"Wahai orang orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11) Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju namun mengapa kita masih tega berbuat dosa. Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Syafie: "Peredaran masa adalah suatu yang aneh...Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!"
sahabat seaqidah ila Jannah...
Wednesday, October 6, 2010
Dalam Berbicara
> Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
> Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.
** Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.
Sunday, October 3, 2010
"Habibati...."
CINTA PADA NABI MUHAMMAD S.A.W…..
1.Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban.
2.Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali.
3.Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
4.Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini: Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu . Pasangan dn bersahabat, yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Wednesday, September 29, 2010
Ibroh Ujian~KasihMu :::Tangisku BuatMu
Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad waala Ali Saiyidina Muhammad... Tangisan bukan bermakna kita kalah,tangisan bukan bermakna kita lemah. Yang hakikatnya, tangisan itu adalah satu bukti kemenangan kita. Bgaimanakah keadaan qalbu kita yang sebenarnya. Jika kita sebagai 'hamba' tidak mampu menangis di hadapan Al-Kholik, 'check list' balik peribadi kita..muhasabah dn 'brainstorming' hari2..dalam seminggu atau dua minggu kadang kala kita rasa 'something' bila mana kita dah lama tak menangis dihadapanNya. Itulah yang baik.Syukurlah andai perasaan itu ada dalam diri kita. Itu juga 'penanda aras' untuk suhu hati kita.Sakitkah ia? Sihatkah ia?Atau parahkah ia??Menangislah padaNya,rintihlah padaNya,merayulah hanya padaNya kerana Dia adalah segalanya buat kita hamba yang Faqir. Tiada Daya kekuatan melainkan hanya dengan keizinan dan kehendakNya. Dialah yang patut kita aula(utama) kan jika menghadapi sebarang rasa apa pun yang terbit di hati.Kerna hati itu milik Dia. Rasa itu juga terbit dengan izinNya. Maka kembalikan semula rasa tersebut padaNya, dengan mengingatiNya..InsyaAllah rasa itu akan terdorong ke arah jalan yang diredhoiNya..Point penting lainnya di sini-Ala Bizikrillahi tatmainnul Qulub-('',)
Percayalah. Tiap ujian yang dikurniaNya adalah tanda kasihNya buat kita.Bersyukurlah sebanyak banyaknya kerana Allahu Rabbul Izzati mengurniakan kita ujian tersebut. Memang perit, memang sakit. Ujian itulah yang akan mendidik diri kita agar meletakkan pergantungan harap yang sebenar hanya pada Allahu Rabbi. Ujian itulah yang mendidik kita dengan sikap sabar yang sebenar- benar sabar. Mudah untuk mengungkapkan sabar, tapi Allah yang berhak meminjamkannya buat HambaNya yang terpilih. Nikmat sabar itu teramat besar hakikatnya, andai seseorang insan itu memperolehinya. MasyaAllah...Subhanallah...
Dapatku lihat cintaMu Rabbi buat bonda yang Kau kurniakan kekuatan walau sering ditindas dan tidak dihargai. Alhamdulillahi Rabbil Alamin....KasihNya buat hambanya yang Dia Redhoi memberi kekuatan buat hamba itu meneruskan kehidupan yang sementara ini walau dalam kedukaan. Kedukaan itu mengajar erti tabah, keperitan itu melahir satu semangat dan tekad yang kuat ke arah anjakan paradigma yang positif. Yakinilah selalu dan selalu dan selamanya, betapa ujian yang dikurniaNya buat kita mengandungi seribu hikmah. "Kita adalah hamba. Kita tak layak meminta padaNya agar dipenuhi segala permintaan dn permohonan".Itulah antara nasihat ustaz soleh buat kami malam itu. Tapi kita wajib bermohon dan meminta tolong hanya padaNya. Dia Maha Mendengar. "Sesungguhnya Aku lebih dekat dari urat lehermu".
Ujian untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya..KasihNya Dia buat kita yang sering lupa dan lalai untuk mengingatiNya sebanyaknya..=(
Bersyukurlah!Rindulah!rindulah akan ujian dan perkara yang membuatkan kita tambah dekat padaNya, meminta dan bermohon bersungguh-sungguh dikurnia pertolongannya bagi meringankan dan dipermudahkan ujian itu..Bukan mudah untuk kita mengingatiNya dan masih tetap bersyukur, dalam keadaan kita sedang gembira. Namun sedaya upaya kita, niatlah di dalam hati agar dikurniaNya kekuatan untuk mencintaiNya dan mengingatiNya sentiasa dan selama lamanya dalam keadaan senang mahupun susah..Cinta Agung kita adalah cinta pada Pemilik Cinta itu sendiri...Allahu Allah
Pengajaran lain untuk 'tanda kasihNya' buatku kali ini;-
Penting untuk kita menerima setiap orang yang berada di sekeliling kita. Teruslah bersangka baik dengan semua orang. Mungkin hari ini sikapnya buruk tapi satu hari nanti bila Allah mengurniakan taufiq dan hidayahNya, dia menjadi seorang yang hebat. Banyak dah, contoh yang ada jika dilihat balik. Contohnya Saidina Umar Al-Khattab. Lembutnya qalbunya tika mendengar bacaan al-Quran, tak seperti peribadinya yang sangat garang.Dan contoh lain yang saya peroleh di Universiti Malaysia Terengganu(UMT), mendengarkan satu forum bertajuk 'Why We Choose Islam' yang dipanelkan oleh dua orang ustaz yang muallaf. Sahabat2 bukalah blognya untuk mengetahui bagaimana peribadinya dahulu sebelum dan selepas memperoleh hidayah dan Taufiq Illahi. Maha Suci Allah.Kasihnya buat siapa saja yang Dia kehendaki. Lihatlah realiti ini, bahawa 'hidayah itu milik Allah'.
Maka didiklah diri untuk menerima sikap dan perilaku orang lain dan jangan pernah ungkapkan kata 'benci' pada orang lain. Tiap manusia tidak sempurna sifatnya. Ambillah yang baik sebagai tauladan untuk dicontohi, dan yang tidak baik sebagai sempadan buat diri. Penting untuk kita menegur dan berikhtiar buat membetulkan kesilapan tersebut, tapi jangan sesekali meletakkan tanggapan yang keterlaluan atau memaki hamun orang tersebut. Ingatlah, yang kita wajar benci adalah perbuatan itu, bukan orang yang melakukannya. Hal ini penting, kerana kita akan terhijab dalam menyampaikan dakwah andai hati kita tidak bersih kerana menghina orang lain.
Maafkanlah. Hidayah itu milik Allah.Dia berhak ke atasnya. Sikap buruk seseorang harus kita terima dengan hati yang terbuka.Jika kita yakin akan fitrah manusia yang tidak sempurna sikapnya,kita akan bisa memaafkan. Sedangkan Allah Maha Pengampun terhadap hambaNya, apatah lagi kita sebagai hamba al-Kholiq. Yakinlah dengan janjiNya. Yakinlah, bahawa satu hari nanti, dengan berkat doa kita buatNya, orang itu bisa berubah insyaAllah..
Akhir kalam, tanbih buat diri terutamanya, juga buat semua sahabat2...letakkan prioriti di tempat yang tepat. Meminta pertolongan hanya padaNya,bersangka baiklah sentiasa dan amalkanlah amalan habibi Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam dan solafus soleh juga. Jangan biarkan jasad pinjamanNya ini leka dari menatap kitab Cinta kita~Kalamullah Al Quranul Karim..Wallahua'lam.Minallah,ilallah.La haula wala quwwata illa billahil aliyyul azim.Hasbunallahu wani'mal wakil.Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad waala ali Saiyidina Muhammad.wassalam
Saturday, August 14, 2010
Kerana diriku dan dirimu adalah hawa...
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Kaum LELAKI itu adalah PEMIMPIN bagi kaum WANITA, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, WANITA SOLEHAH ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika ketiadaan suaminya sebagaimana yg ALLAH tetapkan.”
(Surah An-Nisa’ : 34)
“Jika Hawa itu bersolat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan taat kepada suaminya, MAKA dia akan memasuki Syurga melalui pintu mana yang dia kehendaki.”
- Maksud Hadis Riwayat Ahmad
Adakah ini bermakna yang hawa itu tidak ada kuasa? Adakah ini bermakna yang hawa itu hanya menjadi pelaksana di atas suruhan kaum adam? Sebenarnya, tidak
Allah S.W.T. menciptakan hawa dengan satu daya tersembunyi yang begitu kuatnya pada adam. Meletakkan hawa di sisi kaum adam juga bukanlah satu penghinaan, sebaliknya satu penghormatan dan kemuliaan. Adanya hawa dalam sebuah rumahtangga seperti adanya bunga di dalam taman. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Contohilah Ummahatul Mukminin. Ayuh singkap sirah semula=’)
Monday, July 5, 2010
» Mencintai sebelum menikah - Belajar dari Kisah Ali dan Fathimah.
Ada rahasia terdalam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah.
Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya.
Kesantunannya, ibadahnya, kecekatan kerjanya, parasnya.
Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta.
Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta.
Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.
Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Sang Tepercaya tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya!
Maka gadis cilik itu bangkit.
Gagah ia berjalan menuju Ka’bah.
Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.
Fathimah menghardik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.
Mengagumkan!
‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta.
Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar kabar yang mengejutkan.
Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi.
Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah.
Lelaki yang iman dan akhlaqnya tak diragukan; Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan membelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya..
Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah.
Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab..
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.
’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.
Lamaran Abu Bakr ditolak.
Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Ah, ujian itu rupanya belum berakhir. Setelah Abu Bakr mundur, datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh-musuh Allah bertekuk lutut.
’Umar ibn Al Khaththab.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. ’Umar memang masuk Islam belakangan, sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr.
Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya?
Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman?
Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, ’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah.
Lalu coba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya.
’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frustasi karena tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam. Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam.
Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.
’Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah.
”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah.
Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!” ’Umar adalah lelaki pemberani.
’Ali, sekali lagi sadar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak. ’Umar jauh lebih layak. Dan ’Ali ridha.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan.
Itulah keberanian.
Atau mempersilakan.
Yang ini pengorbanan.
Maka ’Ali bingung ketika kabar itu meruyak. Lamaran ’Umar juga ditolak.
Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi?
Yang seperti ’Utsman sang miliarder kah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah?
Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’ kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah?
Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.
Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka.
Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka?
Sa’d ibn Mu’adz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu?
Atau Sa’d ibn ’Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?
”Mengapa bukan engkau yang mencoba kawan?”, kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan. ”Mengapa engkau tak mencoba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi..”
”Aku?”, tanyanya tak yakin.
”Ya. Engkau wahai saudaraku!”
”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?”
”Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”
’Ali pun menghadap Sang Nabi. Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah. Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya.
Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.
”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan.
Pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya.
Pemuda yang siap memikul resiko atas pilihan-pilihannya.
Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.
Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi. Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab.
Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu resiko. Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.
”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?”
”Entahlah..”
”Apa maksudmu?”
”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawaban!”
”Dasar tolol! Tolol!”, kata mereka,
”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua!
Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya!”
Dan ’Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang.
Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah.
Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
’Ali adalah gentleman sejati. Tidak heran kalau pemuda Arab memiliki yel,
“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”
Inilah jalan cinta para pejuang.
Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi,
dalam suatu riwayat dikisahkan
bahwa suatu hari (setelah mereka menikah)
Fathimah berkata kepada ‘Ali,
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”
~yang salah dari pacaran itu bukan perasaannya, melainkan jalan yang kita pilih, untuk mempertanggungjawabkan perasaan tsb lah, yang tidak bijak...~
semoga istiqomah, ini memang tidak mudah..
Baarakallaahufiikum....
Source : Jalan cinta para pejuang Salim . A.fillah
Sirah Shahabat & Shahabiyah
Saturday, July 3, 2010
::: Berkat Air Wudhuk :::
BAGAIMANA SOLAT KT? BERMULANYA KHUSYUK DARI WUDHUK KITA LAGI...........
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan mukaku ini.”
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini.”
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu.”
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.”
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.”
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan; “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”
Hal ini kerana perlu untuk kita amalkan kerana......
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhuk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu...sama2 kita tingkatkan mujahadatun nafs dan sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar benarnya tanpa memilih yang kita hendak sahaja. Nauzubillahi minzalik.. Allahua'lam..
Friday, July 2, 2010
"What's yours?"
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…
P/S seorang ustaz:
*^*) Andai kita menerima pujian atau sebarang perkara yang bisa mendatangkan anasir bangga akan diri, ucaplah...."MasyaAllah, La haula wala Quwwata ILLA Billahil Aliyyul Azim.."
*^*) Lazimkan lidah,hati dan tubuh badan kita selama-lamanya dengan zikrullah...moga pengakhiran nyawa kita nanti juga menyebut nama Allahu Allah..dgn melazimi zikrullah, lintasan lintasan akal dan perasaan kita juga akan ditapis dan diperingatkan Allah kepada perkara yang tidak dimurkaiNya.
*^*) Letakkan pergantungan harap kita hanya pada Allah kerana "Mana Milik Kita? Semua Allah punya.........."Jasad ini punya Dia, Dia Maha Tahu akan segalanya. Kita merancang, namun Allah adalah SEBAIK BAIK perancang..
Allahua'lam...