"Wahai orang orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11) Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju namun mengapa kita masih tega berbuat dosa. Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Syafie: "Peredaran masa adalah suatu yang aneh...Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!"
sahabat seaqidah ila Jannah...
Monday, November 5, 2012
Qasidah Versi piano :)
Sama sama dengarkan dan hayati. MasyaAllah tabarakallah indah =)
http://www.youtube.com/watch?v=Zy7Fi_cWtv8
http://www.youtube.com/watch?v=Zy7Fi_cWtv8
Friday, October 5, 2012
Muhasabah Hamba dan Khalifah
Wednesday, October 3, 2012
Waiting For The Call ^___^ Selawat Haji.
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye
I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine
Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
ml ]
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say
Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
ان الذي فرض عليك القران لرادك الى معاد
Sesungguhnya Allah yang mewajibkan engkau Muhammad untuk melaksanakan hukum2 Al-Quran, benar2 akan mengembalikanmu ke tempat kembali....(QS Al-Ankabut: 85)
Allahu Allah... sampaikanlah wahai Allahu Mujib....:'(
Thursday, September 13, 2012
Rindukan kekasihku
>MENANGIS BAGINDA RASULULLAH SAW SUATU HARI.. Para sahabat bertanya: "Apakah yang membuatkan dirimu menangis wahai Rasulullah?" Jawab Baginda SAW: "Aku rindukan para kekasihku."
Monday, April 16, 2012
cinta Muhammad s.a.w
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutanyang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allahsebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21)
♥ ••► RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.
✔ Ceritakan & sebarkan mahabbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke seluruh alam agar semua tempat disirami rahmat Ilahi yang didambakan.
♥ ✉ Kerana apabila kamu menceritakan tentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ia mampu membina peribadi mulia.
❀ Dari jahat menjadi baik, kontra menjadi pro, marah menjadi tenang, keras menjadi lembut, bermusuh menjadi bersaudara, benci menjadi sayang, berfikiran negatif tentang Islam menjadi positif & berpecah menjadi bersatu.
♥ Hadiah mahabbah berupa sekeping foto daripada posmencintaiskrim ---> "Cintamu ya Rasulallah menyatukan kami."
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Saturday, October 22, 2011
Pendakwah Itu Penyelamat
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Firman Allah S.W.T
Maksudnya; Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.
P/S~2)Tersangat penting untuk dihighlightkan dlm post kali ni ialah pada Babak keempat di bawah nanti. The most Important yeq,shbt2=)Babak yang atas2 dia tu hanya perjalanan yang menyampaikan ke sana sahaja. Biiznillah. Babak keempat akan merungkaikan isi post 'Pendakwah Itu Penyelamat' ni.
P/S~3)hi2.Smiley yang so many dalam post kali ni,~ツ~(◠‿◠)~(◕‿◕)~(^‿^), diniatkan bersama shbt2 seaqidah semua utk meneladani kecintaan Habibullah Nabi Muhammad sollallahualaihi wasallam untuk kept smiling sokmo de'=)terus membaca sambil mengingati Baginda s.a.w &mengikuti kesukaan Baginda s.a.w yeq, shbt2ku ksygn Allah semua,insyaAllah=)=)=)
ا
~Babak Kedua~
Az-ziarah to adik Syabab, Muhammad Taqiyuddin Soleh di asrama. Permusafirannya ke sana me'mesti'kan syabab dan usrati tersayang ke gedung buku milik orang mukmin di Plaza Angsana,JB~Kedai Buku Badan Cemerlang. The best kedai buku yang Syabab LIKE♥Buku pilihan pertama yg menarik hatinya itu rupanya menjawab persoalan yang diutarakannya baru2 ini. Kertas kerja macamana untuk daqwah yg berkesan?dan cara hikmah macamana utk menyampaikan yg haq=)
Maha Suci Allah Yang Maha Mendengar Lagi MAha Mengetahui ❀ ܓ
hi2=)task minggu itu~katamkan buku yang best nie...xsabonyer nk thu jwpnnye (◕‿◕).

''Alhamdulillah Best!''.luahnya puas, usai mengkhtamkan buku best Menyeru Kepada Allah tu.
(However, Kalamullah Al-Furqan always be the TOP among the BEST.Allahu Akbar! )
~Babak ketiga~
Di office. Masa rehat sejam mesti diperuntukkan semaksimumnya buat memenuhi tuntutan Allah yang ingin dicintainya bnr2. Hari Isnin. Masa lebih sikit ada, sebab no time for lunch=)so,boleh guna untuk ke Raudhah dalam buku(^‿^) Usai solat zohor dan mentadabbur KalamNya, buku Hadis 40 Imam Nawawi yang wajib sentiasa bersamanya kemana-mana dibuka lagi. Buku kulit hijau comel itu dibelek dgn dimulai brsmanya pujian pada Yang Maha Kuasa... (◕‿◕)
Hadis 7; Addinun Nasihah. Agama itu nasihat.
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim
Huraian dan intisari hadis dibaca terus. Sahabat2 boleh juga hayati sama2 dengan Syabab. Tapi,through internet je la. Boleh tengok blog sahabat kita ni ye =)
Usai membaca, Syabab bermonolog sendiri. Allah mengilhamkan dan akal kurnianNya mula berfikir. Nasihat apa yang boleh aku sampai dan kongsikan?terlalu amat banyak sebenarnya yang aku kena sampaikan.Kecewa dengan sikapnya sendiri. NO! T_T
Alasan kerja dijadikan punca untuk menyepikan daqwah di alam maya Internet.Usang sudah blog aku.Ya Allah....=( Hatinya terus mengambil pen dan menambah senarai task yang mesti diselesaikannya untuk minggu ketiga bulan October tu. Erm,,,task ke9~sampaikanlah@blog.
~Babak keempat~
Bismillahiawwalu wal akhir.Pujian hanya buatNYA ツ.smoga bermanfaat,insyaAllah (◕‿◕)
✿ ܓ Perkongsian dari Buku Menyeru Kepada Allah karya A.Ubaidillah Alias. Syabab nak kongsikan Prinsip Ketujuh dalam buku BESTnya tu; ''Benar dalam penyampaian dan tindakan''
♥ Apabila kita memulakan dakwah atau seruan Islam ♥
:::Sewajarnya:::~ツseruan dan ajakan kita itu didasari dgn niat~untuk menyelamatkan saudara seagama dari neraka Allah. Perlu kita sedar, hakikat manusia yang berjaya secara hakiki adalah mereka yang terlepas daripada azab Allah di akhirat kelak.
Sebagaimana firmanNya bermaksud;
Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan.(surah Ali-Imran;185)
:::Penting Buat semua Daie a.k.a ''penyelamat ummat Muhammad s.a.w'':::~ツ
Untuk semai, tanam dan tuai rasa kasih, rasa sayang, prihatin& bertanggungjawab.
Bersama penyatuan sakinah minallah di qalbu para daie krna kedekatan brsamaNya,
di 'add' dengan perasaan2 itu bersama ツ. para daie Mampu!
menyampaikan daqwah dengan penuh mahabbah (kasih sayang). Allahu Allah...Biiznillah
Sebagaimana Nabi Muhammad Sollallahualaihi wasallam sendiri, menerusi kisah Baginda yang mencintai umatnya sekalipun berlainan agama&kabilah.(◠‿◠)
alkisah ini, dipetik dari blog ni(link)
RINGKASNYA.
Daqwah pperlu bermula dengan rasa untuk membantu. Malah. Nabi sollallahualaihi wasallam sendiri mengajar apabila kita ingin mencegah kemungkaran& berdaqwah, biarlah pencegahan itu didasarkan dgn niat untuk membantu.
ingat!!!
Bukan mencabar, tunjuk pandai atau merendah-rendahkan orang yang diseru.
Ketahuilah, seandainya orang yang melakukan kezaliman itu, seandainya dia menyedari dirinya berada dalam kerosakan, pasti dia mahu seseorang membantunya.
Orang yang jahil, jika dia menyedari betaoa ruginya menjadi jahil pasti dia akan meminta orang mengajarnya.
MAKAnya~ツ
Bantulah mereka menuju kembali ke jalan yang mustaqim.
Jangan biarkan orang di sekeliling kita membuat kesilapan yang mereka sendiri tidak sedar bahawa itu satu kesilapan...
kita kadang2 lupa...akan sabda Baginda Habibullah sollallahu alaihi wasallam ni;
Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :
“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu”
(Riwayat Bukhari dan muslim)
*Ad-dai kepada Allah mesti sabar, redho menanggung segala rintangan yg menganggunya di tengah jalan*
Allahua'lam...sebarang pandangan&pembaikkan dialu-alukan.syukran jiddan kerana membaca shbt2 semua.smga Allah memberkati kita semua amin....=)
sikit lg nak♫♫♫ sikit.hi7.yok7,sm2 amalkan msj nsyid ni=)
♫♫♫Dimulakan dgn Bismillah,disudahi dengan Alhamdulillah...begitulah sehari dalam hidup kita,mudah2an dirohmati Allah...Aminnn.ALHAMDULILLAH
Friday, August 26, 2011
law kana bainana al-habeeb
law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb
fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb
fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen
====================
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
====================
kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..
maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat
drpada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap..
mengharapkan dekat denganya (al-Habib)
hampir denganya jiwa rasa tenang
jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
pertemukanlah kami denganya Ya Mujib
kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib (Nabi Muhamad) yg memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
wahai Rahmat sekalian alam
Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)
Friday, May 27, 2011
~benar2 rindu~

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini,,,
Agar cinta itu hadir dalam diri ini.
Agar kasih itu menyerap dalam denyut nadi ini....
Agar dapat menikmati kelazatan cinta dan kasih dalam setiap butiran tasbih tatkala berselawat ke atas baginda s.a.w
Agar Baginda mengaku diri ini sebagai umatnya.
Agar diri ini berada di bawah panjinya di akhirat sana.
Agar diri ini mendapat syafaatnya.
Agar diri ini bisa meraih cintaMu Ya Allah...
benar2 merindui kekasihMu Ya Rabbi....
izinkanku mendamba dan meraih cinta Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah
benar2 merindui panggilan AgungMu menjemputku lagi
buat mengunjungi Baginda lagi...
moga Kau izinkan bingkisan salam buat Baginda dititipkan melalui hambaMu lain yang Kau jemput Ya Allah..
permudahkan urusannya Ya Allah
terimalah perhambaanNYA Ya Kholik
kembara sang kekasih menuju pencintanya
masyaALLAH.alhamdulillah.s
Allahu Akbar!
Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad waala alihi Saiyidina Muhammad
Sunday, October 3, 2010
"Habibati...."
CINTA PADA NABI MUHAMMAD S.A.W…..
1.Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban.
2.Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali.
3.Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
4.Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini: Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu . Pasangan dn bersahabat, yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Wednesday, May 26, 2010
siri 4: Sifat-sifat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

Tibalah kita di depan rumah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, kita ketuk pintu beliau untuk meminta izin. Marilah kita layangkan perhatian kepada sahabat yang melihat langsung Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia akan menceritakannya kepada kita seolah-olah kita melihat beliau shallallahu 'alaihi wasallam. Agar kita dapat mengenal ciri fisik beliau yang mulia serta wajah beliau yang penuh senyum.
Al-Bara' bin 'Azib radhiyallah 'anhu menuturkan:
"Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah seorang yang sangat tampan wajahnya, sangat luhur budi pekertinya, beliau tidak terlalu jangkung dan tidak pula terlalu pendek." (HR. Al-Bukhari)
Masih dari Al Bara' radhiyallah 'anhu ia berkata:
"Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam memiliki dada yang bidang dan lebar, beliau Shalallaahu alaihi wasalam memiliki rambut yang terurai sampai ke cuping telinga (bagian bawah telinga), saya pernah menyaksikan beliau mengenakan pakaian berwarna merah, belum pernah saya melihat sesuatu yang lebih indah daripada itu." (HR. Al-Bukhari)
Abu Ishaq As-Sabi'i berkata:
"Seseorang pernah bertanya kepada Al-Bara' bin 'Azib radhiyallah 'anhu: "Apakah wajah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam lancip seperti sebilah pedang?" ia menjawab: "Tidak, bahkan bulat bagaikan rembulan!" (HR. Al-Bukhari)
Anas bin Malik radhiyallah 'anhu mengungkapkan:
"Belum pernah tanganku menyentuh kain sutra yang lebih lembut daripada telapak tangan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam . Dan belum pernah aku mencium wewa-ngian yang lebih harum daripada aroma Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam " (Muttafaq 'alaih)
Di antara sifat beliau adalah "pemalu", sampai-sampai Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallah 'anhu mengatakan:
"Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam itu lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, niscaya kami dapat mengetahui ketidak sukaan beliau itu dari wajahnya." (HR. Al-Bukhari)
Demikianlah beberapa sifat dan budi pekerti Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam . Sungguh, ayah dan ibuku sebagai tebusannya! Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyempurnakan jasmani dan budi pekerti beliau Shalallaahu alaihi wasalam .
(dipetik daripada HTML bertajuk 'Sehari Di Kediaman Rasulullah saw' tulisan Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim.)
Wednesday, May 12, 2010
siri 2:Kunjungan Istimewa

Marilah kita telusuri kembali kurun yang telah berlalu. Membuka lembaran-lembaran masa silam. Membaca dan memperhatikan dengan seksama kisah-kisahnya. Kita akan mengadakan kunjungan istimewa, mengunjungi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam di rumah beliau melalui untaian kata dan kalimat. Singgah di rumah beliau barang sehari saja. Melihat-lihat keadaan rumah beliau serta beberapa kisah tentangnya. Guna mengambil pelajaran dan ibrah yang akan menjadi pelita dalam amal perbuatan kita.
Seiring dengan pesatnya kemajuan ilmu pengeta-huan akhir-akhir ini, literatur-literatur yang dibaca kaum muslimin pun semakin banyak. Mereka dengan mudah dapat mengunjungi Timur dan Barat melalui buku-buku dan tulisan-tulisan, melalui film-film dan berbagai referensi lainnya. Padahal, sebenarnya kita lebih berhak mengada-kan kunjungan syar’i ke rumah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam daripada mereka. Untuk melihat keadaannya, kemudian bersungguh-sungguh meneladani apa yang kita lihat dan dengar tentangnya. Namun disebabkan terbatasnya kesempatan, kita hanya menyorot beberapa keutamaan di rumah beliau Shalallaahu alaihi wasalam, mudah-mudahan kita dapat mendidik diri kita untuk dapat menerapkannya di rumah masing-masing.
Wahai saudaraku seiman ….
Tujuan kita membuka lembaran masa silam bukan-lah hanya untuk menikmati atau melihat-lihat kisah-kisah yang sudah berlalu. Namun tujuan kita yang hakiki adalah menjadikannya sebagai wasilah untuk beribadah kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala. Dengan membaca sirah (sejarah hidup) Nabi Shalallaahu alaihi wasalam diharapkan kita dapat mengikuti sunnah beliau dan berjalan di atas manhaj (pedoman) beliau. Sebagai bentuk ketaatan kita kepada perintah Allah Subhanahu wata’ala; yaitu kewajiban mencintai Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam. Di antara tanda-tanda kecintaan kepada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam ialah mentaati perintah beliau dan menjauhi segala yang dilarang dan dibencinya. Serta menjadikan beliau Shallallahu'alaihi wasallam ; sebagai teladan dan anutan. Mengenai hal itu Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman,
“Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran: 31)
Dalam ayat lain Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman,
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab: 21)
Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam sendiri menegaskan bahwa mencintai beliau termasuk salah satu sebab mendapatkan manisnya iman. Beliau Shalallaahu alaihi wasalam bersabda,
“Ada tiga perkara, bila terkumpul pada diri seseorang, ia pasti mendapatkan manisnya iman; hendaklah Allah Subhanahu wata’ala ; dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya.” (Muttafaq ‘alaih)
Dalam hadits lain beliau Shalallaahu alaihi wasalam bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, tidak akan sempurna keimanan seseorang hingga ia menjadi-kan aku yang lebih dicintainya daripada orangtua dan anaknya sendiri.” (HR. Muslim)
Sirah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah sirah yang sangat menakjubkan. Banyak sekali pelajaran yang dapat kita petik dan petunjuk yang dapat kita teladani darinya.
InsyaAllah,siri berikutnya akan mengiringi.moga bermanfaat buat semua dan tambah cinta kita pada Baginda Rasulullah saw, kekasih Allah swt yang menerangi alam fana ini dengan syariat Islam yang haq insyaAllah...
(dipetik daripada HTML bertajuk 'Sehari Di Kediaman Rasulullah saw' tulisan Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim.)
Thursday, April 22, 2010
Sehari di Kediaman RASULULLAH SHALLALLAHU'ALAIHI WASALLAM: siri 1: Mukaddimah

Segala puji hanyalah bagi Allah Subhannahu wa Ta'ala semata, Yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa hidayah dan dien yang haq. Shalawat dan salam semoga tercurah kepada pemimpin para rasul, yang diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam. Wa ba’du;
Kehidupan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah kehidupan yang penuh teladan bagi umat, acuan dakwah sekaligus sebagai pedoman hidup. Beliau Shalallaahu alaihi wasalam adalah teladan dalam ketaatan, dalam beribadah dan berakhlak yang mulia. Teladan dalam bermuamalah yang baik dan dalam menjaga kehormatan dan kemuliaan. Cukuplah pujian Allah Subhannahu wa Ta'ala atas beliau sebagai buktinya, Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman,
“Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)
Ahlus Sunnah wal Jamaah menempatkan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam pada kedudukan yang diberikan Allah Subhannahu wa Ta'ala kepada beliau, yaitu sebagai hamba Allah dan Rasul-Nya. Ahlus Sunnah wal Jamaah tidaklah berlebih-lebihan dalam menyanjung Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam . Kedudukan yang telah diberikan Allah Subhannahu wa Ta'ala sudah cukup untuk menunjukkan ketinggian derajat beliau. Kita, sebagai Ahlus Sunnah, wajib berjalan di atas prinsip tersebut, kita tidak boleh mengada-adakan perbuatan bid’ah, seperti mengadakan peringatan maulid Nabi Shalallaahu alaihi wasalam serta perayaan-perayaan sejenisnya. Namun manifestasi cinta kita kepada beliau ialah dengan mentaati perintah beliau, menjauhkan diri dari segala yang dilarang dan dibencinya.
Dalam sebuah syair dituturkan:
Yang harus kita maklumi,
beliau hanyalah seorang manusia biasa.
Di samping beliau adalah hamba Allah yang terbaik.
Allah mengistimewakan beliau dengan stempel putih kenabian.
Bagaikan cahaya yang terang bersinar.
Allah menyertakan nama beliau dengan asma-Nya.
Saat muadzin mengumandangkan adzan lima kali sehari semalam dengan bersyahadat.
Hingga nama beliau dipetik dari nama-Nya sebagai penghormatan.
Allah Subhannahu wa Ta'ala pemilik ‘Arsy adalah Yang Maha Terpuji,
Sementara beliau adalah yang terpuji.
Meskipun kita tidak sempat menyaksikan beliau Shalallaahu alaihi wasalam secara langsung di dunia, karena terpisah ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam dalam sabdanya:
“Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!” Para sahabat Shalallaahu alaihi wasalam berkata, “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab, “Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul.” “Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?” tanya sahabat. Beliau Shalallaahu alaihi wasalam menjawab, “Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepala dan kakinya di antara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?” “Tentu saja wahai Rasulullah!” jawab mereka. “Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan air wudhu’. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga (Al-Kautsar)!” jawab beliau.” (HR. Muslim)
Saya memohon kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala semoga kita semua tergolong orang-orang yang mengikuti jejak beliau Shalallaahu alaihi wasalam dan meneladani kehidupan beliau serta menapaki sunnah-nya. Saya juga memohon kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala semoga Dia Shalallaahu alaihi wasalam mengumpulkan kita bersama beliau di Surga ‘Aden. Dan semoga Allah Subhannahu wa Ta' ala memberikan pahala yang sempurna bagi beliau Shalallaahu alaihi wasalam sebagai balasan atas seluruh yang telah beliau persembahkan. Shalawat dan salam semoga tercurah atas beliau, segenap keluarga serta sahabat.
(dipetik daripada HTML bertajuk 'Sehari Di Kediaman Rasulullah saw' tulisan Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim.)


