sahabat seaqidah ila Jannah...

Friday, August 17, 2012

Istighfar - Album Munajat Sufi (Official VC) [HD]




Mari dapatkannya!=)

 No hp pengedar 0179224771


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Monday, August 6, 2012

Law Kana Bainana Ya Habib ﷺ


KISAH RASULULLAH DENGAN SI IBU RUSA MENGUCAP 2KALIMAH SYAHADAH .

Pada suatu hari, ketika Rasulullah ﷺ. Sedang berjalan bersendirian di padang pasir, dia mendengar suara memanggilnya: “Wahai Rasulullah, wahai Rasulullah!”.



Rasulullah ﷺ memandang sekeliling, mencari-cari suara yang memanggilnya itu. Beliau tidak nampak sebarang kelibat manusia yang memanggilnya. Puas beliau melihat sekeliling. Kemudian beliau terdengar lagi suara itu memanggil: “Wahai Rasulullah, Rasulullah, saya di sini!...”



Rasulullah ﷺ cuba melihat-lihat arah suara itu datang. Tidak jauh dari tempat beliau berdiri, rupa-rupanya ada seekor rusa betina terbaring sambil kakinya diikat kemas. Disisinya adalah seorang baduwi yang sedang tidur dengan pakaiannya menyelubungi dirinya.



Rasulullah ﷺ menghampiri rusa itu. Sebaik tiba, rusa itu berkata: “Wahai Rasulullah. Baduwi ini telah menangkap saya. Saya ada dua ekor anak kecil di sebalik bukit itu. Bolehkah tuan buka tali ini supaya saya boleh balik dan menyusu mereka. Saya berjanji akan kembali semula kepada baduwi ini, sebaik menyusukan anak saya.”

Rasulullah ﷺ bertanya kepada rusa itu: “Adakah kamu benar-benar akan pulang semula ke mari?
Rusa itu menjawab: “Allah akan menyeksa saya dengan seksaan yang berat jika saya munkir janji.”
Mendengar janji rusa itu, Rasulullah pun segera membuka ikatan rusa itu. Sebaik ikatannya dibuka rusa itu terus berlari ke arah bukit. Dia pergi mendapatkan anaknya yang sedang berlindung di sebalik bukit itu. Anak-anak rusa itu masih kecil dan masih menyusu. Mereka kelihatan gembira apabila ibunya pulang. Anak-anak rusa itu berebut-rebut mendapatkan ibunya untuk menyusu. Mereka sedang dalam kelaparan.



Selepas beberapa ketika anak-anak rusa itu menyusu, mereka tertidur kekenyangan. Ibu rusa itu kemudia bangun untuk menunaikan janjinya kepada Rasulullah ﷺ. Dengan perlahan suapaya tidak mengejutkan anak-anaknya, ibu Rusa itu mencium mereka dan segera kembali ke tempat dimana Rasulullah sedang menunggu tadi.



Sebaik disisi Rasulullah ﷺ, dia membaringkan dirinya untuk diikat kembali seperti tadi. Rusa itu diam tidak berkata apa-apa. Ketika Rasulullah ﷺ sedang mengikat kaki rusa itu, Baduwi yang sedang tidur itu terjaga. Dia terperanjat melihat Rasulullah ﷺ sedang mengikat rusanya. Dengan penuh hormat, dia berkata kepada Rasulullah ﷺ:
"Wahai Rasulullah, saya lebih dahulu menangkap rusa ini. Adakah tuan perlukan dia?”
Rasulullah ﷺ menjawab ringkas: “Ya”.
Baduwi berkata kepada Rasulullah ﷺ: “Baiklah, tuan lebih berhak. Rusa ini kini milik tuan.” Baduwi itu seorang yang baik. Dia tidak banyak bersoal jawab atau membantah kata-kata Rasulullah ﷺ.



Sebaik mendengar kata-kata baduwi itu, Rasulullah ﷺ terus membuka ikatan ibu rusa itu. Dia kemudian melepaskan ibu rusa dan membiarkan ia pergi. Ibu rusa yang sudah bebas itu berlari ke arah bukit sambil melompat-lompat kegembiraan. Sebelah kakinya memukul-mukul kaki yang lain sebagai tanda gembira sambil berteriak: “Saya mengaku tiada tuhan kecuali Allah dan tuan adalah utusan Allah...”



لا إله إلا الله محمد رسول الله

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

Sollu Ala Nabiy ﷺ !!!



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
 

Wednesday, August 1, 2012

ALLAH matlamatku






Siapa di HATI mu?


Sahabat, let says together ♫♫♫



"ALLAH dekat di HATI :)"


berBAHAGIA lah selagi mana kamu istiqomah meletakkan ALLAH sebagai 'matlamat utama' dalam kehidupanmu!
andai benar2 cinta, kita akan didekatkan dengan segala yang DIA cinta. Alhamdulillah ala kulli ni'mah....

dont worry anymore, kita 'selamat' bersama ALLAH our sweetheart:))

No More Worry & no more pain.
ALLAH Loves U & always be with U ◕‿◕
aminnnn insyaAllah.

Jom salawat ♫ salawat ♫ salawat
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

“Wahai Allah, limpahkan kepadaku kekuatan mencintai-Mu, Mencintai orang yang mencintai-Mu, Dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintai-Mu. Jadikannlah rasa mencintai-Mu lebih aku sukai berbanding air dan embun.”


Saturday, July 28, 2012

Thursday, July 19, 2012

Azam Ramadhan





Wasiat AL Fadhil Sheikh Zainul Asri sempena Ramadhan Kareem:

1. Solat Sunat Tasbih setiap hari
2. Khatam al-Quran paling kurang 2x
3. Tidak tinggal Solat berjemaah
4. Jangan tinggal solat sunat rawatib
5. Solat Terawih 20 rakaat
6. Qiammulail - Solat sunat 11 rakaat termasuk solat sunat Witir
7. Sambut Ramadhan di rumah Allah
8. Jangan makan banyak ketika berbuka puasa

Kalau dapat istiqamah selama 40hari, amalan-amalan ini akan jd darah daging kita..

Ibaratnya, Ramadhan ni highway. Kalau highway ni tiga lorong, baru boleh 'derah'. Kalau lah dua lorong, kita tak boleh nak 'derah'. Kalau tiga lorong, kena naik Virago. Tak boleh dengan AX5. Baru berasa highway. Kita mesti guna kuasa tinggi, sisi tinggi, untuk membelah 'highway Ramadhan'. Siapa buat, dapat insyaAllah. Tak larat diri, duduk (solat tasbih). Ini utk CC besar, sedap memecut. Kalau xmampu, kurangkan CC, jgn smpai xd CC lansung utk bergerak=)
 


Lahaulawala quwwata illa biLlahil aliyyul 'azim...



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Saturday, June 23, 2012

Rahsia Success Bersama Irfan Khairi-Vol. 2


TIPS UNTUK BERJAYA:
1) MINAT- Buat apa yang anda minatJJJ Choosee it!
2) NICHE.-FOKUS dalam satu produk SAHAJA. Kept it SPESIFIC& CONSISTENT.

TIPS UNTUK MAJU DALAM BLOG/ WEB:
1.   ULANG-ULANG-ULANG ayat yang sama untuk produk kita. Lagi& Lagi. Follow step menulis yang IK bagi. Supaya di agen carian jadi number one. Xmudah!
2.   Gunakan wording2 POWER untuk attract pengguna-MAGIC WORD.
3.   Tajuk atau nama laman web PILIHAN terus sekali dengan produk kita.
4.   Banyakkan INFORMASI. MUST banyakkan! Kept update selalu. Sehingga mendapat tempat tertinggi.
5.   Link daripada usahawan lain untuk membolehkan orang ramai link ke web kita.
6.   Tips 4 lokasi:
-      Letak keyword as tajuk posting.
-      Letak keyword baris pertama posting.
-      Letak keyword barisan terakhir posting.
-      Letak keyword tengah-tengah posting.

TIPS UNTUK TINGKATKAN ENGGAGEMENT (FACEBOOK)-fanpage
1) Page name masukkan ikut nama produk kita.

2) Update status dengan kerap.

3) Buat post yang short& sharp. (posting)
   -Yang terbaik antara 100- 200 huruf.
   -3 hingga 4 baris.

4) Variasikan Post.
   -Photo.
   -Video.
   -Links.
(kalau tak boleh buat sendiri pun, share dari blog2 yang bermanfaat)

5) Masa yang sesuai untuk update facebook.
   * 8am- 9am
   *1pm- 2pm
   *8pm- 9pm

6) Call- for action.
-‘attract’ orang untuk like atau joint dalam post kita.
-ex: ‘Sila klik Like. Jangan Lupa Share’

7)Tanya Pendapat.
-Status.
- Question.

8) Isi Tempat Kosong.
-Minimumkan word.

9) Beri maklumat eksklusif:
- Beri maklumat yang ada VALUE ADDED/ BERHARGA/ SPECIAL

10)Guna Virals
-Virals ialah menggunakan lebih daripada satu emosi. Gunakan sebaik-baiknya dua emosi. Yang membuatkan orang nak share info tu dan rasa BEST tengok any update dari kita.

11) Gunakan Facebook Social Pluging. (Facebook/developers.comàcore concept)
à atau tambah je dekat wordpress. Add dekat Widget.
12) Beri tawaran istimewa/ contest kepada fan.
13) Memberi atau membahagikan tugas kepada admin2 lain.

~Joe Gigard~

1) ‘constant update’
2) ‘constant Follow Up’
3) ‘constant update’
-Jangan jemu ajak, ajak dan ajak orang cuba produk kita.
-Kumpul database.

KEGUNAAN-KEGUNAAN 3 MEDIUM PERNIAGAAN ONLINE:
     1.   Web- Untuk JUAL produk.
     2.   Blog- Untuk PROMOSI barang
     3.   Facebook- Engage with customer. Untuk dekat di hati pengguna.-->   banyakkan JARINGAN.

Empat Perkara to CHECK LIST in our PRODUCT:
1) Siapa target market kita.
2) Masalah pelanggan.
3) Kekuatan Pesaing. (ranking company- info side)
4) Margin untung yang TINGGI.

12 MAGIC WORD:
    1.   Anda
    2.   Jimat
    3.   Keputusan
    4.   Cinta
    5.   Terbukti
    6.   Wang
    7.   Mudah
    8.   Baru
    9.   Keselamatan
   10.   Ketahui
   11.   Terjamin
   12.   Kesihatan


Macam mana nak masukkan blog ke depan (letak di ‘Laman Utama’):
1) Masukkan gambar dia atas-(motivate orang/ attract keyakinan orang untuk beli)
2) At least letak 1 TESTIMONIAL bergambar.
3) JAMINAN produk anda.

TIPS BLOG BERMUTU TINGGI
    
    1.   Letakkan gambar kita.--> 4 kali ganda bertambah tinggi KEYAKINAN mereka.
    2.   Gambar orang- banyak2 je letak. Sebab orang SUKA tengok gambar orang. Ni kejayaan pertama kita lagi before ada orang nak beli produk kita.
    3.   Cara nak hubungi.
    4.   Testimoni pelanggan berpuas hati. Testimoni bergambar; berganda lagi orang YAKIN
    5.   Guarantee-Jaminan
    6.   Letak sesuatu yang ada time limit.Beli Sebelum lusa dapat diskaun berapa2.       
    7. Membeli Dengan LOGIC VS. EMOSI.
-      Kebanyakan kita membeli dengan emosi.
-      Logik;tanya ‘so what’ pada produk anda.
-      Whats in it for me.
-      Jual barang juga dengan EMOSI.

Allahua'lam...اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...