sahabat seaqidah ila Jannah...

Monday, January 24, 2011

Tautan Hati


Bismillahirrahmanirrahim...

Bersyukur selamanya ke hadrat Allah Subhanahu wataala dengan niqmat iman dan ISLAM

ujian Allah buat kt tambah dkt/jauh driNy.Allah nilai kt dr sgi kt Mhadapiny+Msyukuriny.Allah nilai cr kt kendalikan niqmt PberianNya.MSLH kalu kt ltk dunia sbg blsn!hakiktny,dunia=ujian Allah.buat kt tuai hsil dakhirat.jgn sdIh kalu mskin/xsihat sb dunia ni smntara.jgn smpi kt mskin ddunia dn d'akhirat sudahla~biarla AKHIRAT jd matlamat kt!cri REDHO ALLAH,bkn redho msia,bkn rdho nafsu kt.krn kt hmba DIA,ALLAHU KABIR

Allahu Rabbi..tiada pndgr selainMu,tiada pngubt tbaik selainMu..ckupknlh kmi dg ksh sygMu.biar ht i2 parah rsany jk dfikir dg logik akal hmba,nmun KAU sj y bisa mrwtny dgn kmnisn CINTAMU ALLAH.Kuatkan Km,pimpinlah kami mnju titian Nur KasihMu Allah.niqmtny trbiyyah direct driMu,,.Kau syg kmi Ya Allah,dg mngurniakn ujianMu ini.Kmi ingin sntiasa bgini,mngharap TOTALLY dariMu sj Allah..pnjamkn km kekuatanMu Ya Qowwi=(

Sampaikanlah kpd ku walaupun satu ayat('',)Allahumma solli ala saiyidina Muhammad wa ala alihi saiyidina Muhammad...mcmana keadaan roh kt hari ini?amanah sbg khalifah sudah trlaksana ke?tepuk dada tnya iman...teruslah menegakkan syariat Islam y syumul ini,shbt2ku Fillah....Cinta..apa itu cinta?...lihatlah,di mana prioriti utama cinta kita,seorang manusia dn hamba Allah yg faqir~

Ikhls ialah mmutuskn sgl y lain drp Allah drp sgla urusn dn kehendk ht.y plg tnggi, manusia dpt mlpskn sgl ingatan,ikatan dn pghrpn selain drp Allah.shgga ht brtawajjuh kpd Allah..tndanya ialh brtmbh keyakinan,brtmbh kuat tawakkal dn redhony kpd Allah.ada tgktn u org y brusha m'brsihkan ht dn nurani.almt ht kt brsih,sukar dikesan.tmpak brsh,nmun hkiktny dia blum smpi k tmptnya.ada makam2nya~

"ketenangan hidup brmula dr hati" betul x shbt2?kdg2 kt bisa brgelak tawa.tp,rs ht y sbnr2nya tiada siapa y thu melainkan Allah dn diri kt sndiri.Allah mmg dah bagtw kt cr kt nk dptkn ktngn hakiki.trpulang pd diri kt nak yakini janji Allah atw cari jalan lain u dpatkan ktngan 2.sm2 kt ingt dn amlkn janji Allah y pasti~"ala bizikrillahi tatmainnul qulub""hanya dgn MENGINGATI ALLAH hati akan menjadi tenang.

Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

wasollallahu ala Saiyidina Muhammad waala alihi Saidina Muhammad~

Thursday, November 11, 2010

Perkenankan doa ini YA ALLAHU RABBI,,,



Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulillahi Rabbil alamin..wassolatu wassalamu ala Saiyidina Muhammad wa ala alihi Saiyidina Muhammad,,Ya Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...sesungguhNya Engkau Mengetahui segala kata hati ini Ya Rabbi...Izinkan kutitipkan doa ini buat semua teman2 juga buat memotivasikan alFaqirah ilallah ini Ya Allah...

Ya Rabbul Izzati, kuatkan hamba dan semua sahabat2 dalam mencari jalan-jalan kejayaan dunia dan akhirat Ya Rabbi.. Yakinkan ku benar2 bahawa segala ilmu di muka bumi ini adalah ilmu dariMU ya Allah...Kuatkan semangat kami untuk menjadi mujahidah dan mujahid yang akan berjuang demi ADDINMU juga demi tanggungjawab kami terhadap pelajaran yang kami sedang bawa ini Ya Rabb...jangan biarkan kami menjadi fitnah kepada agamaMu Ya Allah...

Ya Qowwi,, pinjamkan kami secebis kekuatanMu buat kami melawan hawa nafsu yang membawa kepada perkara2 yang tidak bermanfaat, buat kami bersabar dalam melakukan taat padaMu dan buat kami bersemangat bangun mempelajari sungguh2 ilmuMu...

Benarkan niat kami untuk menuntut ilmu demiMu dan untuk meningkatkan martabat ADDINUL ISLAM yang mulia,selamanya Ya Allah...Kami sedang memenuhi tuntutan fardhu kifayahMu, buat menjadi khalifah yang akan berjuang dalam bidang yang lain insyaAllah. Yakinikan hambaMu yang Faqir dn sering lupa ini,Ya Allah Yang Maha Mendengar=(

Ya Rabb,,,panjangkan doa ini buat semua sahabat2 seperjuangan yang berada dalam jalan daqwahMu ya Rabb...juga buat semua teman2 sekelasku dan semua teman2 seakidahku amin ya Rabbal alamin....

~Mulakan langkahmu , Kuatkan Tekad dgn segenggam NEQAD bahawa La Haula wala Quwwata Illa Billahil Aliyyul azim.Pengharapan yang sebenar hanya padaNya..serahkan padaNya..Pinta padaNya...jadikan kami daie yang juga berSUNGGUH dalam pelajaran Ya Rabbi...AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.....~

Miftahul taufiq wa Najjah ilallah.........

21/11/10- Advanced Financial Accounting 2
23/11/10- Business Communication
24/11/10- Financial Mangement
25/11/10- Company Law
27/11/10- Ethics
1/12/10- Organization Behavior

Moga Kau benarkan benar2 segalanya dalam hati kami Ya Allah,.perkenankan doa hambaMu ini Ya Rahman,Ya Rahim...wasollallahu ala Saiyidina Muhammad wa ala alihi Saiyidina Muhammad...

Thursday, October 28, 2010

Dalam Kecantikan Seorang Wanita

Amaran Rasulullah sollallahu alaihi wasallam buat wanita~

Rasulullah SAW bersabda...

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Sama2 kita koreksi diri, buatlah anjakan paradigma yang 'membangun diri' demi kebahagiaan di dunia dan bumi akhirat yang abadi....dan ketahuilah akan hakikat ini teman-temanku Fillah,,,Aku benar2 maksudkannya, moga kita berada di jalan yang benar, jauh daripada jalan yang ternyata SALAH ini....='(

Saturday, October 23, 2010

:::Terapi Elak Sihir:::


Bismillahirrahmanirrahim,..Allahumma solli ala Saiyidina Muhammad waala alihi Saiyidina Muhammad kama sollaita ala Ibrahim waala ali Ibrahim wabarikala Saiyidina Muhammad waala alii Muhammad kama baraktaala Saiyidina Ibrahim waala ali Saiyidnina Ibrahim fil alamina innaka hamidum majid..Sedikit ingatan dan perkongsian bersama semua teman-teman..Kutitipkan nota penting ini untuk sama-sama kita beramal keranaNya. Pendinding diri perlu dalam tiap diri insani kerana ia merupakan ikhtiar kita, buat menjaga amanah Allahu Rabbi ini-tubuh, jasad dan roh kita. Berikut merupakan sedikit amalan- amalan untuk mengelakkan sihir dan gangguan makhluk halus lain;

1)Makan tamar Ajwa 7 biji setiap pagi. Sabda Nabi S.A.W, ”Barangsiapa yang memakan 7 biji kurma ajwa, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu” (Riwayat dari Sa’ad ra – HR Muslim).

2)Ambil wuduk sebelum tidur.

3)Solat lima waktu dan berjemaah setiap waktu.

4)Mengamalkan solat tahajjud.

5) Membaca taawudz.

6)Dinding diri dengan ayat2 Syifa’(ayat2 Al-Quran):
 Fatihah,ayat kursi,3 Qul,kafirun,yunus:79-82,taha:65-69,saffat:1-10,
7) Lupakan:kebaikan kita pada orang dan keburukan orang pada kita.

8) Ingat:kebaikan orang pada kita.

9) Membaca ‘Bismillahillazi La Yadurru Maasmihi Syaium fil ardhi wala fis samaie wahuwas samiun alim’ sebelum memasukkan apa-apa makanan atau minuman ke dalam mulut.

10) Melakukan tiap pekerjaan dengan mengucapkan basmalah(Bismillahirrahmanirrahim).

11) Banyak-banyak membaca ayatul Qursi setiap hari.

12) Banyak-banyak zikrullah setiap masa.

13)Mengamalkan mathurat setiap pagi dan petang.

14) Membaca Al-Quran setiap hari.

15) Menghormati orang lain dan berbuat baik dengan semua orang. Jangan bermusuh dengan sesiapa langsung, walaupun ditindas oleh segolongan orang sekalipun.

Sama-sama kita beramal dengan ajaran Islam sebenar-benarnya dalam usaha mencari kebahagiaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Cubalah kita amalkan walau tak semua,tapi kebanyakan dari amalan-amalan yang sunat ini insyaAllah. Bukan untuk mem’protect’ diri sahaja, tapi sebagai tanda kehambaan kita dan tanda mensyukuri niqmat kurniaNya. Dan sama2 kita try dn buat sokmo teman2, perkara2 ni, sebab kesan langsung daripada amalan ni, akan bertambah ‘senang hati ‘ kita daripada pelbagai perasaan yang tak sedap dirasa seperti gundah gulana, tak senang duduk, tak bahagia, bersedih hati sokmo, risau, takut dll. Dunia sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam. Kita tak dapat hasilnya sekarang tapi lebih baik melihat hasil lumayan di akhirat yang kekal, kelak InsyaAllah. Sama-sama kita bekalkan sunguh-sungguh ‘bekalan’ untuk kehidupan abadi di akhirat kelak. Moga sentiasa benar niat dan cara kita dalam melaksanakannya amin…. Andai Allah dan Rasulullah s.a.w di hati,insyaAllah, akan terarah ke jalan bahagia yang mustaqim(lurus). ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’. Allahua’lam.La Haulawala Quwwata illah Billahil aliyyul azim.

Wednesday, October 20, 2010

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

1. azab api neraka,
2. azab kubur,
3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
6. dan lain-lainnya.



Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

1. penceraian akan berlaku akibatnya,
2. pasangan zina mengandung,
3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
6. kejian masyarakat,
7. ditangkap basah dan diumum di media,
8. adik beradik mengeji,
9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.



Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.



KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-



1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-



وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )



17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )



Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


29 Julai 2009

Saturday, October 16, 2010

Cara Solat Sunat Duha,Doa mendisiplinkan anak dan Solat Sunat Tahajjud


Bismillahirrahmanirrahim.Allahumma solli ala saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhammad...Alhamdulillah,syukur kehhadrat Illahi kerana mengizinkan temanku mencari jalan2 kebahagiaan dunia dn akhirat insyaAllah..Buat seorang teman yang sudi menjadi uslub untuk aku kongsikan ilmu Allah ini..juga buat diri dan semua teman lain insyaAllah...cara solat sunat Tahajjud, solat sunat Dhuha dan doa mendisiplinkan anak..

Solat Sunat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama adalah sepertiga malam iaitu darpada jam 3 pagi hingga sebelum subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat. Cara melakukannya, hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.

Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Sunat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.

Lafaz niat :


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Pada rakaat pertama ucaplah Al-FatihahSelepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas


Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu


Ertinya: “Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “


Selepas memberi salam ucaplah doa :



Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”


Beberapa panduan bagi sesiapa yang ingin melakukan solat Tahajjud;

  1. Sunat ia berniat untuk bangun qiamullail sebelum tidur.
  2. Sunat ia tidur dalam keadaan berwudhuk.
  3. Apabila ia terjaga daripada tidurnya, sunat ia menyapu mukanya dan melihat langit sambil membaca ayat- ayat akhir surah Ali' Imran.
  4. Kemudian sunat ia bersiwak lalu mengambil wuduk.
  5. sunat baginya membuka qiamullail datau Tahajjudnya dgn dua rakaat ringkas.
  6. Dalam takbiratul ikhram niatkan dalam hati "sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah".
  7. Sunat baginya melakukan dua rakaat-dua rakaat, iaitu memberi salam setiap dua rakaat.
  8. Sunat baginya melakukan Tahajjud di rumahnya dan mengejut keluarganya untuk bersamanya dlam solat Tahajjud.
  9. Sunat baginya memanjangkan bacaannya dan qiamnya(berdiri).
  10. Harus ia membaca dengan nyaring dan kadang-kadang membaca dengan perlahan.
  11. Akhiri solat Tahjjud atau qiamullail dengan solat witir.

Solat Sunat Dhuha


Solat sunat dhuha boleh dikerjakan dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat,lapan rakaat, dua-dua rakaat dengan satu salam.Sayyidatina Aisyah meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w solat sunat dhuha empat rakaat; dan baginda menambah seberapa yang dikehendaki.


Waktu solat ini ialah selepas sunat Isyraq sehinggalah gelincir matahari masuk waktu zohor.



Lafaz niatnya:

اصلى سنة الضحى ركعتين لله تعالى

(Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala)

Baca ketika sujud yang terakhir – 3 kali

Doa yang disarankan selepas solat sunat dhuha.

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Kukongsikan juga doa ini buat temanku yang sedang membesarkan dua orang cahaya matanya. Moga anak-anakmu menjadi pejuang-pejuang dan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w amin.......


DOA DISIPLINKAN ANAK

“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

Maksudnya:
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”


sumber- Buku Indahnya Saat Bersamamu(Telaga Biru)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...