sahabat seaqidah ila Jannah...

Saturday, October 16, 2010

Cara Solat Sunat Duha,Doa mendisiplinkan anak dan Solat Sunat Tahajjud


Bismillahirrahmanirrahim.Allahumma solli ala saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhammad...Alhamdulillah,syukur kehhadrat Illahi kerana mengizinkan temanku mencari jalan2 kebahagiaan dunia dn akhirat insyaAllah..Buat seorang teman yang sudi menjadi uslub untuk aku kongsikan ilmu Allah ini..juga buat diri dan semua teman lain insyaAllah...cara solat sunat Tahajjud, solat sunat Dhuha dan doa mendisiplinkan anak..

Solat Sunat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama adalah sepertiga malam iaitu darpada jam 3 pagi hingga sebelum subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat. Cara melakukannya, hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.

Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Sunat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.

Lafaz niat :


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Pada rakaat pertama ucaplah Al-FatihahSelepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas


Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu


Ertinya: “Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “


Selepas memberi salam ucaplah doa :



Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”


Beberapa panduan bagi sesiapa yang ingin melakukan solat Tahajjud;

  1. Sunat ia berniat untuk bangun qiamullail sebelum tidur.
  2. Sunat ia tidur dalam keadaan berwudhuk.
  3. Apabila ia terjaga daripada tidurnya, sunat ia menyapu mukanya dan melihat langit sambil membaca ayat- ayat akhir surah Ali' Imran.
  4. Kemudian sunat ia bersiwak lalu mengambil wuduk.
  5. sunat baginya membuka qiamullail datau Tahajjudnya dgn dua rakaat ringkas.
  6. Dalam takbiratul ikhram niatkan dalam hati "sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah".
  7. Sunat baginya melakukan dua rakaat-dua rakaat, iaitu memberi salam setiap dua rakaat.
  8. Sunat baginya melakukan Tahajjud di rumahnya dan mengejut keluarganya untuk bersamanya dlam solat Tahajjud.
  9. Sunat baginya memanjangkan bacaannya dan qiamnya(berdiri).
  10. Harus ia membaca dengan nyaring dan kadang-kadang membaca dengan perlahan.
  11. Akhiri solat Tahjjud atau qiamullail dengan solat witir.

Solat Sunat Dhuha


Solat sunat dhuha boleh dikerjakan dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat,lapan rakaat, dua-dua rakaat dengan satu salam.Sayyidatina Aisyah meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w solat sunat dhuha empat rakaat; dan baginda menambah seberapa yang dikehendaki.


Waktu solat ini ialah selepas sunat Isyraq sehinggalah gelincir matahari masuk waktu zohor.



Lafaz niatnya:

اصلى سنة الضحى ركعتين لله تعالى

(Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala)

Baca ketika sujud yang terakhir – 3 kali

Doa yang disarankan selepas solat sunat dhuha.

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Kukongsikan juga doa ini buat temanku yang sedang membesarkan dua orang cahaya matanya. Moga anak-anakmu menjadi pejuang-pejuang dan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w amin.......


DOA DISIPLINKAN ANAK

“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

Maksudnya:
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”


sumber- Buku Indahnya Saat Bersamamu(Telaga Biru)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...