sahabat seaqidah ila Jannah...

Sunday, October 23, 2011

Wasiat2



"Allahumma a'inna ala zikrika wasyukrika wahusni i'badatiq"



Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
  • 1. Bangunlah solat apabila telah masuk waktu azan
  • 2. Bacalah Al-Quran, amalkan zikrullah setiap saat dan dengarlah perkara yang baik.
  • 3. Berusaha guna bahasa Arab kerana itu syiar Islam
  • 4. Jangan banyak bertengkar. Pertengkaran kosong tiada membawa faedah
  • 5. Jangan banyak ketawa. Hati yang banyak berhubung dengan Allah akan merasa tenang
  • 6. Jangan berlebihan dalam bergurau
  • 7. Jangan bercakap nyaring melebihi kadar yang harus didengar oleh pendengar
  • 8. Jauhi mengumpat peibadi orang lain
  • 9. Berkenal-kenalan lah sesama Muslim
  • 10. Kewajipan mengatasi waktu yang ada

~pesanan al-Farouk~







::10 Muwassofat Tarbiyyah::

  • 1. Aqidah yang sejahtera
  • 2. Ibadah yang sohih
  • 3. Akhlak yang mantap
  • 4. Luas pengetahuan
  • 5. Sihat tubuh badan
  • 6. Mampu berdikari
  • 7. Melawan nafsu
  • 8. Sangat menjaga masa
  • 9. Tersusun urusannya
  • 10. Bermanfaat pada orang lain

Tadabbur surah Fussilat by Sheikh Misyari Rashid- Fussilat




A019
Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. (Fussilat 41:19)

A020
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (Fussilat 41:20)

A021
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Fussilat 41:21)

A022
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). (Fussilat 41:22)


A023
"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!" (Fussilat 41:23)

A024
Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya. (Fussilat 41:24)

A025
Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). (Fussilat 41:25)

A026
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!" (Fussilat 41:26)


A027
Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. (Fussilat 41:27)

A028
Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami. (Fussilat 41:28)

A029
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan". (Fussilat 41:29)

A030
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat 41:30)

A031
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41:31)

A032
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!" (Fussilat 41:32)

A033
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)

A034
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34)

A035
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (Fussilat 41:35)


A036
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Fussilat 41:36)

Saturday, October 22, 2011

Pendakwah Itu Penyelamat


Bismillahiwalhamdulillah (◕‿◕)
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Firman Allah S.W.T
Maksudnya; Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.


P/S~1)Mulakan pembacaanmu bersama Bismillahirrahmanirrahim&Pujian pada Allah S.W.T 1st ye.Dan...Mesti dah solat dulu ye,sbb solat di awal waktu itu wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna kan2?=)
P/S~2)Tersangat penting untuk dihighlightkan dlm post kali ni ialah pada Babak keempat di bawah nanti. The most Important yeq,shbt2=)Babak yang atas2 dia tu hanya perjalanan yang menyampaikan ke sana sahaja. Biiznillah. Babak keempat akan merungkaikan isi post 'Pendakwah Itu Penyelamat' ni.
P/S~3)hi2.Smiley yang so many dalam post kali ni,~ツ~(◠‿◠)~(◕‿◕)~(^‿^), diniatkan bersama shbt2 seaqidah semua utk meneladani kecintaan Habibullah Nabi Muhammad sollallahualaihi wasallam untuk kept smiling sokmo de'=)terus membaca sambil mengingati Baginda s.a.w &mengikuti kesukaan Baginda s.a.w yeq, shbt2ku ksygn Allah semua,insyaAllah=)=)=)

ا
~Babak Pertama~

Persoalan seorang syabab buat dirinya sendiri di suatu pagi yang hening,sedang memandu keretanya untuk ke pejabat; "Kita perlu ke, kertas kerja untuk berdaqwah?Macamana nak 'usaha'kan supaya daqwah kita tu nanti,jadi hikmah?Erm...."

~Babak Kedua~

Az-ziarah to adik Syabab, Muhammad Taqiyuddin Soleh di asrama. Permusafirannya ke sana me'mesti'kan syabab dan usrati tersayang ke gedung buku milik orang mukmin di Plaza Angsana,JB~Kedai Buku Badan Cemerlang. The best kedai buku yang Syabab LIKEBuku pilihan pertama yg menarik hatinya itu rupanya menjawab persoalan yang diutarakannya baru2 ini. Kertas kerja macamana untuk daqwah yg berkesan?dan cara hikmah macamana utk menyampaikan yg haq=)
Maha Suci Allah Yang Maha Mendengar Lagi MAha Mengetahui ❀ ܓ

hi2=)task minggu itu~katamkan buku yang best nie...xsabonyer nk thu jwpnnye (◕‿◕).


''Alhamdulillah Best!''.luahnya puas, usai mengkhtamkan buku best Menyeru Kepada Allah tu.
(However, Kalamullah Al-Furqan always be the TOP among the BEST.Allahu Akbar! )

~Babak ketiga~

Di office. Masa rehat sejam mesti diperuntukkan semaksimumnya buat memenuhi tuntutan Allah yang ingin dicintainya bnr2. Hari Isnin. Masa lebih sikit ada, sebab no time for lunch=)so,boleh guna untuk ke Raudhah dalam buku(^‿^) Usai solat zohor dan mentadabbur KalamNya, buku Hadis 40 Imam Nawawi yang wajib sentiasa bersamanya kemana-mana dibuka lagi. Buku kulit hijau comel itu dibelek dgn dimulai brsmanya pujian pada Yang Maha Kuasa... (◕‿◕)

Hadis 7; Addinun Nasihah. Agama itu nasihat.

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.

قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim

Huraian dan intisari hadis dibaca terus. Sahabat2 boleh juga hayati sama2 dengan Syabab. Tapi,through internet je la. Boleh tengok blog sahabat kita ni ye =)

Usai membaca, Syabab bermonolog sendiri. Allah mengilhamkan dan akal kurnianNya mula berfikir. Nasihat apa yang boleh aku sampai dan kongsikan?terlalu amat banyak sebenarnya yang aku kena sampaikan.Kecewa dengan sikapnya sendiri. NO! T_T
Alasan kerja dijadikan punca untuk menyepikan daqwah di alam maya Internet.Usang sudah blog aku.Ya Allah....=( Hatinya terus mengambil pen dan menambah senarai task yang mesti diselesaikannya untuk minggu ketiga bulan October tu. Erm,,,task ke9~sampaikanlah@blog.

~Babak keempat~
Bismillahiawwalu wal akhir.Pujian hanya buatNYA ツ.smoga bermanfaat,insyaAllah (◕‿◕)
✿ ܓ Perkongsian dari Buku Menyeru Kepada Allah karya A.Ubaidillah Alias. Syabab nak kongsikan Prinsip Ketujuh dalam buku BESTnya tu; ''Benar dalam penyampaian dan tindakan''
Apabila kita memulakan dakwah atau seruan Islam
:::Sewajarnya:::~
seruan dan ajakan kita itu didasari dgn niat~untuk menyelamatkan saudara seagama dari neraka Allah. Perlu kita sedar, hakikat manusia yang berjaya secara hakiki adalah mereka yang terlepas daripada azab Allah di akhirat kelak.

Sebagaimana firmanNya bermaksud;
Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan.(surah Ali-Imran;185)

:::Penting Buat semua Daie a.k.a ''penyelamat ummat Muhammad s.a.w'':::~

Untuk semai, tanam dan tuai rasa kasih, rasa sayang, prihatin& bertanggungjawab.
Bersama penyatuan sakinah minallah di qalbu para daie krna kedekatan brsamaNya,
di 'add' dengan perasaan2 itu bersama ツ. para daie Mampu!
menyampaikan daqwah dengan penuh mahabbah (kasih sayang). Allahu Allah...Biiznillah

Sebagaimana Nabi Muhammad Sollallahualaihi wasallam sendiri, menerusi kisah Baginda yang mencintai umatnya sekalipun berlainan agama&kabilah.
(◠‿◠)
alkisah ini, dipetik dari blog ni(link)

RINGKASNYA.
KETIKA NABI MUHAMMAD SEDANG BERBUAL BERSAMA SAHABAT..
MAKA TERLIHATLAH SEORANG YAHUDI..
LALU TIBA-TIBA NABI MUHAMMAD MENITISKAN AIR MATA..
LALU SAHABAT BERTANYA..
"YA RASULULLAH..KENAPA KAMU MENANGIS"

"AKU MENANGIS KERANA AKU TIDAK MENYELAMATKAN SI YAHUDI ITU"

LALU..SAHABAT BAGINDA TERDIAM..

Nabi Muhammad menangis kerana tidak dapat membawa si yahudi itu ke jalan yang benar..
itu YAHUDI..
sungguh sayang Nabi kpd umatnya..

"nak ke kita buat Nabi Muhammad menangis di atas sana kerana kita membiarkan sahabat-sahabat kita yang lain teros dalam kesesatan..?
Nabi Muhammad sampai tahap menangis kerana seorang yahudi..
apatah lagi umat islam yang tidak memahami islam...
siapa yang akan memainkan peranan ini selepas Rasulullah kalau bukan kita..

Daqwah pperlu bermula dengan rasa untuk membantu. Malah. Nabi sollallahualaihi wasallam sendiri mengajar apabila kita ingin mencegah kemungkaran& berdaqwah, biarlah pencegahan itu didasarkan dgn niat untuk membantu.
ingat!!!
Bukan mencabar, tunjuk pandai atau merendah-rendahkan orang yang diseru.
Ketahuilah, seandainya orang yang melakukan kezaliman itu, seandainya dia menyedari dirinya berada dalam kerosakan, pasti dia mahu seseorang membantunya.
Orang yang jahil, jika dia menyedari betaoa ruginya menjadi jahil pasti dia akan meminta orang mengajarnya.

MAKAnya~
Bantulah mereka menuju kembali ke jalan yang mustaqim.
Jangan biarkan orang di sekeliling kita membuat kesilapan yang mereka sendiri tidak sedar bahawa itu satu kesilapan...

kita kadang2 lupa...akan sabda Baginda Habibullah sollallahu alaihi wasallam ni;

Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :
“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu”
(Riwayat Bukhari dan muslim)


*Ad-dai kepada Allah mesti sabar, redho menanggung segala rintangan yg menganggunya di tengah jalan*

Allahua'lam...sebarang pandangan&pembaikkan dialu-alukan.syukran jiddan kerana membaca shbt2 semua.smga Allah memberkati kita semua amin....=)

sikit lg nak sikit.hi7.yok7,sm2 amalkan msj nsyid ni=)
♫♫♫Dimulakan dgn Bismillah,disudahi dengan Alhamdulillah...begitulah sehari dalam hidup kita,mudah2an dirohmati Allah...Aminnn.ALHAMDULILLAH
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Thursday, September 22, 2011

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]




~ Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah setiap Ahad, jam 9 malam.
====================
LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Monday, September 5, 2011

Kisah Hati


All things begin in a short period.Subhanallah. Renungan bersama,tentang kisah ''hati'' yang tiba2~mudahnya nak terasa,mudahnya nak tersentuh dan mudahnya nak terguris...

Di satu saat&ketika~hati trguris,terasa,pedih&sakit dgn kata2 org atau perilakunya trhdp kt lalu tnpa dpt ditahan mata mengalirkan butirn2 jernih.Mudahnya! So easy. kata orang puteh ''as easy as ABC''.

tanpa sedar,lama dah mata itu tak mengalirkan butiran jernih krnaMu ya Robbi.mgkinkah! kegudahan ht yg kelihatan lara ini dek kerana dosa2 haMba padaMU=(

krna alpa dari mengingatiMu Ya Allah...

dn buktinya:hati itu rapuh&tak kuat mghdapi hanya secebis+sekelumit tindakan manusia pada kt. Walhal. Tindakan itu,, xpernah ter'kesan' oleh kekasihMu& org2 soleh terdahulu. dan mgkin,kata2 dan tindakan hmbaMu y kian menjauhiMu ini yg salah dn sudah tidak berada dalam penunjukMu&ilhamMu lagi..

:::Alhamdulillah. Allah Maha Besar.Allah sangat Baik=) tempoh sehari yg teramat bererti buat hati kembali berbunga setelah sekian lama merindui siraman benih& butir kata2 cinta teristimewa buatMu Ya Allah T_T.

tarbiyyah dariMu yg teramat didambakan.syukran Ya Allahu RohmanurRahim

(T_T)jgn tinggalkan kami Ya Robbi,,tarbiyyahMu kami dambakan Ya Illahi,,,dambaan kami hanya padaMu Ya Allah Ya Wahhab.........


Friday, August 26, 2011

yok tadabbur

Kita HAMBA,kita KHALIFAH ALLAH....

"wama kholaqtul jinna wal insa illa liya'budun.."
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"(Az-Zaariyat:56)

YAKIN dengan JANJI ALLAH....

"Wahai orang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"(Surah Muhammad:7)

kita MESTI BERSYUKUR dn MARA BERGERAK

"Kamu adalah sebaik baik ummat yang dikeluarkan untuk manusia (kerana kamu) mengajak kepada ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dn beriman kepada Allah.."(Surah Ali Imran:110)

panduan UTAMA kita kena ikut....QURAN dn HADITH...

"Maka berilah peringatan dengan al Quran kepada sesiapa yang takut kepada ancamanKU"(50:45)

Apa TUGAS kita sebenarnya?

"Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu"(61:11)

ALLAH dah ingatkan kITA kalu btl nak NAJJAH...

"Dan bertasbihlah kepadaNYa pada waktu pagi dan petang"(33:42)

~SAMPAIKANLAH padaku walau sepotong ayat~

''Berpesan pesanlah dengan kebaikan dan kesabaran''(Al-Asr)

PEDANG vs SENJATA utama kita...PENGHARAPAN hanya PadaNya...

"Berdoalah kepadaKu,nescaya Aku akan perkenankan."(Al Mukmin:60)

Minta pdNya dulu, YAKINI kehadiranNya benar2,kt kan bhgia...

"dan sungguh kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya dari urat leher"(50:16)

Malaikat pengawal kt,,mg dia bantu kt sokmo dlm bramal...

"Tidak ada suatu kata yang diucapkannya ,melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap(mencatat)"(50:18)

BERTAUBATLAH dgn tAUBAT NASUHA~

"Wahai orang2 yang beriman!Kembalilah kepada Allah dengan taubat yang sebenar benarnya"(Surah At-Tahrim:8)

Yakinlah,,,Allah PASTI akan menambahnya...('',)

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah niqmat kepadamu"(Surah Ibrahim:7)

KOREKSI diri dn PERBAHARUI NIAT dn IMAN sokmo...

"Maka niqmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"(Surah Ar Rahman)

ALLAH lah SEGALANYA.................

"Barangsiapa meminjami Allah dgn pinjman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dgn banyak.Allah menahan dan melapangkan (rezqi) dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan"(Surah Al-Baqoroh:245)

law kana bainana al-habeeb

law kana bainana al-habeeb

law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

====================

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

====================

kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..
maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat
drpada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap..
mengharapkan dekat denganya (al-Habib)

hampir denganya jiwa rasa tenang
jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
pertemukanlah kami denganya Ya Mujib

kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib (Nabi Muhamad) yg memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
wahai Rahmat sekalian alam

Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...