"Wahai orang orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11) Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju namun mengapa kita masih tega berbuat dosa. Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Syafie: "Peredaran masa adalah suatu yang aneh...Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!"
sahabat seaqidah ila Jannah...
Saturday, August 14, 2010
Kerana diriku dan dirimu adalah hawa...
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Kaum LELAKI itu adalah PEMIMPIN bagi kaum WANITA, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, WANITA SOLEHAH ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika ketiadaan suaminya sebagaimana yg ALLAH tetapkan.”
(Surah An-Nisa’ : 34)
“Jika Hawa itu bersolat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan taat kepada suaminya, MAKA dia akan memasuki Syurga melalui pintu mana yang dia kehendaki.”
- Maksud Hadis Riwayat Ahmad
Adakah ini bermakna yang hawa itu tidak ada kuasa? Adakah ini bermakna yang hawa itu hanya menjadi pelaksana di atas suruhan kaum adam? Sebenarnya, tidak
Allah S.W.T. menciptakan hawa dengan satu daya tersembunyi yang begitu kuatnya pada adam. Meletakkan hawa di sisi kaum adam juga bukanlah satu penghinaan, sebaliknya satu penghormatan dan kemuliaan. Adanya hawa dalam sebuah rumahtangga seperti adanya bunga di dalam taman. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Contohilah Ummahatul Mukminin. Ayuh singkap sirah semula=’)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam sahabat. Mohon tuliskan entri tetang ummahatul mukminin ya.
ReplyDeleteSyukran :)
Wasalam wbt....insyaAllah..innallah minallah=')
ReplyDelete