JB~Kedai Buku Badan Cemerlang. The best kedai buku yang Syabab LIKE♥Buku pilihan pertama yg menarik hatinya itu rupanya menjawab persoalan yang diutarakannya baru2 ini. Kertas kerja macamana untuk daqwah yg berkesan?dan cara hikmah macamana utk menyampaikan yg haq=)
Maha Suci Allah Yang Maha Mendengar Lagi MAha Mengetahui ❀ ܓ
hi2=)task minggu itu~katamkan buku yang best nie...xsabonyer nk thu jwpnnye (◕‿◕).

''Alhamdulillah Best!''.luahnya puas, usai mengkhtamkan buku best Menyeru Kepada Allah tu.
(However, Kalamullah Al-Furqan always be the TOP among the BEST.Allahu Akbar! )
~Babak ketiga~
Di office. Masa rehat sejam mesti diperuntukkan semaksimumnya buat memenuhi tuntutan Allah yang ingin dicintainya bnr2. Hari Isnin. Masa lebih sikit ada, sebab no time for lunch=)so,boleh guna untuk ke Raudhah dalam buku(^‿^) Usai solat zohor dan mentadabbur KalamNya, buku Hadis 40 Imam Nawawi yang wajib sentiasa bersamanya kemana-mana dibuka lagi. Buku kulit hijau comel itu dibelek dgn dimulai brsmanya pujian pada Yang Maha Kuasa... (◕‿◕)
Hadis 7; Addinun Nasihah. Agama itu nasihat.
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim
Huraian dan intisari hadis dibaca terus. Sahabat2 boleh juga hayati sama2 dengan Syabab. Tapi,through internet je la. Boleh tengok blog sahabat kita ni ye =)
Usai membaca, Syabab bermonolog sendiri. Allah mengilhamkan dan akal kurnianNya mula berfikir. Nasihat apa yang boleh aku sampai dan kongsikan?terlalu amat banyak sebenarnya yang aku kena sampaikan.Kecewa dengan sikapnya sendiri. NO! T_T
Alasan kerja dijadikan punca untuk menyepikan daqwah di alam maya Internet.Usang sudah blog aku.Ya Allah....=( Hatinya terus mengambil pen dan menambah senarai task yang mesti diselesaikannya untuk minggu ketiga bulan October tu. Erm,,,task ke9~sampaikanlah@blog.
~Babak keempat~
Bismillahiawwalu wal akhir.Pujian hanya buatNYA ツ.smoga bermanfaat,insyaAllah (◕‿◕)
✿ ܓ Perkongsian dari Buku Menyeru Kepada Allah karya A.Ubaidillah Alias. Syabab nak kongsikan Prinsip Ketujuh dalam buku BESTnya tu; ''Benar dalam penyampaian dan tindakan''
♥ Apabila kita memulakan dakwah atau seruan Islam ♥
:::Sewajarnya:::~ツseruan dan ajakan kita itu didasari dgn niat~untuk menyelamatkan saudara seagama dari neraka Allah. Perlu kita sedar, hakikat manusia yang berjaya secara hakiki adalah mereka yang terlepas daripada azab Allah di akhirat kelak.
Sebagaimana firmanNya bermaksud;
Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan.(surah Ali-Imran;185)
:::Penting Buat semua Daie a.k.a ''penyelamat ummat Muhammad s.a.w'':::~ツ
Untuk semai, tanam dan tuai rasa kasih, rasa sayang, prihatin& bertanggungjawab.
Bersama penyatuan sakinah minallah di qalbu para daie krna kedekatan brsamaNya,
di 'add' dengan perasaan2 itu bersama ツ. para daie Mampu!
menyampaikan daqwah dengan penuh mahabbah (kasih sayang). Allahu Allah...Biiznillah
Sebagaimana Nabi Muhammad Sollallahualaihi wasallam sendiri, menerusi kisah Baginda yang mencintai umatnya sekalipun berlainan agama&kabilah.(◠‿◠)
alkisah ini, dipetik dari blog ni(link)
RINGKASNYA.
Daqwah pperlu bermula dengan rasa untuk membantu. Malah. Nabi sollallahualaihi wasallam sendiri mengajar apabila kita ingin mencegah kemungkaran& berdaqwah, biarlah pencegahan itu didasarkan dgn niat untuk membantu.
ingat!!!
Bukan mencabar, tunjuk pandai atau merendah-rendahkan orang yang diseru.
Ketahuilah, seandainya orang yang melakukan kezaliman itu, seandainya dia menyedari dirinya berada dalam kerosakan, pasti dia mahu seseorang membantunya.
Orang yang jahil, jika dia menyedari betaoa ruginya menjadi jahil pasti dia akan meminta orang mengajarnya.
MAKAnya~ツ
Bantulah mereka menuju kembali ke jalan yang mustaqim.
Jangan biarkan orang di sekeliling kita membuat kesilapan yang mereka sendiri tidak sedar bahawa itu satu kesilapan...
kita kadang2 lupa...akan sabda Baginda Habibullah sollallahu alaihi wasallam ni;
Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :
“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu”
(Riwayat Bukhari dan muslim)
*Ad-dai kepada Allah mesti sabar, redho menanggung segala rintangan yg menganggunya di tengah jalan*
Allahua'lam...sebarang pandangan&pembaikkan dialu-alukan.syukran jiddan kerana membaca shbt2 semua.smga Allah memberkati kita semua amin....=)
sikit lg nak♫♫♫ sikit.hi7.yok7,sm2 amalkan msj nsyid ni=)
♫♫♫Dimulakan dgn Bismillah,disudahi dengan Alhamdulillah...begitulah sehari dalam hidup kita,mudah2an dirohmati Allah...Aminnn.ALHAMDULILLAH
Tuesday, July 5, 2011
Be aware!In our WORDS
Lima Perkara Yang Perlu Disebut Setiap Masa
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3.Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Tuesday, May 24, 2011
Warkah Buatmu~

Assalamualaikum wbt.kawan2,please.kejap je, baca ye. ini suratku khas buatmu. Aku, temanmu yg kau kenali dgn nama 'kakwa, Ajwa atau wa'. temanku sayang,,, Allah penguat segala, Dia sumber segalanya,tiada upaya kita melainkan dgn kudrat dan iradatNya. tiada apa milik kita,semua Allah punya.semua yang kita ada sebenarnya amanahNya sj.dan semua akn ditanya semula.ku tahu kalian dah tahu ni semua. ku nak kita sama2.kita gunakanlah kesempatan yang ada sebaiknya. lembutkan hatimu utk mnuruti dn mengizinkan telinga pinjaman Allah itu mndgr nsht2 brguna.ringnkan tubuh pinjaman Allah ini bergerak ke arah nasihat yg kelihatan remeh itu. kita tak punya banyak masa. entah bila ajal akan menjemput kita. semapat tak kita nak meminta ampunan dariNya? yakinlah sahabat2ku dan diriku sendiri, akhirat itu negeri abadi. dunia ini hanya sementara. beramallah. turutlah suruhan Allah dan Rasulmu. jangan kau turuti tuntutan hawa nafsumu. kita semua sama. kita semua punya fitrah yang sama. kita semua ingin ditempatkan di syurga. tak mahu masuk neraka. bantulah dirimu sendiri dahulu. jangan kau telalu mengikuti keseronokan itu.. jaga pakaianmu,tutup auratmu, jaga solatmu,mengajilah Al-Quran. kita semua layak untuk berseronok, boleh berseronok.berseronoklah mengikut jalan yang benar. jagalah akhlakmu. jagalah tingkah lakumu. pelihara dirimu baik2 depan orang yang lain jantina denganmu. lepaskanlah rasa kasih dan sayangmu itu buat teman2mu yang sama jantina denganmu, dengan ahli keluargamu, dengan adik beradikmu. kita semua sama. Allah hadiahi dengan fitrah yang penuh dengan kasih dan sayang. suka untuk menunjukkan rasa kasih itu. tapi lepaskanlah ia, buat orang2 di sekelilingmu yang Allah bagi kau dekati. Ku benar2 sayangkanmu temanku. ku benar2 maksudkan segala perkataanku ini. ku merindui saat2 kita bersama dahulu. marilah kembali denganku teman2ku..ku masih inginkan kita seperti dahulu. Wasiat terakhirku, peliharalah solatmu. jangan sesekali tinggal solat. Ya Allah,masukkanlah kami dan keturunan kami dalam golongan hambaMu yang memelihara solat Ya Allah.. dan jangan menjauhi Al-Quran. usahalah untuk menatap kalamuLLAH setiap hari,walau sekejap je pun. Al-Quran itu mukjizat agung yang Allah hadiahkan buat habibullah Muhammad s.a.w dan hambaNya yang ingin mencari kejayaan di dunia dan akhirat. jangan kita persiakan hadiah yang tak ternilai itu,teman2ku..kita berbicara dgn Allah dlm solat.dan Allah berbicara dgn kita dalam kalam suciNYA, Al-Quran. Al-Quran itu sebenarnya sumber cahaya dalam kehidupan kita ni,teman2ku..berhijrahlah duhai diri kepunyaan Ilahi. jgn tinggal solat,jgn tinggal Al-Quran.subhanallah, kau akn berbahagia ddunia dn akhirat sana insyaAllah.~temanmu, bintu tokiman. aku benar2 ingin keakraban kita di jalanNYA. agar kita sama2 dapat berjumpa di syurgaNya. biar itu matlamat kita hidup di dunia.mengharapkan RedhoNya, kerna kita anuti ISlamNya yg mulia=(
Allahu Akbar!!kuingin kita seiringan jalan,kawan2ku Fillah.......ayuhh,,,,,kembali pada jalan yang DIA tak murka,,Hayya Taqorrub Billah='(
Allahua'lam.
Friday, March 18, 2011
Hakikat Bahagia~Kami Ingin KASIH-MU
Kuatlah duhai diri..bangunlah wahai insani..kita tidak punya banyak masa..kerana banyak amanah dan pertanggungjawaban yang perlu kau hadapi kelak di hari muka,di hari pembalasan yang pasti nanti.bermujahadahlah,berjuanglah sepenuh hatimu..tinggalkanlah turutan hawa nafsumu yang mengajak berbuat perkara yang Allah larang,yang Rasulullah pesan jangan buat tu,wahai insani yang punya jiwa dan hati kurniaan Illahi...sayangilah dirimu benar2,selagi kau punya masa untuk bernafas wahai hamba Allah yang dirahmati..ingatlah, asal usul kejadian dirimu itu insani. kau hina.. kau berasal dari air mani yang hina.itulah permulaanmu semua. sedarlah! kau juga dicipta bukan dari cahaya seperti malaikatNya. bahkan malaikat sentiasa tunduk patuh akan perintahNya tanpa pernah mengingkari suruhan DIA.tapi kau manusia?kenapa seringkali kau mengingkari suruhanNya=(

Tuesday, February 1, 2011
Wasiat buat menjejaki sirna mentari

~Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhammad~
kaki melangkah letih sehari-hari,
mencari sirna mentari,
mengharap bahagia bersemi,
buat diri dan keluarga yang amat dikasihi.
merenung langit Illahi...
melihat kecantikan kejadiaan Illahi...
terlihat kebesaran Allahu Rabbi...
besarnya niqmatMu Tuhanku...
Penat lelah sehari-hari terubat kini.
tapi kenapa..
sirna mentari yang dicari itu dipilih hanya buat detik yang hanya berapa ketika ini?
bukan buat selamanya?
mengapa diri tidak menyedari hakikat kehidupan ini?
bahawa segalanya tiada yang kekal abadi,
kecuali DIA yang MAHA MENGETAHUI~ALLAHU RABBI...
kasihkah kita pada diri?
padahal diri itu perlu dikasihani.
sanggupkah kita melukai tangan sendiri?
padahal itulah yang kita sedang buat kini.
menghiris luka di tangan sendiri.
mengapakah?
kerana hirisan itu tak dapat dilihat dengan mata sendiri,
hanya dapat dilihat dengan 'mata hati' kurniaan Illahi...
mengapakah tegar menyakiti diri?
kerana ingin menjalani kehidupan bahagia yang didambai dan digemari di dunia ini.
indah dan niqmat terus bersemi~
kenapakah??
mengapa kebahagiaan dunia kau samakan dengan kesakitan pada diri?
tidak patutkah diri memperoleh kebahagiaan ini?
tidak sama sekali..bukan itu maksud hati kecilku ini...
tapi 'nilaian' buat pencariaan 'sirna bahagia' yang didambai itu WAJAR duhai teman sejati..
mengapakah kata hati kita ikuti sampai sanggup melukai dirimu sendiri?
mengapa menggantikan nilaian yang besar buat hasil yang tidak langsung lumayan?
mengapa menuruti terus kata hati tanpa kisah 'beban' pada abi(ayah) nanti?
mengapa kau tak ambil peduli akan bahagia yang kekal abadi nanti,hamba Robbi=(
sekali lagi kuajak kt sama2,
"sayangilah dirimu benar2 jiwa-jiwa yang punya hati..."
Kau akan kembali.
Kau akan kembali pada Rabbi.
Segalanya ada perhitungannya.
Segalanya ada ganjaran juga balasannya.
Kau yakinikah HAKIKAT itu?
Kau yakinikah KEBENARAN itu?
Kau ingatkah JANJI Pencipta kita itu?
Atau apakah jiwa kita tidak mengetahui akan semua pembalasan yang dimaksudkan itu?

Ku tahu,kau dan aku dan kita sama-sama menyedari,mempelajari dan mengetahui!
akan adanya pembalasan itu nanti.
cuma jiwa yang kadangkala melarikan gerak minda buat meLUPAI akan HAKIKAT ini.
kawal jiwamu itu duhai diri..
kuatkan keyakinanmu buat sentiasa mengingati hakikat sebenar kehidupan ini.
selamatkan jiwamu buat kau bisa kuat menyelamatkan dirimu dari dosa dan noda.
selamatkanlah benar2 jiwa itu sama2 sahabat,teman dan rakan taulanku yang dikasihi Allah =(
Kegembiraan akan muncul dari jiwa jika dia dihidangi dengan kebaikan, baik sangka, harapan mulia, sabar menunggu jalan keluar dari suatu kesulitan, dan menerima takdir dengan redho. Barangsiapa mengubah keburukan yang ada dalam dirinya, lalu dia bertaubat dan kembali meratap kepada Allah serta berwaspada, maka akan dibukakan pintu padanya.

Allah S.W.T berfirman bermaksud:
“Barang orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (QS.Al-Ankabut: 69).
Sebaliknya, barangsiapa yang membangkang dan berpaling dari Allah serta menolak hidayah-Nya, maka dia akan dipalingkan hatinya dari kebenaran. Allah S.W.T berfirman bermaksud:
“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (QS.Ash-Shaff {61}: 5).
Barangsiapa yang merasa lebih dekat dengan kesihatan daripada sakit dan laranya, maka rahmat Allah dan perlindungan-Nya akan datang menghampirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang pesimis dan menunggu kejelekan, maka dia akan dihentam bencana.

Ayuh teman2ku Fillah..~
Betulkan LANGKAH kita yang seterusnya...
biarlah kita buat 'anjakan paradigma' yang bisa membuahkan hasil yang lumayan buat kehidupan di dunia dan alam akhirat yang kekal abadi kelak.
bukan 'anjakan paradigma' yang akan membakar tubuh kita dan menyakiti tubuh kita ini di alam abadi sana.
kita tidak punya banyak masa,teman2ku sayang...~
entah bila kita akan dipanggil mengahadapNya kita pun tak tahu,,
entah esok,entah sebulan lagi,entah seminggu saja lagi.
kematian itu pasti,saban hari ia semakin menghampiri dan mendekati.
dekatkan jiwamu bukan hanya pada tanggungjawab yang tampak,tapi buat penglihatan yang lebih LUAS seperti 'sang helang'.
bukalah matamu buat ia benar2 celik sepertinya..
buat kita terdorong untuk 'celik' menghampiri segala kebaikan yang menghasilkan 'ganjaran' lumayan di akhirat sana..
dunia ini bukan hakiki.
ada pengakhirannya.
ayuh sahabt2ku!
hayati doa kita saban hari pada Rabbi...
"اهدن الصراط المستقيم"
kita mintak hari2,lima kali sehari,untuk Allah pimpin kita menuju ke jalan yang benar..
itu yang kita WAJAR dambakan benar2 sepatutnya,dalam hidup ini.
tapi satu perkara kita harus ingat, akan janjiNya
"Aku tidak akan mengubah nasib suatu kaum,melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya"
~Kita punya pilihan sendiri sahabat2~
untuk melangkah ke jalan MENUJU syurga atau memilih jalan bahagia yang sementara di dunia buat hasil yang merana di akhirat sana.nauzubillah.Allah berhaq mengizinkannya,tapi PILIHAN di tangan kita.
~ingatlah, shbt2, selagi manusia tidak mengikut kata dan telunjuk iblis laknatullah, selagi itu mereka akan berusaha sedaya upaya menyesatkan manusia~
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”
[Yasin 36:60]
:::jadilah kita orang yang beragama Islam yang benar2 mengamalkan ajaran Islam:::
"Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
[al-Baqarah 2:208]
:::ketahuilah siapa MUSUH sebenar untuk kita LAWAN SEtiap detik+ketika:::
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ
Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan…
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2033-4 (Kitab al-Asyrabah, Bab disukai menjilat jari…).
Dahsyat!andai diri ini bisa mengingati dan tidak dilekai...
moga kita bisa sama2 bertemu di Jannah Robbi nanti teman2ku Fillah..
Moga kalian dalam rahmat dan kasih sayangNya sentiasa amin Ya Rabbal Alamin..
sama2 kita,yok!menuju redho Illahi buat menggapai syurga abadi insyaAllah=)

~Allahua'lam.wasollallahu Ala Saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhamamad~






