Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad waala Ali Saiyidina Muhammad...
Tangisan bukan bermakna kita kalah,tangisan bukan bermakna kita lemah. Yang hakikatnya, tangisan itu adalah satu bukti kemenangan kita. Bgaimanakah keadaan qalbu kita yang sebenarnya. Jika kita sebagai 'hamba' tidak mampu menangis di hadapan Al-Kholik, 'check list' balik peribadi kita..muhasabah dn 'brainstorming' hari2..dalam seminggu atau dua minggu kadang kala kita rasa 'something' bila mana kita dah lama tak menangis dihadapanNya. Itulah yang baik.Syukurlah andai perasaan itu ada dalam diri kita. Itu juga 'penanda aras' untuk suhu hati kita.Sakitkah ia? Sihatkah ia?Atau parahkah ia??Menangislah padaNya,rintihlah padaNya,merayulah hanya padaNya kerana Dia adalah segalanya buat kita hamba yang Faqir. Tiada Daya kekuatan melainkan hanya dengan keizinan dan kehendakNya. Dialah yang patut kita aula(utama) kan jika menghadapi sebarang rasa apa pun yang terbit di hati.Kerna hati itu milik Dia. Rasa itu juga terbit dengan izinNya. Maka kembalikan semula rasa tersebut padaNya, dengan mengingatiNya..InsyaAllah rasa itu akan terdorong ke arah jalan yang diredhoiNya..Point penting lainnya di sini-Ala Bizikrillahi tatmainnul Qulub-('',)
Percayalah. Tiap ujian yang dikurniaNya adalah tanda kasihNya buat kita.Bersyukurlah sebanyak banyaknya kerana Allahu Rabbul Izzati mengurniakan kita ujian tersebut. Memang perit, memang sakit. Ujian itulah yang akan mendidik diri kita agar meletakkan pergantungan harap yang sebenar hanya pada Allahu Rabbi. Ujian itulah yang mendidik kita dengan sikap sabar yang sebenar- benar sabar. Mudah untuk mengungkapkan sabar, tapi Allah yang berhak meminjamkannya buat HambaNya yang terpilih. Nikmat sabar itu teramat besar hakikatnya, andai seseorang insan itu memperolehinya. MasyaAllah...Subhanallah...
Dapatku lihat cintaMu Rabbi buat bonda yang Kau kurniakan kekuatan walau sering ditindas dan tidak dihargai. Alhamdulillahi Rabbil Alamin....KasihNya buat hambanya yang Dia Redhoi memberi kekuatan buat hamba itu meneruskan kehidupan yang sementara ini walau dalam kedukaan. Kedukaan itu mengajar erti tabah, keperitan itu melahir satu semangat dan tekad yang kuat ke arah anjakan paradigma yang positif. Yakinilah selalu dan selalu dan selamanya, betapa ujian yang dikurniaNya buat kita mengandungi seribu hikmah. "Kita adalah hamba. Kita tak layak meminta padaNya agar dipenuhi segala permintaan dn permohonan".Itulah antara nasihat ustaz soleh buat kami malam itu. Tapi kita wajib bermohon dan meminta tolong hanya padaNya. Dia Maha Mendengar. "Sesungguhnya Aku lebih dekat dari urat lehermu".
Ujian untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya..KasihNya Dia buat kita yang sering lupa dan lalai untuk mengingatiNya sebanyaknya..=(
Bersyukurlah!Rindulah!rindulah akan ujian dan perkara yang membuatkan kita tambah dekat padaNya, meminta dan bermohon bersungguh-sungguh dikurnia pertolongannya bagi meringankan dan dipermudahkan ujian itu..Bukan mudah untuk kita mengingatiNya dan masih tetap bersyukur, dalam keadaan kita sedang gembira. Namun sedaya upaya kita, niatlah di dalam hati agar dikurniaNya kekuatan untuk mencintaiNya dan mengingatiNya sentiasa dan selama lamanya dalam keadaan senang mahupun susah..Cinta Agung kita adalah cinta pada Pemilik Cinta itu sendiri...Allahu Allah
Pengajaran lain untuk 'tanda kasihNya' buatku kali ini;-
Penting untuk kita menerima setiap orang yang berada di sekeliling kita. Teruslah bersangka baik dengan semua orang. Mungkin hari ini sikapnya buruk tapi satu hari nanti bila Allah mengurniakan taufiq dan hidayahNya, dia menjadi seorang yang hebat. Banyak dah, contoh yang ada jika dilihat balik. Contohnya Saidina Umar Al-Khattab. Lembutnya qalbunya tika mendengar bacaan al-Quran, tak seperti peribadinya yang sangat garang.Dan contoh lain yang saya peroleh di Universiti Malaysia Terengganu(UMT), mendengarkan satu forum bertajuk 'Why We Choose Islam' yang dipanelkan oleh dua orang ustaz yang muallaf. Sahabat2 bukalah blognya untuk mengetahui bagaimana peribadinya dahulu sebelum dan selepas memperoleh hidayah dan Taufiq Illahi. Maha Suci Allah.Kasihnya buat siapa saja yang Dia kehendaki. Lihatlah realiti ini, bahawa 'hidayah itu milik Allah'.
Maka didiklah diri untuk menerima sikap dan perilaku orang lain dan jangan pernah ungkapkan kata 'benci' pada orang lain. Tiap manusia tidak sempurna sifatnya. Ambillah yang baik sebagai tauladan untuk dicontohi, dan yang tidak baik sebagai sempadan buat diri. Penting untuk kita menegur dan berikhtiar buat membetulkan kesilapan tersebut, tapi jangan sesekali meletakkan tanggapan yang keterlaluan atau memaki hamun orang tersebut. Ingatlah, yang kita wajar benci adalah perbuatan itu, bukan orang yang melakukannya. Hal ini penting, kerana kita akan terhijab dalam menyampaikan dakwah andai hati kita tidak bersih kerana menghina orang lain.
Maafkanlah. Hidayah itu milik Allah.Dia berhak ke atasnya. Sikap buruk seseorang harus kita terima dengan hati yang terbuka.Jika kita yakin akan fitrah manusia yang tidak sempurna sikapnya,kita akan bisa memaafkan. Sedangkan Allah Maha Pengampun terhadap hambaNya, apatah lagi kita sebagai hamba al-Kholiq. Yakinlah dengan janjiNya. Yakinlah, bahawa satu hari nanti, dengan berkat doa kita buatNya, orang itu bisa berubah insyaAllah..
Akhir kalam, tanbih buat diri terutamanya, juga buat semua sahabat2...letakkan prioriti di tempat yang tepat. Meminta pertolongan hanya padaNya,bersangka baiklah sentiasa dan amalkanlah amalan habibi Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam dan solafus soleh juga. Jangan biarkan jasad pinjamanNya ini leka dari menatap kitab Cinta kita~Kalamullah Al Quranul Karim..Wallahua'lam.Minallah,ilallah.La haula wala quwwata illa billahil aliyyul azim.Hasbunallahu wani'mal wakil.Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhammad.wassalam
"Wahai orang orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11) Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju namun mengapa kita masih tega berbuat dosa. Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Syafie: "Peredaran masa adalah suatu yang aneh...Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!"
sahabat seaqidah ila Jannah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment