Bertasbihlah> سُبْحَانَ اللهِ
Bertahmidlah> الحَمْدُ للهِ
Bertakbirlah> اللهُ أَكْبَرُ
Bertahlillah> لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
Bersalawatlah> اللهم صَلِّ على سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Rasulullah صلى الله عليه وسلم seorang yang paling banyak mengukir senyuman di wajahnya. Baginda صلى الله عليه وسلم tidak akan berbicara kecuali dalam keadaan tersenyum ツ.
~ Sekarang jika ditanya kenapa anda suka senyum? Maka jawablah kerana senyuman itu sunnah Kekasihku Muhammad صلى الله عليه وسلم. Senyumlah ツ.
Antara hikmah puasa ialah agar orang kaya berasa lapar, lalu tidak melupakan orang yang lapar. Ayuh perbanyakkan sedekah!
Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya sedekah manakah yang afdhal? Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab, "Sedekah pada bulan Ramadhan."
~Riwayat Tirmizi rahimahuLLAH.
Betapa Rasul saw amat menitikberatkan umatnya agar bersedekah hatta sebiji buah tamar sekalipun bersedekahlah. Jika tidak mampu dgn sebiji, separuh pun tidak mengapa dan jika tamar pun tiada utk dijadikan sedekah maka berkatalah dgn menggunakan perkataan yg baik. Sesungguhnya kalimah yg baik itu juga merupakan sedekah. (mafhum hadith).
“ Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya”
– [Al-Baqarah: 267-268]
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
"Wahai orang orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11) Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju namun mengapa kita masih tega berbuat dosa. Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Syafie: "Peredaran masa adalah suatu yang aneh...Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!"
USAH jemu menulis...
ReplyDelete