sahabat seaqidah ila Jannah...

Tuesday, September 11, 2012

Pohon Markisa - kisah 'Si Kecil Hebat'

Bismillahiwalhamdulillah,
Allah mengizinkan al Faqirah IlaLLAH bernafas lagi hari ini...
Astagfirullahalazim. Ya Allah 'benar'kan niat hmba mencoretkan sesuatu yang bermanfaat& Kau berkati sehingga menambah kecintaan kami semua padaMu Ya kholik. Renungan bersama, kisah yang mengajak diri melihat kebesaran Allah Tuhan kami ~ Sahabat, kita sama2 jangan berhenti mencari kebaikan ya :) Semoga Allah permudahkannya, amin...

'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".' (Al-Imran: 190-191)

✿ Tengahari yang indah 

Motor Scooter Yamaha merah tiba di perkarangan rumah. Muhammad yang baru berusia empat tahun menjerit gembira, melihat abuya yang baru pulang dari menunaikan solat zohor berjemaah di masjid. Umie keluar menyambut abuya.

" Harini kita makan tengahari dekat bawah aeh." Tanpa naik ke atas rumah dahulu, abuya laju memberi arahan.

Umie lantas meminta Hannan adik- beradik membentang tikar dan membawa lauk pauk semua turun ke laman rumah. Muhammad sibuk mahu membantu kakak- kakaknya memasukkan lauk pauk ke dalam dulang.

Lauk ayam masak kurma, sayur kobis goreng, ikan masin dan sambil belacan campur kuini licin semuanya. Hannan tak lupa mensyukuri kurniaan Robbi. Alhamdulillah, dapat makan bersama sambil merasai nikmat kurniaan Illahi. Muhammad sedari tadi sibuk nak bagi kucing kesayangannya makan sekali.

"Special nya harini kan, Umie. Dapat makan bawah pokok markisa. Redup je. Kita kat tepi pantai la ni, konon- konon." Abuya meluahkan rasa hati yang ternyata merindui bumi kesayangan mereka, Mersing.

Keenakan makan tengahari di restoran semulajadi bertaraf lima bintang itu langsung tak memberi respon pada anak-anak membalas kata- kata Abuyanya itu. Hanya senyuman yang terukir dan sedikit ketawa kecil yang kedengaran tanda bersetuju dengan kata-kata Abuya.

Alhamdulillah. Usai makan tengahari berjemaah dengan keluarga tercinta, Allah mengizinkan Hannan melihat& membesarkanNya lagi. Melihat keindahan alam ciptaanNya. Abuya yang terus berehat-rehat mengajak kami adik-beradik berjemaah sekali lagi menikmati flora&faunaNya...SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH indahNYA ciptaanMu;)

Hanya umie dan Hannan sahaja yang menyahut ajakan abuyanya itu. Abuya terus meletakkan kepalanya di pangkuan Umie. Dan Hannan tanpa membuang masa terus mendekati kecintaannya~ mencari buat meneliti kebesaran Allah Yang Maha Besar.


"berlayut2an buah markisa ni. Allah maha tahu apa yang ada dalam hati2mu."


Hannan segera bangun dari tikar. Meneliti buah- buah markisa yang masih hijau, bulat-bulat besar tapi belum masak lagi. "Subhanallah, comelnya buah ni.." bisiknya dalam hati.

"Hannan, tolonglah petik daun- daun yang halang buah-buah muda tu daripada berjuntai."
Arah Umie perlahan. Tak mahu abuya terjaga dari tidurnya.

Hannan terperanjat dengan apa yang baru didengarnya tadi.
"Kesian pokok-pokok ni, Umie. Mereka tak dapat berzikir lagi nanti...", dia bermonolog sendiri. Namun, Hannan terus memenuhi kata-kata Umienya tadi. Tapi, pelan- pelan saja tindakannya. "Sayang nak petik yang hijau-hijau lagi. Nak cari daun yang betul-betul dah kering je lah..." Plan Hannan sendiri.

Tiba- tiba kakaknya, Zainab turun dari atas rumah. Buku kuning tebal kelihatan dibawa bersama. Umie tersenyum gembira melihat Zainab turun sambil membawa buku kecintaannya, buku "Penawar Bagi Hati". Saja Zainab membawa buku kegemaran Umienya itu ke bawah. Untuk memberi secebis 'bahagia' buat Umie tercinta. Umjie lantas laju mengulang kembali kata-katanya pada Hannan sebentar tadi kepada Zainab pula.

"Kak Long, tolong tunjukkan kak ngah tu, macamana nak petik daun yang halang buah-buah tu dari berjuntai. Kak Long tahu kan, macamana?"

Zainab menjawab laju, sambil tangan kanannya diletakkan di dahi, seperti gaya seorang askar menerima arahan."Bereh boh!". Zainab membalas gembira dengan loghat negeri pantai timur kesayangannya.

Umie meneruskan kata-kata,"Hannan ni memang tak boleh jadi petani la, kak long. Umie suruh dia petik daun-daun tu dia tak nak sebab nanti daun tu dah tak boleh berzikir lagi. Tapi ni la prosedurnya. Buah tu nak membesar sampai masak memang kena dalam keadaan dia berjuntai." luah ibu perlahan.

Along senyap tak menjawab. Senyuman sahaja yang membalas komentar Umie tersayang itu.

Dan Hannan terdiam sambil mula berfikir. "MasyaAllah. Umie tahu apa yang hati milik Kau ni kata Ya Allah. Walhal aku dah petik juga dah, cuma petik daun yang dah tua- tua aje lah yang aku petik. Bersihnya hati Umie sehingga Kau beri dia hikmah dan buka hijab padanya". Hannan berkata dalam hati.

Tiba-tiba.....

Hannan terkesima. Allah mengizinkannya menjadi hamba yang beruntung, kerana mahu berfikir.

Memang dari tadi, Hannan mencari-cari dan cuba menghayati ciptaan Allah pada flora dan faunaNya. Hannan gembira teramat sangat tika melihat bunga pohon markisa yang sedang didekati sang lebah.

Bibirnya laju mengungkapkan kebesaran Allahu Subhanahuwataala.

Abuya yang sudah bangun dari tidur melihat aksi anak keduanya lalu bersuara. "Hannan sayang...itulah tugas lebah madu. Mendebungakan bunga, mengumpulkan madu, melengkapkan satu sama lain. Semua tu kebesaran Allah."

Allah Ya Allah.....Hannan menangis syukur di dalam hati. Allah saja yang tahu rasa hatinya tika itu. Indahnya melihat kebesaranNya.

Hannan teringat akan firman Allah dalam surah Yasin. Allah mengingatkan manusia tentang segala nikmat yang Allah berikan kepada manusia melalui haiwan ciptaanNya: 


'Dan Kami tundukkan binatang–binatang itu untuk mereka; maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat–manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?' (Yaasiin: 72-73)

Lantas Hannan berlari laju masuk ke rumah dan mengambil handphone Sony Ericson W20 nya. Alhamdulillah dapat rakam. Setinggi kesyukuran kepada Allah yang tak dapat Hannan ungkapkan dengan kata-kata.


"masyaAllah. sempurna segala ciptaanMU ya Allah...."

Setelah itu, Hannan naik ke atas rumah lagi. Kali ini dia turun ke laman sambil membawa laptop Acer milik Abuya. Laju Hannan menaip di butang search google perkataan 'tugas seekor lebah".

Cariannya berjaya! Alhamdulillah Allah rezqikan Hannan melihat dan meneliti keindahanNya lebih-lebih lagi...T_T

'kisah si kecil hebat' yang membuatkan jiwa Hannan berkecamuk kagum. Si kecil lebah yang tidak mampu berfikir. Namun agenda pekerjaan dan kualiti hasil keluaran si kecil ini teramat memerlukan perhitungan dan perancangan khusus. Beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir akan kebesaran Allah dan mengambil hikmah dari setiap ciptaanNya. "MasyaAllah Alhamdulillahh...."Tak henti-henti Hannan melafazkan zikir pujian buat Allah Yang Maha Bijaksana, yang telah merencanakan segalanya.


"kami faqir disisiMU wahai Allah"



Sejauh-jauh mata memandang,
Sedalam-dalam hati merasakan,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian...

Lepas hati memandang laut-Mu,
Terheran diri pada langit-Mu,
Berjuta kata tak cukup untuk,
Melukis indah-Mu...

* Tafakkur by Opick.

Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri...

Doa ketika melihat langit;

 رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَفِنَا عَذَابَ النَّارِ

 Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka.
~ Al-Imran: 191.
---------------------------------------------------------------------------------------

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat .

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 


Friday, August 17, 2012

Istighfar - Album Munajat Sufi (Official VC) [HD]




Mari dapatkannya!=)

 No hp pengedar 0179224771


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Monday, August 6, 2012

Law Kana Bainana Ya Habib ﷺ


KISAH RASULULLAH DENGAN SI IBU RUSA MENGUCAP 2KALIMAH SYAHADAH .

Pada suatu hari, ketika Rasulullah ﷺ. Sedang berjalan bersendirian di padang pasir, dia mendengar suara memanggilnya: “Wahai Rasulullah, wahai Rasulullah!”.



Rasulullah ﷺ memandang sekeliling, mencari-cari suara yang memanggilnya itu. Beliau tidak nampak sebarang kelibat manusia yang memanggilnya. Puas beliau melihat sekeliling. Kemudian beliau terdengar lagi suara itu memanggil: “Wahai Rasulullah, Rasulullah, saya di sini!...”



Rasulullah ﷺ cuba melihat-lihat arah suara itu datang. Tidak jauh dari tempat beliau berdiri, rupa-rupanya ada seekor rusa betina terbaring sambil kakinya diikat kemas. Disisinya adalah seorang baduwi yang sedang tidur dengan pakaiannya menyelubungi dirinya.



Rasulullah ﷺ menghampiri rusa itu. Sebaik tiba, rusa itu berkata: “Wahai Rasulullah. Baduwi ini telah menangkap saya. Saya ada dua ekor anak kecil di sebalik bukit itu. Bolehkah tuan buka tali ini supaya saya boleh balik dan menyusu mereka. Saya berjanji akan kembali semula kepada baduwi ini, sebaik menyusukan anak saya.”

Rasulullah ﷺ bertanya kepada rusa itu: “Adakah kamu benar-benar akan pulang semula ke mari?
Rusa itu menjawab: “Allah akan menyeksa saya dengan seksaan yang berat jika saya munkir janji.”
Mendengar janji rusa itu, Rasulullah pun segera membuka ikatan rusa itu. Sebaik ikatannya dibuka rusa itu terus berlari ke arah bukit. Dia pergi mendapatkan anaknya yang sedang berlindung di sebalik bukit itu. Anak-anak rusa itu masih kecil dan masih menyusu. Mereka kelihatan gembira apabila ibunya pulang. Anak-anak rusa itu berebut-rebut mendapatkan ibunya untuk menyusu. Mereka sedang dalam kelaparan.



Selepas beberapa ketika anak-anak rusa itu menyusu, mereka tertidur kekenyangan. Ibu rusa itu kemudia bangun untuk menunaikan janjinya kepada Rasulullah ﷺ. Dengan perlahan suapaya tidak mengejutkan anak-anaknya, ibu Rusa itu mencium mereka dan segera kembali ke tempat dimana Rasulullah sedang menunggu tadi.



Sebaik disisi Rasulullah ﷺ, dia membaringkan dirinya untuk diikat kembali seperti tadi. Rusa itu diam tidak berkata apa-apa. Ketika Rasulullah ﷺ sedang mengikat kaki rusa itu, Baduwi yang sedang tidur itu terjaga. Dia terperanjat melihat Rasulullah ﷺ sedang mengikat rusanya. Dengan penuh hormat, dia berkata kepada Rasulullah ﷺ:
"Wahai Rasulullah, saya lebih dahulu menangkap rusa ini. Adakah tuan perlukan dia?”
Rasulullah ﷺ menjawab ringkas: “Ya”.
Baduwi berkata kepada Rasulullah ﷺ: “Baiklah, tuan lebih berhak. Rusa ini kini milik tuan.” Baduwi itu seorang yang baik. Dia tidak banyak bersoal jawab atau membantah kata-kata Rasulullah ﷺ.



Sebaik mendengar kata-kata baduwi itu, Rasulullah ﷺ terus membuka ikatan ibu rusa itu. Dia kemudian melepaskan ibu rusa dan membiarkan ia pergi. Ibu rusa yang sudah bebas itu berlari ke arah bukit sambil melompat-lompat kegembiraan. Sebelah kakinya memukul-mukul kaki yang lain sebagai tanda gembira sambil berteriak: “Saya mengaku tiada tuhan kecuali Allah dan tuan adalah utusan Allah...”



لا إله إلا الله محمد رسول الله

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

Sollu Ala Nabiy ﷺ !!!



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
 

Wednesday, August 1, 2012

ALLAH matlamatku






Siapa di HATI mu?


Sahabat, let says together ♫♫♫



"ALLAH dekat di HATI :)"


berBAHAGIA lah selagi mana kamu istiqomah meletakkan ALLAH sebagai 'matlamat utama' dalam kehidupanmu!
andai benar2 cinta, kita akan didekatkan dengan segala yang DIA cinta. Alhamdulillah ala kulli ni'mah....

dont worry anymore, kita 'selamat' bersama ALLAH our sweetheart:))

No More Worry & no more pain.
ALLAH Loves U & always be with U ◕‿◕
aminnnn insyaAllah.

Jom salawat ♫ salawat ♫ salawat
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

“Wahai Allah, limpahkan kepadaku kekuatan mencintai-Mu, Mencintai orang yang mencintai-Mu, Dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintai-Mu. Jadikannlah rasa mencintai-Mu lebih aku sukai berbanding air dan embun.”


Saturday, July 28, 2012

Thursday, July 19, 2012

Azam Ramadhan





Wasiat AL Fadhil Sheikh Zainul Asri sempena Ramadhan Kareem:

1. Solat Sunat Tasbih setiap hari
2. Khatam al-Quran paling kurang 2x
3. Tidak tinggal Solat berjemaah
4. Jangan tinggal solat sunat rawatib
5. Solat Terawih 20 rakaat
6. Qiammulail - Solat sunat 11 rakaat termasuk solat sunat Witir
7. Sambut Ramadhan di rumah Allah
8. Jangan makan banyak ketika berbuka puasa

Kalau dapat istiqamah selama 40hari, amalan-amalan ini akan jd darah daging kita..

Ibaratnya, Ramadhan ni highway. Kalau highway ni tiga lorong, baru boleh 'derah'. Kalau lah dua lorong, kita tak boleh nak 'derah'. Kalau tiga lorong, kena naik Virago. Tak boleh dengan AX5. Baru berasa highway. Kita mesti guna kuasa tinggi, sisi tinggi, untuk membelah 'highway Ramadhan'. Siapa buat, dapat insyaAllah. Tak larat diri, duduk (solat tasbih). Ini utk CC besar, sedap memecut. Kalau xmampu, kurangkan CC, jgn smpai xd CC lansung utk bergerak=)
 


Lahaulawala quwwata illa biLlahil aliyyul 'azim...



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...